Friday 23 June 2017

Resepi Kek Kukus Yang Sedap Dan Mudah

Resepi Kek Kukus Yang Sedap Dan Mudah

Baca Juga

Cara Buat Kek Kukus Yang Sedap Dan Mudah. Cara buat kek kukus?Terdapat banyak kek kukus yang digemari oleh rakyat Malaysia. Diantara resepi yang popular adalah kek kukus coklat, pandan dan milo. Kek kukus adalah sejenis kek yang mudah disediakan, jadi inilah peluang buat anda untuk mencuba. Berikut dikongsikan Resepi Kek Kukus Yang Sedap Dan Mudah

cara buat Kek Kukus

Resepi Kek Kukus Coklat

Kek kukus adalah kek yang sangat popular. Berikut adalah resepinya untuk panduan semua peminat kek.

BAHAN-BAHAN

  • 3 biji telur
  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan minyak masak
  • 1/2 cawan susu pekat manis
  • 1 1/4 cawan tepung gandum
  • 1tsp baking powder
  • 1 tsp soda bicarbonate
  • 1 tsp perasa vanilla (tidak perlu jika tak mahu menggunakannnya)

CARA-CARA

Berikut dikongsikan cara membuat kek kukus coklat :-
  1. Campur koko, gula, susu cair, susu manis dan minyak ke dalam periuk dan masak sebentar atas api kecil sehingga semua larut
  2. Tepung, soda dan baking powder diayak satu. 
  3. Telur dipukul kembang bersama dengan perasa vanilla dan dicampur dengan campuran koko tadi.
  4. Gaul rata dan campur tepung sedikit demi sedikit. 
  5. Gaul sebati dan tuang dalam acuan dan jangan sampai penuh sebab nanti adunan naik.
  6. Tutup acuan dengan aluminium foil agar tidak masuk wap.
  7. Kukus selama 1 jam baru angkat dan sejukkan

CARA-CARA MEMBUAT KRIM COKLAT 

  • 1/2 cawan susu pekat manis
  • 1/2 serbuk koko
  • 1 sudu minyak masak

Gaul semua bahan ini sehingga rata kemudian masak sebentar dia atas api yang sederhana kecil sehingga sebati. Sumber FB Coklat Kukus.

Resepi Kek Kukus Milo

Kek Kukus Milo juga merupakan salah satu kek kukus yang popular. Berikut dikongsikan resepi car membuat kek kukus Milo.

Bahan A

  • 1 cawan milo
  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan minyak masak
  • 1/2 cawan susu pekat

Bahan B

  • 1 1/2 cawan tepung gandum ( di ayak )
  • 1 sk serbuk bikarbonat
  • 1 sk serbuk penaik

Bahan C

  • 3 biji telur
  • 1 sk esen vanilla

Langkah- langkah Membuat Kek Kukus Milo

  • 1) campurkan semua bahan A dalam periuk dan kacau sehingga sebati dengan keadaan api sederhana. Bila dah sebati tutup api dan biarkan sejuk seketika.
  • 2) sementara menunggu bahan A sejuk sedikit, dalam bekas lain pecahkan 3 biji telur dan letak esen vanilla ( sepert di bahan C ). Kepuk sehingga kembang. Selepas selesai kepuk, campurkan kedalam bahan A yang telah disejukkan tadi dan kacau.
  • 3) Selepas itu, masukkan pula bahan B ke dalam acuan bahan A dan bahan C tadi. Kemudian kacau sehingga sebati. Kalau rajin boleh kacau sehingga tiada gelembung-gelembung tepung itu. Asalkan sebati semua tepung itu dalam acuan coklat dah memadai.
  • 4) Kemudian sapu loyang (letak dalam bekas plastik microwave) dengan marjerin sebab tak nak nanti acuan melekat. Lagipun senang sikit nak tanggalkan bila dah masak.
  • 5) Selepas dah sapu dengan marjerin, tuang acuan tadi ke dalam bekas / loyang tersebut. Jangan lupa sebelum buat semua ini, anda panaskan dulu air untuk kukus ya. So senang lah nanti air dah tersedia bila acuan kek dah siap.
  • 6) Bila air dah menggelegak, bolehlah letakkan acuan kek tadi ke dalam bekas pengukus tu dan kukus paling lama sejam. Kalau nak tahu kek tu dah masak ke belum, anda try cucuk dengan garfu. Kalau tak melekat tu maknanya dah masak lah.
  • Tips ; sila tutup bekas loyang tu dengan aluminium foil ya senan tak nak bagi air wap tu masuk dalam kek, Nanti kek anda tak menjadi ler..ni tips penting ya, jangan abaikan.

Sementara menunggu kek masak jom kita buat topping dia plak.
Resepi Kek Kukus milo

Topping

  • 1 cawan milo
  • 2 sb minyak masak
  • 3 sb air
  • 1/2 cawan susu pekat

Campur semua bahan diatas dan masak secara double boiler yer. Agak-agak dah berkilat boleh lah tutup api.

  • Bila dah masak kek milo kukus tu sejukkan terlebih dahulu. Bila dah sejuk sikit, terbalikkan kek tersebut lepas tu baru letak topping ya. Lepas tu boleh la hias nak letak coklat rice ke apa ker. Sumber Resepi Sedap

Selamat mencuba Resepi Kek Kukus Yang Sedap Dan Mudah. Semoga ianya sedap hasil buatan tangan sendiri.

Related Posts

Resepi Kek Kukus Yang Sedap Dan Mudah
4/ 5
Oleh