Showing posts with label AGAMA. Show all posts
Showing posts with label AGAMA. Show all posts

Tuesday, 15 August 2017

Doa Selepas Solat Fardhu Yang Ringkas Dan Mudah Dihafal

Doa Ringkas Selepas Solat Yang Ringkas Beserta MaksudBerikut dikongsikan bacaan doa selepas solat fardu beserta maksud untuk panduan dan rujukan semua. Doa adalah merupakan satu ibadat. Ianya merupakan satu tanda kerendahan hamba terhadap Allah S.W.T. Ianya boleh dilakukan secara individu atau berkumpulan. Sesuatu doa itu hendaklah dilakukan dengan ikhlas, khusyuk, tertib penuh tawadu’ dan mesti dilakukan dengan cara yang sesuai dengan kehendak syarak. 

Ini bermakna doa tidak boleh dilakukan sebagai satu budaya atau adat. Doa merupakan satu cara hidup yang diajar oleh Rasulullah S.A.W. Sebagai satu ibadah, doa hendaklah dilakukan di tempat yang betul, masa yang sesuai dan suasana yang baik. 

bacaan doa ringkas selepas solat

Doa Selepas Solat : Ringkas Dan Mudah 

Sebagai panduan serta rujukan bersama, berikut dikongsikan dua doa selepas solat beserta bacaan dalam arab dan maksudnya. Marilah sama-sama kita berdoa untuk memohon apa yang dihajati untuk kehidupan terbaik di dunia dan di akhirat. Doa ringkas selepas solat fardhu 5 waktu ini amat mudah untuk dihafal dan marilah sama-sama kita mengamalkannya selalu. Semoga dengan memperbanyakkan bacaan doa selepas waktu solat, semua hajat kita akan dimakbulkan oleh Yang Maha Esa. Amin ya rabbal'alamin.

Doa Ringkas Selepas Solat 1

Solat yang baru selesai kita dirikan ini tidak dapat kita yakini kesempurnaannya, terlalu banyak kita rasa kekurangannya. Oleh yang demikian, kita mengharapkan daripada bacaan wirid-wirid selepsa solat inilah dapat menampung kekurangan itu. Mudah-mudahan Allah perkenankan untuk kesempurnaan solat kita, insya Allah. Wallahu a’lam. Wirid-wirid dan doa, penerbit Al-Hidayah Publication 2010


bacaan doa ringkas selepas solat 1

Maksudnya 

Dengan nama Allah yang Pemurah lagi Maha Penyayang 

Segala Puji bagi Allah Tuhan Pentadbir Seluruh alam. Ya Allah, kurniakanlah rahmat dan sejahtera atas penghulu kami Muhammad serta keluarga dan sahabatnya. Ya Allah, kami pohon kepadamMu kemaafan dan afiat, kesejahteraan selamanya dalam agama, dunia dan akhirat. 

Ya Allah, baikanlah kesudahan kami pada segala perkara dan jauhkanlah kami dari kehinaan dunia serta siksa akhirat. Ya Allah, kami mohon padaMu segala kebaikan samada lambat atau cepat, yang kami ketahui dan tidak kami ketahui. Dan kami berlindung kepadaMu dari segala bahaya samada lambat atau cepat yang kami ketahui atau tidak kami ketahui. 

Ya Tuhan Kami, kurniakanlah kepada kami kebajikan di dunia dan akhirat serta jauhilah kami dari siksa neraka. Dan Allah, limpahkanlah rahmat serta sejahtarakanlah junjungan kami Muhammad, keluarga serta sahabat-sahabat Baginda. 

Doa Ringkas Selepas Solat 2

bacaan doa ringkas selepas solat 2

Maksudnya

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. 

Segala puji bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam. Selawat dan sejahtera semoga dilimpahkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya. 

Ya Allah, wahai Tuhan kami, hidupkan kami dengan iman, matikan kami dalam iman, serta masukkan kami ke dalam syurga bersama-sama iman. Ya Allah, ya Tuhan kami, ampunilah segala dosa kesalahan kami dan dosa-dosa kesalahan kedua ibu bapa kami, serta kesihanilah kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka berdua mengasihani kami semasa masih kecil. 

Ya Allah, akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah kiranya Engkau akhirkan umur kami dengan kesudahan yang tidak baik. Ya Allah, ya Tuhan kami, janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia. 

Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia ini dan juga di akhirat, dan peliharalah kami daripada azab neraka. Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga dan sahabat-sahabat baginda. Dan segala puji itu tertentu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.

Video Bacaan Doa Ringkas Selepas Solat

 


Marilah sama-sama kita amalkan doa selepas solat ini. Semoga perkongsian Doa Selepas Solat Fardhu Yang Ringkas Dan Mudah Dihafal ini bermanfaat buat semua.

Sunday, 6 August 2017

Tarikh Hari Raya Aidiladha 2017 Di Malaysia

Tarikh Hari Raya Haji Atau Aidiladha 2017 Di Malaysia. Bila tarikh sambutan Hari Raya Aidiladha di Malaysia pada tahun 2017? Merujuk kepada Kalendar Islam 1438H/ 1439H yang telah dikeluarkan oleh JAKIM, Hari Raya Aidiladha atau Raya Haji akan disambut di Malaysia pada tarikh 1 September 2017 bersamaan dengan 10 Zulhijjah 1438 Hijrah. Pengumuman rasmi akan dibuat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja pada (Akan dikemaskini). Tahun lepas pada 1 September 2016. 

Pengumuman rasmi tarikh Hari Raya Aidiladha/ Hari Raya Haji akan diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja di radio dan TV di Malaysia. Untuk makluman, tarikh Hari Raya Aidiladha adalah merupakan cuti umum di Malaysia.

Hari Raya haji 2017

Tarikh Sambutan Hari Raya Aidiladha 2017 Di Malaysia

Berikut dikongsikan Tarikh Penting Hari Raya Aidiladha 2017 Di Malaysia yang akan dikemaskini dari masa kesemasa.
  • Tarikh Hari Raya Aidil Adha : 1 September 2017 (Hari Jumaat) - Tarikh rasmi akan dikemaskini selepas pengumuman rasmi


Tarikh Hari Raya haji 2017

Hari Raya Aidiladha

Bahasa Arab ianya bermaksud 'Eid Ul-Adha) atau Hari Raya Haji. Ianya merupakan salah satu perayaan terbesar di dalam Islam selain Hari Raya Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal diseluruh dunia. 

Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalendar Hijrah Islam. Perayaan Hari Raya Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.

Aidiladha merupakan satu perayaan yang istimewa kerana ianya merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t. Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah. 

Semoga perkongsian Tarikh Hari Raya Aidiladha 2017 Di Malaysia ini bermanfaat buat semua. Ianya boleh dijadikan panduan dalam merancang cuti atau perjalanan balik kampung. Selamat Hari Raya Haji 2017.

Sunday, 30 July 2017

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus (UAI) Ogos 2017

Jadual Ceramah Kuliah UAI Bulan Ogos 2017. Siapa tidak kenal Ustaz Azhar Idrus? Pasti ramai yang ternanti-nanti bilakah tarikh dan lokasi Kuliah Ustaz Azhar Idrus untuk bulan Ogos 2017, bulan lapan. Awal Ramadhan telah berlalu pada hujung bulan Mei yang lalu. Sebagai panduan buat semua, berikut adalah jadual ceramah atau kuliah Ustaz Azhar Idrus (UAI) untuk bulan 8 tahun 2017 yang dikongsikan dari FB Ustaz Azhar Idrus Original. Kepada mereka yang tinggal berhampiran dengan lokasi ceramah, jom datang beramai-ramai ke majlis ilmu yang penuh dengan informasi semasa dan humor ini.
Ceramah Ustaz Azhar Idrus 2017

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus Ogos 2017 (Bulan 9)

Berikut adalah Jadual Kuliah/ Ceramah UAI untuk bulan Ogos 2017. Sebarang perubahan tarikh dan lokasi serta maklumat lain boleh dirujuk di page FB UAI. Diantara lokasi ceramah beliau untuk bulan Ogos ini selain di sekitar Terengganu adalah di Kelantan, Pahang, Melaka, Selangor dan Kuala Lumpur

Ogos 2017

Jadual Kuliah ceramah UAI bulan Ogos 2017

Jun/ Julai 2017

tarikh Kuliah uai bulan julai 2017

Mei 2017

Jadual Kuliah uai bulan mei 2017


Kuliah UAI April 2017

tarikh dan lokasi ceramah uai april 2017

Bulan Mac 2017

jadual uai mac 2017

Februari 2017

Jadual Kuliah UAI 2017

Januari 2017 

Jadual Kuliah UAI 2017

Bulan Disember 2016


Jadual Kuliah UAI Disember 2016
 
Semoga perkongsian jadual ceramah UAI bulan Julai tahun 2017 ini bermanfaat buat semua. Jom beramai-ramai ke ceramah ini. 

Sunday, 11 June 2017

Niat Puasa Ramadhan Dan Doa Berbuka Puasa

Niat Puasa Ramadhan Dan Doa Berbuka Puasa Dalam Rumi. Apakah Cara lafaz niat puasa Ramadhan? Umat Islam di seluruh dunia termasuk di Malaysia akan mengerjakan puasa wajib setiap tahun iaitu di bulan ke sembilan dalam Kalendar Islam iaitu Bulan Ramadhan. Tarikh mula puasa di Malaysia pada tahun 2017/ 1438H adalah pada 27 Mei 2017 menurut Kalendar Islam 2017. Sebagai panduan, berikut dikongsikan cara lafaz niat puasa Ramadhan dan doa berbuka puasa termasuk dalam bacaan rumi.


Niat Puasa dalam rumi

Puasa Bulan Ramadhan

Menurut bahasa:  Puasa ialah menahan diri daripada melakukan sesuatu seperti
makan, minum dan bercakap

Menurut syara’:  Puasa ialah :
menahan diri daripada sebarang perkara yang membatalkannya,
bermula dari terbit fajar hingga matahari terbenam
dengan niat.

Firman Allah S.W.T:  
“ Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa. “ – (Surah Al-Baqarah: 183)
Hadis Rasulullah s.a.w: Ditegaskan oleh Rasulullah s.a.w melalui sabdanya yang diriwayatkan oleh Ahmad, An- Nasa’i dan Al Baihaqi dari Abu Hurairah, yang bermaksud:
Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang penuh berkat. Allah telah fardhukan ke atas kamu berpuasa padanya. Sepanjang bulan Ramadhan itu dibuka segala pintu Syurga dan ditutup segala pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan”

Niat Puasa Ramadhan Beserta Bacaan Rumi

Berikut dikongsikan Niat Puasa Ramadhan beserta bacaan dalam rumi. 

Adalah tidak wajib dan tidak juga sunat berniat puasa dalam bahasa Arab, memadai jika ianya di baca dalam bahasa Melayu atau apa-apa bahasa yang kita fahami. Tetapi baik dan berpahala jika diamalkan dalam bahasa Arab dengan niat kita cinta kepada bahasa Arab sebagai bahasa Nabi Muhammad s.a.w. dan bahasa Al-Quran.
  • Niat Puasa Ramadhan

    Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan fardhu ramadhan tahun ini kerana Allah ta'ala
    • Niat Puasa sebulan

      Sahaja aku berpuasa sebulan Ramadhan seluruhnya kerana Allah Taala 
 lafaz niat puasa dalam rumi dan niat puasa sebulan 

Puasa Ramadhan Tidak Sah Tanpa Niat

  1. Niat itu di dalam hati dan bukan dengan lisan di mana tidak disyaratkan ‘Talaffuz’ (menyebut niat dengan  lisan).
  2. Ketika berniat, wajib menentukan jenis puasa seperti Ramadhan bagi puasa bulan Ramadhan.
  3. Bagi puasa-puasa yang wajib, niat disyaratkan hendaklah dibuat pada malam hari, iaitu selepas terbenam matahari hingga sebelum subuh. Pendapat yang sahih dalam mazhab Syafie ialah tidak sah niat yang serentak dengan ketibaan waktu fajar. Bagi puasa sunat pula, dibolehkan berniat pada siang hari selagi belum tergelincir matahari (masuk waktu Zuhur).
  4. Niat hendaklah dilakukan pada setiap malam untuk setiap hari puasa yang dilakukan. Ini berdasarkan pendapat Imam Syafie, Abu Hanifah dan riwayat paling sahih dari Imam Ahmad. Mengikut pendapat Imam Malik dan riwayat dari Imam Ahmad pula, cukup sekali niat sahaja untuk satu bulan Ramadhan dan hendaklah niat itu dilakukan pada malam pertama Ramadhan.

Nota

Digalakkan berniat puasa untuk sebulan dengan sekali niat pada malam pertama Ramadhan bagi mengelakkan daripada tidak sah puasa kerana terlupa berniat pada malamnya, kita mengikut Imam Malik yang membolehkan berniat untuk sebulan sekali gus.
Namun begitu, jika puasa Ramadhan kita terputus oleh sesuatu sebab, seperti haidh, sakit atau lain-lain, maka niat puasa sebulan itu tidak lagi memadai untuk hari-hari puasa yang seterusnya, tetapi, hendaklah diperbaharui niat apabila tidak ada lagi perkara yang menghalang daripada puasa berturut-turut tersebut. Maksudnya, dengan memperbaharui niat sekali lagi bagi semua hari-hari puasa Ramadhan yang berbaki, iaitu niatnya:
“Sahaja aku berpuasa esok dan sehingga akhir Ramadhan ini kerana Allah Ta’ala”.

Hukum Mengerjakan Puasa Ramadhan

Hukumnya ialah Fardhu Ain dan kefardhuan ini ditetapkan oleh dengan al-Quran, al-Sunnah dan Ijmak Ulama.

Waktu Berniat

Waktu berniat bermula daripada terbenam matahari, yakni masuk waktu sembahyang fardhu Maghrib hinggalah sebelum terbit fajar shadiq (waktu Subuh). Oleh itu, bolehlah dilakukan niat puasa pada mana-mana bahagian daripada waktu tersebut, walaupun semasa berbuka.

Doa Berbuka Puasa

Berikut adalah doa berbuka puasa beserta bacaan dalam rumi:-
 
dia buka puasa rumi

Lafaz Doa Selepas Berbuka Puasa


doa selepas berbuka
Doa Selepas Berbuka Puasa

SUMBER : Madrasah Nadhah Hasanah & Shafiqolbu

Fadhilat Puasa Dan Bulan Ramadhan

Pengertian Puasa dalam bahasa Arab bermaksud meninggalkan. Manakala maksud di sisi ahli Feqah ialah meninggalkan diri melakukan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa iaitu bemula daripada terbit fajar hingga terbenamnya matahari dan disertai dengan niat.

Puasa bulan Ramadhan adalah salah satu rukun Islam. Setiap detik sepanjang bulan Ramadhan adalah sebaik-baik masa dan sebaik-baik hari di atas muka bumi ini. Allah telah memberikan kelebihan yang banyak kepada bulan Ramadhan berbanding dengan bulan-bulan yang lain.

Keistimewaan Bulan Ramadhan

Beberapa keistimewaan bulan Ramadhan, antaranya akan dibuka semua pintu syurga untuk menerima amalan-amalan soleh yang begitu banyak yang
dilakukan oleh orang mukmin pada bulan ini. Begitu juga akan ditutup semua pintu neraka kerana sedikitnya bilangan maksiat yang dilakukan oleh orang mukmin pada bulan ini. Syaitan-syaitan juga akan diikat apabila tiba bulan Ramadhan. Kelebihan bulan Ramadhan juga ialah difardukan puasa di dalamnya. Puasa merupakan setinggi-tinggi amalan bagi mendekatkan diri kepada Allah Subhanahu wa Taala dan puasa juga penghapus dosa-dosa atas maksiat yang dilakukan. 

Antara keistimewaan puasa juga, Allah Subhanahu wa Taala akan menggandakan pahala orang-orang yang berpuasa melebihi amalan-amalan lain di mana kadarnya hanya diketahui oleh Allah. Ganjaran di akhirat bagi orang yang berpuasa tentunya lebih besar, kerana nikmat dunia walau sebesar mana sekalipun tidak mungkin menyamai sekecil-kecil nikmat akhirat. 

Adab Puasa Ramadhan

  • 1. Bersegera ketika berbuka
  • 2. Bersahur
  • 3. Melewatkan sahur
  • 4. Meninggalkan kata-kata keji dan perbuatan serta perkataan yang memberahikan
  • 5. Mandi janabah (mandi wajib) sebelum terbit fajar
  • 6. Meninggalkan perbuatan berbekam
  • 7. Meninggalkan perbuatan merasa makanan atau mengunyahnya
  • 8. Berdoa ketika berbuka
  • 9. Memberi makan kepada orang yang berbuka puasa
  • 10.Memperbanyakkan sedeqah, membaca Al-Quran, dan beri’tikaf di masjid

Perkara Makruh Dalam Berpuasa Ramadhan

  • 1. Melewatkan berbuka puasa
  • 2. Tidak makan sahur
  • 3. Mengawalkan makan sahur
  • 4. Bercakap dengan kata-kata keji dan lucah
  • 5. Mandi janabah selepas terbit fajar
  • 6. Berbekam
  • 7. Merasa makanan dan mengunyahnya
  • 8. Tidak berdoa ketika berbuka puasa
  • 9. Jarang bersedeqah
  • 10. Tidak membaca Al-Quran dan beri’tikaf

Golongan Yang Diberi Rukhsah (Kemudahan) Untuk Berbuka Puasa

  • 1. Orang Musafir
  • 2. Orang Sakit
  • 3. Orang Tua Yang Lemah
  • 4. Pesakit Yang Tiada Harapan Sembuh
  • 5. Perempuan Mengandung dan Menyusu Bayi

Puasa Ganti/ Qada

Bagi mereka yang ingin mengada puasa, anda boleh merujuk panduan dan cara niat puasa ganti di Qada PuasaAnda juga boleh merujuk Kalendar Puasa Sunat dan Wajib 2017.

Semoga Niat Puasa Ramadhan Dan Doa Berbuka Puasa ini bermanfaat buat semua. Semoga amal kita diterima oleh Yang Maha Esa.

Wednesday, 7 June 2017

Lafaz Niat Puasa Enam Bulan Syawal

Lafaz Niat Puasa Enam Di Bulan Syawal. Niat puasa Enam Syawal? Sempena Bulan Syawal yang mulia ini marilah kita sama-sama mengerjakan ibadah puasa enam Syawal. Dalil disyari’atkan ibadah puasa sunat Syawal adalah sabda Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam:
Barangsiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan lalu diiringinya dengan puasa enam hari di bulan Syawal,maka seolah-olah dia telah berpuasa sepanjang masa.
Hadis riwayat Imam Muslim di dalam Shahihnya, no: 1164

Puasa Enam Syawal

* Niat puasa ganti Ramadhan di Qada Puasa

Lafaz Niat Puasa Enam Di Bulan Syawal Beserta Bacaan Rumi

Menerusi hadis di atas dapat kita fahami bahawa keutamaan puasa sunat pada bulan Syawal adalah seolah-olah dia berpuasa sepanjang tahun. Menurut Syaikh ‘Abdullah al-Bassam:

Barangsiapa berpuasa enam hari pada bulan Syawal setelah Ramadan maka seakan-akan dia berpuasa fardu setahun. Ini adalah kerana satu kebaikan di balas dengan sepuluh kali ganda sepertinya. Puasa pada bulan Ramadan dibalas dengan ganjaran bersamaan sepuluh bulan (iaitu bersamaan dengan 300 hari), puasa enam hari (pada bulan Syawal) pula mendapat ganjaran sebanyak dua bulan (iaitu bersamaan dengan 60 hari),yang demikian itu menjadi sunah yang sempurna, maka tercapailah pahala beribadah setahun tanpa kesulitan sebagai kurnia daripada Allah dan nikmat ke atashamba-Nya. Sumber Islam Grid


Seseorang yang hendak berpuasa sunat di bulan Syawal adalah lebih afdhal berturutan seperti puasa bulan Ramadhan tetapi dibolehkan berpuasa secara berselang hari selama dalam tempoh bulan Syawal itu.

Puasa sunat enam Syawal paling awal dimulakan pada 2 Syawal. Ini kerana tarikh 1 Syawal adalah hari Aidil Fitri dan kita dilarang dari berpuasa pada hari tersebut. Sumber Shafiqolbu

Lafaz Niat Puasa Enam (6) Dalam Rumi dan Bahasa Arab

Puasa Enam Syawal

Lafaz Niat Puasa Enam (6) Dalam Bahasa Melayu

“Daku berniat puasa hari esok dari enam bulan Syawal, sunat kerana Allah Taala”

Puasa Qada' Dan Puasa Enam Syawal

Dikongsikan dari Facebook Koleksi Kuliah UAI :-
  • 1. Ada khilaf bab qadar puasa wajib di sekalikan dengan puasa sunat 6 hari di bulan Syawal. 
  • 2. Afdal di buat qada' dulu baru sehingga selesai baru dibuat puasa sunat bulan Syawal. 
  • 3. Tapi harus (di bolehkan) jika hendak di buat serentak qadar puasa Ramadhan dan puasa sunat Syawal. Serta mendapat 2 pahala serentak. 
  • 4. Jika di buat pada Hari Isnin atau Khamis pula akan dapat pahala ke 3 serentak sebab: 1. Puasa qada' Ramadhan 2. Puasa sunat Syawal 3. Puasa sunat hari isnin atau khamis. 
  • 5. Pilihan di hati masing-masing.

Niat Puasa Qada' Ramadhan Sekali Dengan Puasa Enam Syawal

Berikut dikongsikan niat puasa untuk panduan semua.
Niat Puasa Qada' Ramadhan dan Puasa Enam Syawal

Semoga perkongsian Lafaz Niat Puasa Enam Bulan Syawal ini bermanfaat buat semua. Selamat menjalankan ibadah puasa.

Tuesday, 6 June 2017

Niat Solat Fardhu 5 Waktu Dan Jumaat

Niat Solat Fardhu 5 Waktu Dan Jumaat. Berikut adalah lafaz niat solat 5 waktu yang wajib dilakukan oleh setiap individu muslim. Niat tersebut hendaklah dilakukan sebelum memulakan sesuatu solat. Solat atau sembahyang dalam Islam terbahagi kepada dua iaitu solat fardhu dan solat sunat

Niat Solat rumi

Solat fardhu wajib dikerjakan oleh orang Islam diantaranya kepada mereka yang telah akil baligh, berakal, suci dari haid dan nifas serta syarat wajib lain yang boleh dirujuk di Al-Azim.

Niat Solat Fardhu 5 Waktu Beserta Bacaan Rumi

Berikut dikongsikan lafaz niat solat 5 waktu beserta bacaan dalam rumi. Solat fardhu sehari semalam yang wajib didirikan oleh orang Islam adalah Solat Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Isyak.
  • Niat Sembahyang Subuh

subuh
Ertinya:
Sahaja aku sembahyang fardhu subuh dua rakaat (*) tunai kerana Allah Ta'ala.

* tambahkan makmuman (mengikut imam), jika sembahyang berjemaah.
  • Niat Sembahyang Zohor

zohor
Ertinya:
Sahaja aku sembahyang fardhu zohor empat rakaat (*) tunai kerana Allah Ta'ala.
* tambahkan makmuman (mengikut imam), jika sembahyang berjemaah
  • Niat Sembahyang Asar

asar
Ertinya:
Sahaja aku sembahyang fardhu asar empat rakaat (*) tunai kerana Allah Ta'ala.

* tambahkan makmuman (mengikut imam), jika sembahyang berjemaah. 
  • Niat Sembahyang Maghrib :

maghrib
Ertinya:
Sahaja aku sembahyang fardhu maghrib tiga rakaat (*) tunai kerana Allah Ta'ala.
* tambahkan makmuman (mengikut imam), jika sembahyang berjemaah.
  • Niat Sembahyang Isya' :

isyak
Ertinya:
Sahaja aku sembahyang fardhu 'isyak empat rakaat (*) tunai kerana Allah Ta'ala.
* tambahkan makmuman (mengikut imam), jika sembahyang berjemaah.

Niat Sembahyang Jumaat

Berikut dikongsikan niat Solat Jumaat yang wajib dikerjakan oleh umat Islam pada setiap hari Jumaat.

niat sembahyang jumaat


Ertinya:
Sahaja aku sembahyang fardhu Jumaat dua rakaat mengikut imam tunai kerana Allah Ta'ala.

Moga artikel berkenaan dengan Lafaz Niat Solat Fardhu 5 waktu dan Jumaat ini bermanfaat.

SUMBER : Zakatsel

Saturday, 3 June 2017

Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak 2017 Malaysia

Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak 2017 Malaysia. Hendak tahu jadual waktu berbuka puasa dan Imsak 2017 seluruh negeri di Malaysia? Bulan ramadhan yang mulia akan kembali dan umat Islam di Malaysia bakal mengerjakan ibadah puasa 1 Ramadhan 1438H pada 27 Mei 2017 (Hari Sabtu). Sebagai panduan, berikut dikongsikan Jadual Waktu Berbuka Puasa dan Imsak 2017 bagi negeri-negeri Seluruh Malaysia untuk Bulan Ramadhan tahun 2017 bersamaan dengan 1438 Hijrah. Jadual rasmi ini telah dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Islam Malaysia (JAKIM). 

waktu berbuka 2017

Dikongsikan juga maklumat penting lain semasa bulan Ramadhan seperti berikut:-

Bersahur Dan Berbuka Puasa

Bersahur dan berbuka puasa adalah merupakan adab dan sunat puasa.
  • 1. Bersahur dan mengakhirkan sahur
Bersahur adalah merupakan amalan sunat berdasarkan hadis yang diriwayatkan daripada Anas RA, bahawa Nabi bersabda :-
Ertinya : Bersahurlah kamu kerana sesungguhnya sahur itu ada keberkatan (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Sahur adalah berkat kerana ia membantu menguatkan orang yang berpuasa. Waktu bersahur ialah bermua pada pertengahan malam hingga terbit fajar namun disunatkan mengakhirkan waktu bersahur.
  • 2. Mempercepatkan berbuka puasa apabila terbenamnya matahari
Sabda Rasulullah SAW :-
Kekallah umatku dengan kebaikan sebagaimana mereka mempercepatkan berbuka puasa (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Begitu juga disunatkan berbuka puasa dengan tamar. Sekiranya tiada tamar maka sunat berbuka dengan air. Sunat juga berdoa ketika berbuka puasa 

JADUAL WAKTU BERBUKA DAN IMSAK 2017 SELURUH NEGERI DI MALAYSIA

Klik pada nama Negeri Untuk Informasi Jadual Waktu Berbuka dan Imsak tahun 2017. Maklumat yang dikongsikan termasuk waktu berbuka puasa dan waktu Imsak mengikut kawasan zon disetiap negeri.

1. JOHOR

  • Pulau Aur dan Pemanggil
  • Kota Tinggi, Mersing, Johor Bahru
  • Kluang dan Pontian
  • Batu Pahat, Muar, Segamat, Gemas

2. KEDAH

  • Kota Setar, Kubang Pasu, Pokok Sena
  • Pendang, Kuala Muda, Yan
  • Padang Terap, Sik, Baling
  • Kulim, Bandar Baharu
  • Langkawi
  • Puncak Gunung Jerai

3. KELANTAN

  • Kota Bharu, Bachok, P.Puteh, Tumpat, Pasir Mas, Tanah Merah, Machang, Kuala Krai, Mukim Chiku
  • Jeli, Gua Musang (Mukim Galas, Bertam)

4. MELAKA

  • Bandar Melaka, Alor Gajah, Jasin, Masjid Tanah, Merlimau, Nyalas

5. NEGERI SEMBILAN 

  • Jempol, Tampin
  • Port Dickson, Seremban, Kuala Pilah, Jelebu, Rembau

6. PAHANG

  • Pulau Tioman
  • Kuantan, Pekan, Rompin, Muadzam Shah
  • Maran, Chenor, Temerloh, Bera, Jerantut
  • Bentong, Raub, Kuala Lipis
  • Genting Sempah, Janda Baik, Bukit Tinggi
  • Bukit Fraser, Genting Highlands, Cameron Highlands

7. PERLIS

  • Kangar, Padang Besar, Arau

8. PULAU PINANG 

  • Seluruh Negeri Pulau Pinang

9. PERAK

  • Tapah, Slim River dan Tanjung Malim
  • Ipoh, Batu Gajah, Kampar, Sg. Siput dan Kuala Kangsar
  • Pengkalan Hulu, Grik dan Lenggong
  • Temengor dan Belum
  • Teluk Intan, Bagan Datoh, Kg.Gajah,Sri Iskandar, Beruas, Parit, Lumut, Setiawan dan Pulau Pangkor
  • Selama, Taiping, Bagan Serai dan Parit Buntar
  • Bukit Larut

10. SABAH

  • Zon 1 - Sandakan, Bdr. Bkt. Garam, Semawang, Temanggong, Tambisan
  • Zon 2 - Pinangah, Terusan, Beluran, Kuamut, Telupit
  • Zon 3 - Lahad Datu, Kunak, Silabukan, Tungku, Sahabat, Semporna
  • Zon 4 - Tawau, Balong, Merotai, Kalabakan
  • Zon 5 - Kudat, Kota Marudu, Pitas, Pulau Banggi
  • Zon 6 - Gunung Kinabalu
  • Zon 7 - Papar, Ranau, Kota Belud, Tuaran, Penampang, Kota Kinabalu
  • Zon 8 - Pensiangan, Keningau, Tambunan, Nabawan
  • Zon 9 - Sipitang, Membakut, Beaufort, Kuala Penyu, Weston, Tenom, Long Pa Sia

11. SELANGOR

  • Gombak, Hulu Selangor, Rawang, Hulu Langat, Sepang, Petaling,  Shah Alam
  • Sabak Bernam, Kuala Selangor,  Klang, Kuala Langat

12. KUALA LUMPUR

13. SARAWAK

  • Zon 1 hingga Zon 8 dan Zon Khas

14. TERENGGANU

  • Kuala Terengganu, Marang
  • Besut, Setiu
  • Hulu Terengganu
  • Kemaman Dungun

Semoga perkongsian Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak 2017 Malaysia ini bermanfaat kepada semua umat Islam. Moga ianya boleh dijadikan panduan dalam mengetahui waktu berbuka dan Imsak semasa bulan Ramadhan tahun 2017. Selamat berpuasa.

Wednesday, 31 May 2017

Kadar Zakat Fitrah 2017 Seluruh Negeri Di Malaysia

Kadar Bayaran Zakat Fitrah 2017 Seluruh Negeri Di Malaysia. Berapakah kadar zakat fitrah tahun 2017 ini untuk seluruh negeri di Malaysia? Zakat Fitrah atau dikenali juga sebagai zakat badan, zakat puasa, zakat Ramadan dan zakat Fitri merupakan kewajipan fardhu ain ke atas setiap orang Islam. Kewajipan yang dilaksanakan di bulan Ramadhan ini bertujuan membersih dan menyucikan jiwa mereka yang berpuasa daripada perkara yang sia-sia dan seterusnya bayaran zakat fitrah tersebut dapat digunakan untuk membantu fakir dan miskin membuat persiapan menyambut Hari Raya.

Kadar bayaran Zakat Fitrah 2017

Hukum Mengeluarkan Zakat Fitrah

Mengeluarkan Zakat Fitrah hukumnya adalah wajib ke atas setiap orang Islam yang merdeka dan mampu mengeluarkannya pada waktunya.Orang Islam adalah meliputi golongan tua dan muda, lelaki atau perempuan dan berakal atau tidak.

Jenis Zakat Fitrah

  • Jenis zakat yang dikeluarkan ialah berdasarkan makanan asasi sesebuah negeri seperti beras.
  • Kadar yang dikeluarkan ialah satu gantang Baghdad bersamaan timbangan metrik 2.60 kilogram (2600 gram).
  • Nilai bagi kadar ini adalah berubah dari semasa ke semasa bergantung kepada harga beras yang dimakan oleh kebanyakan penduduk Islam di sesebuah negeri.

Kadar Zakat Fitrah 2017 Semua Negeri Di Malaysia 

Berikut dikongsikan Jadual Kadar Bayaran Zakat Fitrah 2017 Seluruh Negeri Di Malaysia :-

NoNegeriTahun 2017 (RM)Tahun 2016 (RM)Tahun 2015 (RM)
1Perlis776.5
2Kedah777
3Pulau Pinang777
4Perak777
5Selangor777
6Negeri Sembilan6.56.56.5
7Melaka6.76.76.7
8Johor76.00/8.00*5.00/8.00*
9Pahang777
10Terengganu77.60 / 7.00 / 4.50*7.40/6.80/4.60*
11Kelantan777
12Sarawak777
13Sabah777
14(WP) Kuala Lumpur/Putrajaya/Labuan777

* Berbeza mengikut zon tempat/jenis beras yang digunakan

Fadhilat Mengeluarkan Zakat Fitrah

1. Menampung kekurangan semasa berpuasa.
Maksudnya : Berkata Waki’ bin al Jarah : Zakat Fitrah di dalam bulan Ramadhan seperti sujud sahwi di dalam solat, menampung kekurangan berpuasa sebagaimana sujud sahwi menampung kekurangan dalam sembahyang.

2. Membantu fakir dan miskin pada Hari Raya.
Maksudnya : Daripada Ibn Umar, bersabda Rasulullah s.a.w : Kayakanlah mereka (fakir miskin) daripada meminta-minta pada hari ini (Hari Raya).

Syarat- Syarat Wajib Zakat Fitrah

  • 1. Islam dan merdeka.
  • 2. Mempunyai harta yang lebih daripada keperluan perbelanjaannya untuk dirinya dan orang-orang di bawah tanggungannya pada hari raya dan malamnya.
  • 3. Wajib Zakat Fitrah ialah apabila terbenam matahari pada akhir Ramadhan.

Sehubungan itu tidak wajib zakat Fitrah ke atas orang-orang berikut:

  • 1. Orang yang mati sebelum terbenam matahari pada akhir Ramadhan.
  • 2. Anak yang lahir selepas terbenam akhir Ramadhan.
  • 3. Orang yang memeluk agama Islam sesudah terbenam matahari pada akhir Ramadhan.
  • 4. Tanggungan isteri yang dinikahi selepas terbenam matahari pada akhir Ramadhan.

Waktu Mengeluarkan Zakat Fitrah

1. Waktu Harus – iaitu bermula dari awal bulan Ramadhan sehingga akhir bulan Ramadhan.

2. Waktu Wajib – iaitu selepas terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan.

3. Waktu Afdhal – iaitu selepas solat Subuh pada hari akhir Ramadhan sehingga sebelum mengerjakan
sembahyang sunat Aidil Fitri.

4. Waktu Makruh – iaitu selepas sembahyang sunat Aidil Fitri sehingga sebelum terbenam matahari.

5. Waktu Haram – iaitu selepas terbenam matahari pada hari raya Aidil Fitri.

Lafaz Akad Zakat Fitrah

1. Lafaz untuk diri sendiri:
Inilah wang bagi menggantikan beras fitrah yang wajib ke atas diriku pada tahun ini kerana Allah Ta’ala.

2. Lafaz untuk diri sendiri dan tanggungan:
Inilah wang bagi menggantikan beras fitrah yang wajib ke atas diriku dan tanggunganku pada tahun ini kerana Allah Ta’ala.

3. Lafaz bagi pihak:
Inilah wang bagi menggantikan beras fitrah yang wajib ke atas pihak yang aku wakili …… pada tahun ini kerana Allah Ta’ala.


SUMBER MAIJ

Semoga perkongsian Kadar Bayaran Zakat Fitrah 2017 Seluruh Negeri Di Malaysia bermanfaat buat semua. Jom bayar zakat fitrah...