Showing posts with label KERJA KOSONG. Show all posts
Showing posts with label KERJA KOSONG. Show all posts

Friday, 11 August 2017

Permohonan Kemasukan Khas Skim Perkhidmatan PTD Online

Permohonan Kemasukan Khas Ke Skim Perkhidmatan Pegawai Tadbir Dan Diplomatik (PTD) Online. Berita baik seperti yang dikongsikan dari Facebook Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Permohonan.my. Berikut dikongsikan makluman penting berkaitan Iklan Permohonan Kemasukan Khas Skim Perkhidmatan PTD. Penjawat Awam adalah dijemput untuk menyertai Skim Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PTD) tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan. 

Permohonan adalah di kalangan Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan (PAP) / Perkhidmatan Awam Negeri (PAN) / Badan Berkanun (yang menggunapakai sistem saraan Kerajaan) Gred 41 dan ke atas yang sedang berkhidmat secara tetap atau kontrak.

Permohonan Skim Perkhidmatan Pegawai tadbir dan diplomatik Online

Permohonan Kemasukan Khas Skim Perkhidmatan PTD Secara Online

Kepada penjawat awam yang berminat dan berkelayakan, berikut dikongsikan maklumat berkaitan Permohonan Kemasukan Khas Ke Skim Perkhidmatan Pegawai Tadbir Dan Diplomatik (PTD). Antara maklumat yang dikongsikan termasuk applikasi serta cara buat permohonan, deskrispi tugas, syarat kelayakan dan permohonan. 

Pegawai Tadbir Dan Diplomatik (PTD) 

  1. Skim Perkhidmatan : Pegawai Tadbir dan Diplomatik 
  2. Kumpulan : Pengurusan dan Profesional & Pengurusan Tertinggi 
  3. Gred Jawatan : M41 sehingga JUSA C 
  4. Status Jawatan : Tetap 

Syarat Lantikan Dan Kemasukan Permohonan Khas PTD

Berikut adalah syarat lantikan dan kemasukan PTD :-
  1. Warganegara Malaysia; 
  2. Telah berkhidmat sekurang-kurangnya lima (5) tahun di skim perkhidmatan semasa; 
  3. Memperolehi Markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) bagi tiga (3) tahun terkini 90% dan ke atas ATAU penilaian kompetensi yang setara; 
  4. Sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institusi Pengajian Tinggi Tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya dan memperoleh CGPA sekurang-kurangnya 3.00 atau setara; 
  5. Bebas dari sebarang tindakan tatatertib;
  6. Memiliki tahap kecergasan fizikal, mental dan tingkahlaku (karakter) yang bersesuaian dengan keperluan perkhidmatan;
  7. Mendapat perakuan dan pelepasan daripada Ketua Jabatan/Ketua Perkhidmatan; dan h) hadir dan lulus dengan jayanya Kursus Persediaan PTD selama sepuluh (10) bulan anjuran Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN). 

Deskripsi Tugas PTD

Tugas PTD adalah merancang, menggubal dan melaksanakan dasar-dasar awam mengenai pengurusan sumber tenaga manusia dan organisasi, sumber kewangan, ekonomi, pentadbiran dan pembangunan wilayah/ daerah/ tempatan/ tanah, perancangan dan pentadbiran sosial, hubungan antarabangsa dan hal ehwal luar negeri (termasuk perkhidmatan luar negeri) keselamatan/ ketahanan negara serta pengurusan teknologi maklumat. 

Cara Memohon

Pemohon perlu membuat Permohonan Kemasukan Khas Skim Perkhidmatan PTD melalui laman web JPA (www.jpa.gov.my) atau SPA (www.spa.gov.my). 

Tarikh tutup permohonan adalah pada 18 Ogos 2017 (Jumaat) 

Sumber JPA

Selamat membuat Permohonan Kemasukan Khas Skim Perkhidmatan PTD buat penjawat awam yang berkelayakan. Semoga permohonan kemasukan anda berjaya nanti.

Monday, 26 June 2017

Permohonan Laskar Muda TLDM 2018 Online

Permohonan Dan Pemilihan Laskar Muda TLDM 2018 Secara Online. Permohonan TLDM terkini? Pemilihan dan temuduga terbuka TLDM terkini tahun 2017 siri 217/ 2018, syarat kelayakan dan lokasi permilihan? Anda berminat untuk berkhidmat di TLDM atau Navy Malaysia? Berita baik seperti dipetik dari makluman rasmi Facebook Tentera Laut DiRaja Malaysia . Ianya memaklumkan bahawa Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) ingin mempelawa Warganegara Malaysia lelaki dan wanita yang berkelayakan dan berminat, bujang serta sihat tubuh badan untuk berkhidmat sebagai anggota Lain-Lain Pangkat TLDM (LLP).  

pengambilan perajurit muda tldm 2018

Cara Buat Permohonan Laskar Muda TLDM 2018 Online

Dikongsikan dari Portal Jom Masuk Tentera, berikut dikongsikan maklumat pengambilan LASKAR MUDA TLDM siri 217/2018.
  1. Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM) dengan ini mempelawa belia dan beliawanis tanah air yang berminat untuk berkhidmat sebagai anggota TLDM Peringkat Rendah (Lain-lain pangkat) melalui pengambilan Laskar Muda 217/2018. 
  2. Calon-calon perlu memasukkan maklumat peribadi diri yang lengkap di dalam laman web JOMMASUKTENTERA. Calon yang layak akan dipanggil untuk menghadiri sesi pemilihan awal LASKAR MUDA 217/2018.  
  3. Tarikh tutup permohonan adalah pada 18 September 2017

Iklan Terkini Permohonan Laskar Muda Siri 217/ 2018

Berikut adalah iklan pengambilan Laskar Muda TLDM siri 217/ 2018 yang memaparkan kelayakan akademik, syarat kelayakan dan cara hubungi. Tarikh tutup permohonan adalah pada 18 Sept 2017. Permohonan hendaklah dibuat secara online.

Syarat permohonan

iklan Permohonan Laskar Muda TLDM 2018


Siri 216/ 2017


Pengambilan Laskar Muda TLDM 2017

Sila klik NAVY MALAYSIA untuk paparan yang jelas. 

Temuduga Terbuka Laskar Muda TLDM Oktober Dan November 2016

Berikut adalah makluman tawaran kerjaya dari FB TLDM pada 22 September 2016. Temuduga terbuka kemasukan anggota lain-lain pangkat #TLDM (Laskar Muda TLDM) siri 215/17 kini telah dibuka. Sila rujuk iklan pengambilan di bawah ini untuk panduan penting - cara hadir temuduga, syarat kelayakan dan lokasi pemilihan.

temuduga terbuka tldm 2016
Klik TLDM untuk gambar yang jelas

Permohonan Laskar Muda TLDM 2016 Online (Bulan September)

Permohonan kemasukan Laskar Muda TLDM akan dilaksanakan secara online di laman sesawang JOM MASUK TENTERA sehingga tarikh tutup pada 26 September 2016. Syarat kelayakan terperinci adalah seperti berikut:

1. KELAYAKAN AKADEMIK


  • a. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/ Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau setaraf dengan LULUS dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang mempunyai Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris pada peringkat peperiksaan tersebut atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau

  • b. Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 atau Tahap 3 dalam bidang ketukangan yang ditetapkan oleh TLDM serta Lulus dalam mata pelaaran Bahasa Melayu dalam peringkat SPM. Keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang mempunyai Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris

2. SYARAT-SYARAT KELAYAKAN


  • a. Pemohon mestilah warganegara Malaysia berumur di antara 18 hingga 25 tahun. Keutamaan kepada pemohon yang berumur 18 tahun hingga tidak melebihi 23 tahun pada tarikh 20 Februauri 2017.
  • b. Sihat tubuh badan dan tidak cacat anggota. Tidak pernah mengalami kecederaan teruk seperti patah tulang, tidak mengidap penyakit asma/ lelah dan penyakit kronik yang lain.
  • c. Taraf perkahwinan bujang.
  • d. Berat badan minima 47.5 kg (Lelaki) 46.5 kg (Wanita), tinggi sekurang-kurangnya 1.62 meter (Lelaki) 1.60 meter (Wanita), Body Mass Index (BMI) di antara 18 - 25 (Lelaki) 18 - 23 (Wanita).
  • Ukuran dada biasa/ kembang Lelaki : 76sm 
  • Cara pengiraan:
    BMI : Berat (kg)
    Tinggi(meter) / Tinggi(meter)
  • e. Ukuran dada minima 76 sm (lelaki).
  • f. Penglihatan hendaklah terang dan jelas (6/6) tanpa cermin mata atau kanta sesentuh serta tidak rabun warna.
  • g. Proses pemilihan adalah berdasarkan kepada kelayakan akademik, pemeriksaan dokumentasi dan pemeriksaan fizikal. Kecemerlangan dalam bidang sukan akan diberi keutamaan.

4. KEISTIMEWAAN LLP TLDM


  1. Peluang mengikuti Pengajian di bawah Program Skim Pengajian Tinggi.
  2. Kemudahan pinjaman perumahan, kenderaan dan komputer.
  3. Rawatan perubatan dan pergigian percuma.
  4. Bayaran insentif bagi yang berkhidmat di Sabah/Sarawak
  5. (Tertakluk kepada syarat/kelayakan).
  6. Bayaran insentif Semenanjung Malaysia
  7. (Tertakluk kepada syarat/kelayakan).
  8. Pakaian seragam percuma.
  9. Makan dan tempat tinggal percuma.
  10. Waren perjalanan tahunan percuma untuk cuti bersama keluarga. 

Iklan Pengambilan Laskar Muda TLDM 2016 Terkini

Berikut adalah maklumat terkini mengenai pengambilan Laskar Muda TLDM :-

Siri 215/17 - September 2016

Iklan Pengambilan TLDM September 2016
Sumber TLDM

Siri 213/16 yang dikongsikan dari FB TLDM.

pengambilan Laskar Muda TLDM 2016 Online
Iklan Pengambilan TLDM Mac & April 2016



Sesi Pengambilan Laskar Muda TLDM 2016 : 3 Mei 2016

pengambilan Laskar Muda TLDM 2016 Online


5. Sebarang pertanyaan

Sila hubungi:
Markas Tentera Laut
Cawangan Pengurusan Sumber Manusia - Bantuan
Wisma Pertahanan
Jalan Padang Tembak,
50634 KUALA LUMPUR
(Untuk Perhatian: Sel Pengambilan LLP)
Telefon: 03 - 2071 3177 / 03 - 2071 6925
Emel: pengambilantldm@navy.mil.my
Laman Web: www.navy.mil.my
atau

Sebarang pertanyaan berkenaan pengambilan, sila hubungi nombor berikut:

Pengambilan Pegawai Kadet Graduan
Isnin - Jumaat 9.00am - 5.00pm : (03) 2059 8400 ext 4524/2387/4526

Pengambilan Perajurit Muda Tentera Darat
Isnin - Jumaat 9.00am - 5.00pm : (03) 2059 8400 ext 4696/2969

Pengambilan Laskar Muda Tentera Laut
Isnin - Jumaat 9.00am - 5.00pm : (03) 2071 3303/3177
kecuali Hari Rabu 9.00am - 1.00pm

Pengambilan Perajurit Muda Tentera Udara
Isnin - Jumaat 9.00am - 4.00pm : (03) 2681 2412/2413/2414


Selamat membuat Permohonan Laskar Muda TLDM 201
8 Online. Diucapkan semoga anda berjaya dalam pengambilan TLDM siri 217/ 2018 ini.

Monday, 19 June 2017

Permohonan TUDM 2018 Tentera Udara DiRaja Malaysia

Permohonan Dan Permohonan Awal Perajurit Muda TUDM 2018 Tentera Udara DiRaja Malaysia. Anda berminat menyertai TUDM? Dikongsikan dari Portal Rasmi Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM), berikut dikongsikan senarai pengambilan dan permohonan melibatkan kerjaya/ jawatan kosong di TUDM. Maklumat yang dikongsikan memaparkan senarai pengambilan terkini melibatkan Perajurit Muda Udara, Pegawai Kadet dan kerjaya lain-lain pangkat di TUDM.


Pengambilan TUDM 2017 Tentera Udara DiRaja Malaysia

Permohonan TUDM 2018 Tentera Udara DiRaja Malaysia

Berikut dikongsikan makumat pengambilan dan permohonan terkini di TUDM :-

Siri 58/18

Terkini : Jun 2017 (Siri 58/18) - Pengambilan Perajurit Muda TUDM rujuk di bawah ini atau klik Kerjaya & Pengambilan TUDM
Pemilihan Awal Perajurit Muda TUDM Siri 58/18

1. Pengambilan Terkini Siri 58/18 (Lelaki dan Wanita) : Tugas Khusus

Peluang keemasan kepada para belia negara yang berminat untuk menjadi salah seorang warga Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) melalui kemasukan sebagai anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) didalam pelbagai bidang kepakaran dan cawangan. Sesi kemasukan adalah Januari 2018.

Kelayakan Akademik

  • 1. TUGAS KHUSUS. Diploma dalam Bidang Kejuruteraan* (Rujuk Jadual Senarai Diploma Kejuruteraan) dan Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Keutamaan akan diberikan kepada calon yang mendapat kepujian dalam Bahasa Inggeris dan Matematik diperingkat SPM. (Gaji Permulaan : RM 2,026.07)
  • 2. SKM. Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 atau Tahap 3 dalam bidang tertentu dan mendapat Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Keutamaan akan diberikan kepada calon yang mendapat kepujian dalam Bahasa Inggeris dan Matematik diperingkat SPM. (Gaji permulaan : RM 1,630.01 (Tahap 2) RM 1,696.02 (Tahap 3)
  • 3. SPM. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. Keutamaan akan diberikan kepada calon yang mendapat kepujian dalam Bahasa Inggeris dan Matematik diperingkat SPM. (Gaji permulaan : RM 1,564.00)
  • * Lain-lain diploma selain diploma daripada TUGAS KHUSUS gaji akan dibayar SPM.

senarai kursus diploma tugas khusus

Syarat-Syarat Lain


  • 1. Umur. Pemohon hendaklah berusia diantara 18 hingga 25 tahun pada tarikh 1 Januari 2018.
  • 2. Tahap Kesihatan. Sihat tubuh badan, penglihatan dan pendengaran dalam keadaan baik tanpa alat bantuan.
  • 3. Fizikal. Memenuhi syarat fizikal seperti berikut:
  • a. Berat Badan. Lelaki – 47.5 kg / Wanita 40.5 kg
  • b. Ketinggian. Lelaki – 1.62 m / Wanita – 1.57 m
  • c. Indeks Jisim Badan (BMI). Diantara 18 hingga 25.
  • Cara pengiraan : BMI = _____Berat (kg)_____
  • Tinggi (m) x Tinggi (m)
  • d. Ukuran Dada Minimum. Lelaki sahaja – 76 cm (keadaan biasa).
  • 4. Kecergasan Jasmani. Memiliki kecergasan jasmani yang tinggi.
  • 5. Taraf Perkahwinan untuk Pemohon Wanita. Terbuka hanya untuk Wanita bujang sahaja.
  • 6. Keutamaan akan diberi kepada atlit yang sedang aktif mewakili negeri atau negara dalam kejohanan yang diiktiraf dalam sukan tertentu.

Tatacara Dan Keperluan Dokumentasi Pemilihan Awal Perajurit Muda TUDM Siri 58/ 18

Pemohon yang berminat dan layak dikehendaki mengikut tatacara dan membawa dokumen seperti yang dikongsikan di bawah ini :-

1. Pemohon hendakalah hadir ke pusat-pusat pemilihan yang terpilih seperti berikut:

  •  a. Masa pendaftaran : 8.00 pagi hingga 8.30 pagi.
  •  b. Pakaian : Lengkap berpakaian sukan dan berkasut.

2. Dokumen-dokumen ASAL dan sesalinan perlu dibawa semasa sesi pemilihan tanpa GAGAL adalah seperti berikut:
tudm siri 58/ 18

  •  a. Mykad.
  •  b. Sijil Lahir Terkini (berwarna hijau).
  •  c. Sijil Diploma/Transkrip semester akhir.
  •  d. Sijil SKM Tahap 2 dan 3.
  •  e. Sijil SPM.
  •  f. Alat tulis secukupnya


zon tengah dan zon selatan

Permohonan TUDM Siri 57/ 17

Berikut dikongsikan cara membuat permohonan untuk pengambilan Perajurit Muda Udara Siri 57/17 (Lelaki) : Tugas Khusus :-
  • Resume : Calon perlu memajukan resume bersama borang permohonan di TUDM bersama salinan MyKad, Sijil Lahir Terkini, MyKad Ibu dan bapa, Sijil Diploma dan Sijil SPM
  • Tarikh tutup permohonan adalah pada 13 Mac 2017

Cara Hubungi

2. Pemilihan Awal Terbuka Perajurit Muda Udara Siri 57/17 (LELAKI) Zon Sabah Dan Sarawak

Calon-calon yang berminat serta berkelayakan dan memenuhi syarat ditetapkan sila hadir ke lokasi seperti berikut:
  • A. Lokasi : Markas Staf Stesyen, Kem Lok Kawi, Kota Kinabalu.
  • Tarikh : 28 Feb 2017 (Selasa).
  • Masa Pendaftaran : 8.00 - 8.30 pagi.
  • Pakaian : Lengkap berpakaian sukan dan berkasut.
  • B. Lokasi : Pangkalan TLDM, KD Sri Tawau.
  • Tarikh : 2 Mac 2017(Khamis).
  • Masa Pendaftaran : 8.00 - 8.30 pagi.
  • Pakaian : Lengkap berpakaian sukan dan berkasut.
  • C. Lokasi : Sibu. SMK Sacred Heart, KM3 Jalan Ulu Oya
  • Tarikh : 14 Mac 2017
  • D. Lokasi : Kuching. SMK Pending, 801-3B Jalan Tun RazakMasa Pendaftaran : 8.00 - 8.30 pagi.
  • Pakaian : Lengkap berpakaian sukan dan berkasut.
  • Masa Pendaftaran : 8.00 - 8.30 pagi
Dokumen yang diperlukan semasa sesi pemilihan adalah seperti berikut:
  • a. MyKad.
  • b. Sijil Lahir.
  • c. Sijil Akademik (SPM/SKM/Diploma).
  • d. Salinan MyKad Ibu dan Bapa.
  • e. Alat tulis secukupnya.

3. Terkini Pemilihan Terbuka Perajurit Muda Udara Siri 57/17 (Lelaki) Bukan Bumiputera

Permohonan Terbuka kepada belia-belia BUKAN BUMIPUTERA yang berminat serta berkelayakan.

  • Lokasi : Wisma MCA Kuantan, Pahang.
  • Tarikh : 19 April 2017 (Rabu).
  • Masa Pendaftaran : 10.00 pagi - 11.00 pagi.
  • Lokasi : Hall of Kedah Foo Chaw Association, Alor Setar Kedah.
  • Tarikh : 21 April 2017 (Jumaat).
  • Masa Pendaftaran : 9.00 pagi - 10.00 pagi.
  • Lokasi : Dewan Perhimpunan Cina Majung, Perak.
  • Tarikh : 30 April 2017 (Ahad).
  • Masa Pendaftaran : 9.00 - 10.00 pagi.

Kepada mereka yang berminat, sila hadir ke Pusat Pemilihan yang ditetapkan dengan membawa keperluan dokumen ASAL dan sesalinan seperti berikut:

  • a. MyKad.
  • b. Sijil Lahir Terkini (bewarna hijau).
  • c. Sijil SPM.
  • d. SKM (Tahap 2/3).
  • e. Diploma/Transkrip.
  • f. Sesalinan MyKad ibu dan bapa.
  • g. Alat tulis secukupnya.

Keterangan dan maklumat lanjut berkaitan sila layari laman sesawang www.airforce.mil.my bagi PROSPEK KERJAYA LAIN-LAIN PANGKAT TENTERA UDARA DIRAJA MALAYSIA.

Kepada mereka yang berminat menyertai Tentera, jangan lepaskan peluang ini. Sila rujuk maklumat pengambilan terkini dari masa kesemasa di Laman Web Rasmi TUDM. 

Monday, 1 May 2017

Jawatan Kosong Terkini Kerajaan Dan Swasta

Mencari Jawatan Kosong Di Website Jawatankosong.net. Apakah cara mudah dan pantas untuk mencari senarai kerja kosong terkini di Malaysia? Berita baik buat graduan muda dan rakyat Malaysia yang sedang mencari kerja. Tidak kira di sektor kerajaan (Awam) ataupun swasta. Jika anda mengalami kesukaran mencari kerja, berita baik buat anda ! Jawatankosong.net boleh membantu anda. Terdapat pelbagai kerja kosong terkini yang dipaparkan. 

mencari jawatan kosong di website

Jawatan Kosong Terkini Kerajaan Dan Swasta Di Jawatankosong.net

Masoh menganggur? Mencari kerja kosong kini menjadi lebih mudah dan pantas dengan kewujudan banyak portal atau website jawatan kosong. Diantara website yang ada menyenaraikan jawatan kosong terkini di Malaysia adalah Jawatankosong.net.

Terdapat pelbagai iklan jawatan kosong kerajaan dan swasta terkini yang dikongsikan di laman web ini setiap hari. Jawatan kosong dibahagikan kepada beberapa kategori seperti berikut untuk memudahkan pencarian kerja anda:-

  1. Jawatan tetap
  2. kontrak 
  3. "Part - time" 

Apa Yang Menarik Di Jawatan Kosong

Teruja? Ingin mengetahui maklumat kekosongan jawatan dengan lebih lanjut? Jawatan Kosong Kerajaan Dan Swasta adalah jawapannya! Anda wajib mengikuti laman web ini sekiranya anda mempunyai ciri-ciri seperti berikut :-

  1. Sedang mencari pelbagai jawatan kosong
  2. Ingin mengembangkan laluan kerjaya 
  3. Sedang bercuti semester 
  4. Lepasan SPM dan STPM 
  5. Graduan diploma, Ijazah, PhD dan lain-lain 

Bukan itu sahaja, dengan kerjasama Tip Resume pelbagai nasihat kerjaya dan tips-tips resume yang sangat bermanfaat serta panduan permohonan kerja melalui emel, SPA, Jobstreet dan sebagainya ada diberikan. Menarik bukan? Jadi, anda bolehlah meneruskan permohonan kerja anda dengan lebih yakin selepas ini. 

Semoga perkongsian ini dapat membantu anda dalam membina kerjaya yang berjaya. Moga anda berjaya mendapat tawaran pekerjaan yang dihajati nanti. Usaha tangga kejayaan.