Showing posts with label JDT. Show all posts
Showing posts with label JDT. Show all posts

Sunday, 23 July 2017

Jadual Perlawanan JDT Liga Super Malaysia 2017

Jadual JDT Liga Super 2017 Malaysia. Anda peminat pasukan bolasepak JDT? Berikut adalah jadual penuh perlawanan Liga Super Malaysia 2017 untuk pasukan JDT . Jadual Perlawanan JDT Liga Super Malaysia 2017 ini memaparkan maklumat tarikh, masa dan lokasi perlawanan berlangsung.

Jadual JDT Liga Super 2017

Selain aksi di Liga Super, JDT juga akan beraksi di Pusingan kelayakan Asian Champion League, AFC Cup, Piala FA 2017 dan Piala Malaysia. Pasukan dari selatan ini merupakan juara bertahan Liga Super untuk tiga tahun berturut-turut dari 2014, 2015 dan 2016. JDT merupakan antara pasukan favourite untuk menjulang Liga Super 2017 kali ini bersama Kedah, Perak, Felda United dan Pahang.

Senarai Jadual Penuh Perlawanan JDT Liga Super Malaysia 2017 (Malaysian Super League 2017 Match Schedule)

PUSINGAN PERTAMA

  • 20 Januari : JDT VS KEDAH (Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos, Larkin)
  • 27 Januari : JDT VS FELDA UNITED (Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos, Larkin)
  • 4 Februari : KELANTAN VS JDT (Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu)
  • 11 Februari : JDT VS SELANGOR (Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos, Larkin)
  • 18 Februari : PERAK VS JDT (Stadium Perak, Ipoh)
  • 25 Februari : JDT VS T-TEAM (Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos, Larkin)
  • 28 Februari : SARAWAK VS JDT (Stadium Negeri Kuching)
  • 3 Mac : JDT VS PAHANG (Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos, Larkin)
  • 18 Mac : PULAU PINANG VS JDT (Stadium Bandaraya Penang)
  • 9 April : JDT VS MELAKA UNITED (Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos, Larkin)
  • 15 April : PKNS FC VS JDT (Stadium Shah Alam)

PUSINGAN KEDUA (Termasuk Piala Malaysia 2017)

  • 26 April : JDT VS PKNS FC (Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos, Larkin) - Liga Super
  • 6 Mei : MELAKA UNITED VS JDT (Stadium Hang Jebat) - Liga Super
  • 1 Julai : JDT VS PULAU PINANG (Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos, Larkin) - Liga Super
  • 4 Julai : JDT VS SARAWAK (Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos, Larkin) - Piala Malaysia
  • 7 Julai : Terengganu vs JDT (Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah) - Piala Malaysia
  • 11 Julai : PAHANG VS JDT (Stadium Darul Makmur) - Liga Super
  • 15 Julai : JDT VS SARAWAK (Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos, Larkin) - Liga Super
  • 18 Julai : SELANGOR VS JDT (Stadium MP Selayang) - Piala Malaysia
  • 22 Julai : T-TEAM VS JDT (Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu)
  • 26 Julai : JDT VS PERAK (Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos, Larkin) - Liga Super
  • 29 Julai : SARAWAK VS JDT : Stadium Negeri Kuching) - Piala Malaysia
  • 5 Ogos : SELANGOR VS JDT (Stadium MP Selayang)
  • 20 September : JDT VS KELANTAN (Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos, Larkin)
  • 30 September : FELDA UNITED VS JDT (Stadium Tun Abdul Razak, Jengka)
  • 21 Oktober : KEDAH VS JDT (Stadium Darul Aman)
* Jadual tertakluk kepada perubahan dari masa kesemasa. Untuk jadual penuh, keputusan terkini & live score dan carta kedudukan pasukan, sila rujuk di Liga Super 2017.

LIGA SUPER 2017 : JADUAL PERLAWANAN JDT

jadual jdt liga super 2017

Grafik kredit FB Johor Southern Tigers.

JADUAL PERLAWANAN JDT II

Tahun 2017 : Akan dikemaskini
Jadual Perlawanan JDT II Liga Premier 2016

Semoga Jadual Perlawanan JDT Liga Super Malaysia 2017 dan JDT II di Liga Premier ini boleh dijadikan panduan untuk mereka yang ingin menonton perlawanan di stadium. Luaskan kuasamu Johor.

Wednesday, 21 June 2017

Keputusan Malaysia Vs Lebanon Kelayakan Piala Asia 2019

Keputusan Malaysia vs Lubnan 13 Jun 2017. Apakah keputusan Malaysia vs Lebanon 13 -6-2017? Skuad Harimau Malaya dibawah bimbingan jurulatih baru, Nelo Vingada akan beraksi malam ini pada perlawanan pertama aksi Kelayakan Piala Asia 2019 menentang pasukan Lebanon. Perlawanan Malaysia vs Lebanon akan berlangsung pada jam 945 malam, Hari Selasa, 13 Jun 2017 di Stadium Tan Sri Dato' Haji Hassan Yunos, Larkin. Perlawanan akan disiarkan secara langsung di saluran Astro Arena 801/802HD. 

Keputusan Malaysia Vs Lubnan 13 jun 2017

Keputusan Penuh Malaysia Vs Lebanon Kelayakan Piala Asia 2019

Pasukan Malaysia telah diundi di Kumpulan B, Kelayakan Piala Asia 2019 di UAE bersama pasukan Korea Utara, Hong Kong dan Lebanon (Lubnan). Perlawanan pertama Malaysia sepatutnya bertemu pasukan Korea Utara tetapi dibatalkan akibat konflik yang melibatkan kedua-dua pasukan.

Berikut dikongsikan keputusan penuh perlawanan Malaysia vs Lebanon pada aksi kelayakan Piala Asia 2019 :-

  • Tarikh : 13 Jun 2017
  • Sepak Mula : 9.45 malam
  • Stadium : Tan Sri Dato' Haji Hassan Yunos, Larkin, JB

Kesebelasan Pemain

  • MALAYSIA: Khairul Azhan Khalid, Mahalli Jasuli, Khairul Helmi Johari, Rizal Ghazali, Nazirul Naim Che Hashim, Shahrom Kalam, Amirulhadi Zainal, Safiq Rahim (C), Baddrol Bakhtiar, Syazwan Zainon, Ahmad Bakri
  • Substitute: Izham Tarmizi Roslan, Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy, Afif Amiruddin, Faisal Rosli, Shahrul Saad, Azammuddin Akil, S. Chanturu, Akram Mahinan, Muhammaad Nor Azam, Ahmad Syamim Yahya, Safee Sali, Amri Yahyah
Keputusan Malaysia vs Lubnan 13 Jun 2017

Malaysia 1 (Mahali Jasuli min 43)
Lebanon 2 (Rabih Ataya min 79 & 90 +4)

Next game : 5 September 2017 (Hong Kong)

Ayuh peminat bolasepak di Johor Bahru, jom saksikan perlawanan Malaysia vs Lebanon di Stadium Tan Sri Dato' Haji Hassan Yunos, Larkin. Semoga pasukan Harimau Malaya mampu memberikan saingan sengit seterusnya memenangi perlawanan malam ini.

Thursday, 8 June 2017

Keputusan Undian Kumpulan Piala Malaysia 2017

Undian Kumpulan Piala Malaysia 2017. Aksi Piala Malaysia edisi ke 91 piala berprestij dan tertua di Malaysia akan kembali pada tahun 2017. Sebanyak 16 pasukan telah berjaya melayakan diri ke saingan Piala Malaysia 2017 peringkat kumpulan. Undian peringkat kumpulan Piala Malaysia 2017 telah diadakan pada 22 Mei 2017 dengan Kumpulan D dianggap sebagai kumpulan maut. Kedah adalah juara bertahan selepas menewaskan Selangor pada final Piala Malaysia 2016.

undian Kumpulan Piala Malaysia 2017

Keputusan Undian Piala Malaysia 2017 Peringkat Kumpulan

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan keputusan undian Piala Malaysia 2017. 11 pasukan terbaik dalam kedudukan liga iaitu 11 teratas Liga Super dan 5 terbaik Liga Premier selepas 11 perlawanan Liga akan layak ke peringkat kumpulan secara automatik. 

Kedudukan Pot Undian

Pasukan yang layak di undi dan di asingkan mengikut balang berdasarkan ranking liga bagi tujuan pengundian nanti. Berikut adalah kedudukan pot undian mengikut pasukan Liga Super dan Liga Perdana di Piala Malaysia :-
  1. Pot 1 : JDT, Pahang, Kedah, Perak
  2. Pot 2 : Kelantan, Selangor, T-Team, Felda United
  3. Pot 3 : PKNS FC, Melaka United, Sarawak, Negeri Sembilan
  4. Pot 4 : PKNP FC, Terengganu, Kuala Lumpur, UiTM FC

Senarai Penuh Pasukan Peringkat Kumpulan Piala Malaysia 2017

Berikut adalah keputusan undian Piala Malaysia 2017 peringkat kumpulan. Maklumat aksi Piala Malaysia tahun 2017 adalah seperti berikut :-

  • 16 pasukan dibahagikan kepada 4 kumpulan dengan 2 pasukan teratas layak ke pusingan seterusnya
  • Aksi perlawanan pertama adalah pada 4 Julai 2017
  • Aksi Final dijangka pada bulan Oktober 2017

Berikut adalah senarai pasukan setiap kumpulan selepas tamatnya undian kumpulan Piala Malaysia 2017 :-

  • Kumpulan A : Pahang, T-Team, Negeri Sembilan, PKNP FC
  • Kumpulan B : Perak, Felda United, PKNS FC, Kuala Lumpur 
  • Group C : Kedah, Kelantan, Melaka United, UiTM FC
  • Kumpulan D : JDT, Selangor, Sarawak, Terengganu

Undian peringkat Kumpulan Piala Malaysia 2017

Keputusan Undian Kumpulan Piala Malaysia 2017. Sumber FB Johor Southern Tigers. 

Selamat menyaksikan siaran langsung Piala Malaysia 2017 di stadium berdekatan dan di kaca TV anda. Tahniah kepada pasukan yang berjaya menjuarai Piala Malaysia 2017.

Thursday, 18 May 2017

Tarikh Dan Harga Tiket Final FA 2017 Pahang Vs Kedah

Tarikh Dan Harga Tiket Final FA 2017. Tahniah kepada pasukan Pahang dan Kedah yang berjaya layak ke Final Piala FA 2017. Bilakah tarikh perlawanan, tempat dan harga tiket perlawanan akhir 2017 FA CUP? Untuk makluman perlawanan akhir Pahang vs Kedah akan berlangsung pada hari Sabtu, 20 Mei 2017 di Stadium Shah Alam. Pada tahun lepas, JDT telah menjadi juara dengan menewaskan PKNS FC.

Final FA 2017 Pahang Vs Kedah

Harga Tiket Final Piala FA 2017

Bagi peminat bolasepak terutama buat kedua-dua penyokong Pahang dan Kedah yang berminat untuk menyaksikan perlawanan ini secara live di Stadium Shah Alam. Berikut adalah sedikit informasi berkenaan harga tiket perlawanan Final Piala FA Pahang vs Kedah pada 20 Mei 2017 :-
  • Jumlah keseluruhan tiket : 70,000 dan 2,000 keping tiket kanak-kanak
  • Peruntukan tiket : 32,000 tiket untuk Pahang/ 750 kanak-kanak dan 32,000 untuk Kedah/ 750 kanak-kanak
  • Tiket online : 6,000 keping tiket dan 500 keping tiket kanak-kanak
  • Penebusan tiket dikaunter Lobi VIP, Stadium Malawati 18 Mei 2017, Khamis bermula 12:00 tengahari (12:00pm - 6:00pm) hingga 19 Mei 2017, Jumaat bermula 10:00 pagi (10:00am - 6:00pm)
  • Harga Tiket Dewasa - RM50
  • Harga Tiket Kanak-Kanak - RM5

Tarikh Tiket Dijual

  • Bermula 18 Mei 2017 (Khamis) dari jam 1000 pagi
  • Cara Beli Tiket Secara Online - Dijual seawal 900 pagi pada 17 Mei 2017 (Rabu) : Klik http://www.tickethotline.com.my/
  • Lokasi Perlawanan - Stadium Shah Alam, Selangor

Maklumat Penting Lain

  • Pahang bertindak sebagai tuan rumah
  • Pintu Stadium dibuka: 400 petang
  • Sepak mula: 900 malam

Pintu Masuk Penyokong

  • Pahang - Pintu Quadron C & B
  • Kedah - Quadron A & D

Sumber Facebook Kedah FA 

Tahniah sekali lagi kepada pasukan Pahang dan Kedah. Maklumat Harga Tiket Final FA 2017 di antara Pahang Vs Kedah akan dikemaskini dari masa kesemasa.

Wednesday, 17 May 2017

Live Streaming Keputusan JDT Vs Pahang 23 April 2017

Siaran Langsung JDT Vs Pahang Piala FA 23 April 2017. Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Pahang akan bertemu sekali lagi pada aksi suku akhir kedua Piala FA 2017. Aksi yang dijangka menarik diantara JDT vs Pahang akan berlangsung pada hari Ahad, 23 April 2017 di Stadium Tan Sri Dato' Haji Hassan Yunus, Larkin. Pada perlawanan suku akhir pertama di Stadium Darul Makmur, Pahang menang 3 - 1. Siaran langsung perlawanan akan disiarkan di TV9. Pemenang akan mengiringi 3 pasukan lain yang layak ke separuh akhir Piala FA 2017 iaitu Kedah, Terengganu dan Negeri Sembilan.

SIARAN LANGSUNG JDT Vs Pahang piala fa semi final 2017

Live Streaming Keputusan JDT Vs Pahang 23 April 2017

Berikut dikongsikan maklumat perlawanan JDT vs Pahang melibatkan tarikh, masa, stadium, saluran siaran langsung di TV, kesebelasan pemain dan keputusan terkini. Pasukan Pahang kini berkelebihan hasil kemenangan 3 - 1 pada aksi pertama di Pahang.

  • Tarikh/ Hari : 23 April 2017 (Hari Ahad)
  • Sepak Mula :  900 malam
  • Stadium : Tan Sri Dato' Haji Hassan Yunus, Larkin, JB
  • Siaran Langsung : TV9 (Bermula jam 830 malam) 

Keputusan Terkini/ Penuh

  • JDT 2 vs 1 Pahang : (JDT : Gonzalo Cabrera 5' / Gabriel Guerra 22' & PAH : Sumareh min 86)  Agg (JDT 3 - 4 Pahang)
  • Pahang layak ke peringkat separuh akhir Piala FA 2017

Kesebelasan Pemain

    JDT: Izham Tarmizi, Afiq Fazail, Amirul Hadi Zainal, Marcos Antonio (C), Safiq Rahim, Gonzalo Cabrera, S. Kunanlan, Fazly Mazlan, Azrif Nazrulhaq, Gabriel Guerra, Fadhli Shas

    Substitute: Haziq Nadzli, Azammuddin Akil, Aidil Zafuan, Shakir Shaari, R. Gopinathan, Nazmi Faiz, Safawi Rasid

    PAHANG: Wan Azraie Wan Teh, Matthew Davies (C), Wan Zaharulnizam Zakaria, Ahmad Syamim Yahya, Faisal Rosli, Heo Jae-won, Joseph Kalang Tie, Afif Amiruddin, Nor Azam Abdul Azih, Mohamadou Sumareh, Matheus Alves

    Substitute: Helmi Eliza Elias, Saiful Nizam Miswan, Ashari Samsudin, D. Christie Jayaseelan, Nurridzuan Abu Hassan, Salamon Raj, Muslim Ahmad

    Selamat menyaksikan aksi perlawanan yang dijangka menarik diantara 2 pasukan teratas Liga Super 2017. Tahniah kepada pasukan yang berjaya memenangi perlawanan ini.

    Wednesday, 10 May 2017

    Senarai Buffet Ramadhan Johor Bahru 2017

    Senarai Lokasi Buffet Ramadhan Buka Puasa 2017 Di Johor Bahru. Berikut dikongsikan senarai buffet Ramadhan di JB untuk tahun 2017 bersamaan dengan tahun 1438H. Keindahan dan suasana Bandaraya Johor Bahru atau JB kini tidak seperti dahulu lagi. JB kini mengalami pembangunan yang amat pesat sekali seiring dengan pembangunan di KL dan Penang. Terutama di kawasan persisir pantai sepanjang Selat Tebrau merangkumi Danga Bay hingga Stulang dan Senibong. 


    lokasi Buffet Ramadhan 2017 Johor Bahru

    Senarai Lokasi Buffet Ramadhan 2017 Di JB

    Kepesatan JB juga mewujudkan hotel baru yang menarik dan tempat makanan/ restoran yang menawarkan makanan pelbagai jenis tidak terkecuali makan tradisional Johor seperti Mee Rebus, Laksa Johor, Mee Bandung dan sebagainya.
    Sempena bulan Ramadhan yang mulia, berikut disertakan Senarai Lokasi Buffet Ramadhan Berbuka Puasa 2017 Di Johor Bahru untuk panduan bagi mereka yang berhajat berbuka di luar bersama keluarga, rakan-rakan atau rakan perniagaan.

    Lokasi Buffet Ramadhan Di JB

    Berikut dikongsikan senarai buffet ramadhan di JB yang memaparkan harga dewasa dan kanak-kanak serta no telefon dan laman web/ facebook.

    NOHotel / Restoran2016 : Harga Dewasa (RM)2016 : Harga Dewasa (RM)2017 : Harga Dewasa (RM)2017 : Harga Kanak-Kanak (RM)No TelLaman Web / Facebook
    1Grand Paragon Hotel, Jalan Harimau Taman Century 108 nett 65 nett118 nett60 nett07-268 5222 ext 5326/ 5255Grand Paragon Hotel
    2M-Suite Hotel, Jalan Skudai88 nett to 95 nett45 nett99 nett45 nett07-22 11 000M-Suite Hotel
    3Mutiara Hotel Johor Bahru, Jalan Dato Sulaiman, Tam Century 105 nett60 nett118 nett60 nett07- 330 0300Mutiara Hotel JB
    4Silka Hotel, Jalan Masai Lama, JB60 nett30 nett65 nett32.50 nett07-360 1000 ext 1090Silka Hotel
    5KSL Hotel & Resort, Taman Century100 nett45 nett1185507 - 288 2688KSL Resorts
    6Berjaya Waterfront Hotel, Stulang Laut, JB88 nett45 nett98 nett55 nett07- 221 9999Berjaya Waterfront Hotel
    7Hotel Granada, Bukit Indah90 nett48 nett98 nett48 nett07- 231 8805Hotel Granada
    8GoodHope Hotel, Taman Skudai Baru58 nett40 nett58 nett35 nett07- 557 2828Good Hope Hotel Skudai
    9Grand Bluewave Hotel, Jalan Meldrum, JB 98 nett 60 nett98 nett48 nett07-221 6666Bluewave Hotel
    10Pulai Springs Resort, Skudai 105 52.5098/ 118 nett49/ 59 nett07-521 2121Pulai Springs
    11Noy Restoran Kg Danga, Jalan Lurah Utama, Kempas48 nett18 nett49 nett18 nett07-234 4482Restoran Kg Danga
    12Restoran Banafe Village, Jalan Abdullah Tahir, JB5527promosi kupon Ramadhan 29++Hari pertama ke ketujuh puasa07-3333 377Banafe Village
    13Double Tree By Hilton150 nett75 nett118/ 158 nett-07 268 6868Double Tree By Hilton
    14Hotel New York, Jalan Abdullah Tahir 80 nett 45 nett88 nett48 nett07-3311 588New York Hotel
    15Hotel Selesa, Jalan Tebrau75 nett40 nett--07 332 399 ext 8811 / 8815 / 8813Hotel Selesa JB
    16Villa Warisan J.A, Jalan Abdul Rahman Andak, JB49.90--07-2288 333Villa Warisan JA
    17Horizon Hills Golf Terrace, Horizon Hills, JB80 nett50 nett95 nett60 nett07-2323 166Horizon Hills

    Senarai Buffet Ramadhan 2017 di Johor Bahru akan dikemaskini dari masa kesemasa. 

    Flyers Buffet Ramadhan Di JB Tahun 2017

    Selain senarai buffet ramadhan di atas, terdapat juga beberap hotel terkenal yang menawarkan pakej buffet raamdhan di bandaraya Johor Bahru seperti berikut :-

    1. Amerin Hotel Taman Perling, JB

    Tel : 07-233 0333
    Dewasa RM99 nett dan kanak-kanak RM59 nett
    amerin hotel buffet ramadhan
    2. Millesime Hotel, Iskandar Puteri
    Tel : 07-590 8866

    Dewasa RM89 nett dan kanak-kanak RM45 nett




    buffet ramadhan millesime hotel jb

    3. Renaissance Johor Bahru Hotel

    Tel : 07-381 3322
    Dewasa RM132 ++ dan kanak-kanak RM62 ++


    renaissance hotel jb buffet ramadhan

    4. Thistle Johor Bahru


    EARLY BIRD PROMOTION
    Valid from 1 April – 27 May 2017
    Dine from 28 May – 3 June 2017
    RM108 nett (Adult)
    RM54 nett (Children below 12 years of age)
    KAMPUNGKU THISTLE BUFFET
    Dine from 28 May – 24 June 2017
    RM128 nett (Adult)
    RM65 nett (Children below 12 years of age)

    SAHUR AT GLASS RESTAURANT
    28 May - 24 June 2017
    2.00am - 5.00am
    RM35 nett (Adult)
    RM30 nett (Children below 12 years old)

    For reservations, please call +607 222 9234
    thistle jb buffet ramadhan

    5. Hotel Sentral JB

    hotel sentral jb buffet ramadhan

    6. Hotel Jen Puteri Harbour, Iskandar Puteri

    Harga RM146 nett (Dewasa) dan RM73 nett (Kanak-kanak)
    Tel no : 07 560 8900


    bakar bakar by jen hotel puteri harbour

    7. Holiday Villa Johor Bahru



    holiday villa jb buffet ramadhan

    8. Ponderosa Golf & Country Club

    Harga RM68 nett (dewasa) dan RM25 nett (kanak-kanak)
    Tel No : 07-354 9999
    ponderosa golf ramadhan buffet

    9. Le Grandeur, Palm Resort Senai

    "GULAI KAWAH" Buffet at Ishwara, 27 May 2017 to 24 Jun 2017

    RM80 (Adult) | RM40 (Child: 4-12 years old) 7.00pm – 9.30pm
    buffet ramadhan le grandeur senai

    10. Hotel Puteri Pacific JB (Restoran Selasih)

    restoran selasih hotel puteri pacific jb

    11. Bufet Ramadan Warisan Ibunda di eRYA by SURIA Johor Bahru

    Harga RM59 (Dewasa), RM35 (Kanak-kanak 7-12 tahun)
    Tempahan Hubungi : 07-223 1791 atau 019 313 9507 (Shah) atau 017-555 7413 (Shaiful)
    buffet ramadhan erya bu suria jb

    Jika anda mempunyai Senarai Buffet Ramadhan 2017 Johor Bahru yang lebih menarik, sila kongsikan di ruangan komen di bawah ini. Selamat berpuasa buat umat Islam di Malaysia.

    Tuesday, 9 May 2017

    Johor Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak 2017

    Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak Johor 2017/ 1438H. Bulan Ramadhan yang mulia kembali lagi. Berikut adalah Jadual Waktu Berbuka Puasa dan Imsak bagi negeri Johor Darul Takzim Malaysia bagi Bulan Ramadhan tahun 2017 bersamaan dengan 1438 Hijrah. Jadual rasmi ini telah dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Islam Malaysia (JAKIM) dan memaparkan maklumat hari, tarikh hijrah dan miladiah untuk waktu berbuka dan imsak. 


    waktu berbuka puasa negeri Johor 2017
    Jadual buka puasa dan Imsak 2017 seluruh negeri di Malaysia boleh di rujuk di Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak 2017 manakala Niat Puasa dan Doa Berbuka Puasa sila klik Niat & Doa. Senarai bazar Ramadhan di Johor pula boleh dirujuk di Bazar Ramadhan.

    Bersahur Dan Berbuka Puasa

    Bersahur dan berbuka puasa adalah merupakan adab dan sunat puasa.

    • 1. Bersahur dan mengakhirkan sahur

    Bersahur adalah merupakan amalan sunat berdasarkan hadis yang diriwayatkan daripada Anas RA, bahawa Nabi bersabda :-
    Ertinya : Bersahurlah kamu kerana sesungguhnya sahur itu ada keberkatan (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
    Sahur adalah berkat kerana ia membantu menguatkan orang yang berpuasa. Waktu bersahur ialah bermua pada pertengahan malam hingga terbit fajar namun disunatkan mengakhirkan waktu bersahur.

    • 2. Mempercepatkan berbuka puasa apabila terbenamnya matahari

    Sabda Rasulullah SAW :-
    Kekallah umatku dengan kebaikan sebagaimana mereka mempercepatkan berbuka puasa (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
    Begitu juga disunatkan berbuka puasa dengan tamar. Sekiranya tiada tamar maka sunat berbuka dengan air. Sunat juga berdoa ketika berbuka puasa  

    Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak Johor 2017

    Berikut dikongsikan waktu berbuka puasa dan waktu Imsak seluruh kawasan dan zon di Negeri Johor tahun 2017.
    • Zon 1 - Pulau Aur Dan Pulau Pemanggil


    zon 1 johor


      • Zon 2 - Johor Bahru, Kota Tinggi, Mersing dan Pulau-Pulau Yang berdekatan dengannya


      zon 2 johor


        • Zon 3 Pontian Dan Kluang


        zon 3 johor


          • Zon 4 Batu Pahat, Muar, Ledang, Segamat dan Gemas



          zon 4 johor

          Sumber : JAKIM

          Selamat menjalankan ibadah puasa pada siang hari dan pada malam hari, marilah sama-sama kita mengerjakan solat terawih. Semoga jadual waktu berbuka puasa dan Imsak Johor 2017 ini boleh dijadikan panduan buat mereka yang ingin mengetahui maklumat penting berbuka dan sahur sewaktu berpuasa.

          Friday, 5 May 2017

          Senarai Lokasi Bazar Ramadhan 2017 Johor Bahru JB

          Lokasi Bazar Ramadhan 2017 Johor Bahru JB. Puasa Ramadhan datang lagi dan pastinya Bazar Ramadhan adalah tempat yang dicari oleh orang ramai untuk mencari makanan dan minuman ketika berbuka puasa. Dengan adanya Bazar Ramadhan ianya dapat membantu mereka yang berkerjaya yang tidak sempat untuk memasak sendiri di rumah atau bagi mereka yang inginkan masakan pebagai citarasa semasa berbuka.

          Berikut disertakan senarai lokasi Bazaar Ramadhan 2017 di Johor Bahru yang akan dikemaskini dari masa kesemasa untuk panduan semua.

          Bazar Ramadhan di johor bahru terkini 2017

          LOKASI BAZAR RAMADAN JB 2017

          Berikut adalah senarai lokasi Bazar Ramadhan di sekitar Bandaraya Johor Bahru yang sedang pesat membangun. Senarai merangkumi nama tempat, jalan dn majlis.

          Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB)

          1. Jalan Padi Mahsuri 12, Bandar Baru UDA
          2. Jalan Mata Kucing, Kg Pasir, Tampoi 
          3. Jalan Sekolah, Kg Melayu Majidee
          4. Jalan Persiaran Dahlia, Taman Dahlia
          5. Jalan Harmoni 1/4, Taman Desa Harmoni
          6. Jalan Nibong 17, Taman Daya
          7. Jalan Arung, Taman Bukit Kempas
          8. Jalan Adda 3/2, Adda Height
          9. Jalan Setia Tropika 1/14, Taman Setia Tropika
          10. Lorong Blok 20, Flat Stulang Laut
          11. Jalan Rambutan, Bandar Ulu Tiram
          12. Jalan Lembah 1, Taman Desa Jaya
          13. Jalan Ledang 25, Taman Bukit Tiram
          14. Jalan Pantai, Bakar Batu-Taman Bayu Puteri
          15. Perkarangan Masjid Jamek Tun Hussien Onn
          16. Jalan Padi 13, Bandar Baru UDA (Masjid)
          17. Jalan Permas 1/6, Bandar Baru Permas Jaya
          18. Jalan Sri Bahagia 18, Taman Sri Bahagia
          19. Tempat Letak Kereta KIPMart Tampoi
          20. Berhampiran Masjid Taman Tampoi Indah
          21. Aras 3, Bangunan JB Sentral
          22. Jalan Dataran 2/1, Taman Kempas
          23. Tapak Pasar Tani, Jalan Taruka, Larkin
          24. Jalan Padi Emas 1/6, Bandar Baru UDA
          25. Jalan Kemboja, Majidi Baru
          26. Jalan Dedap 25, Taman Johor Jaya
          27. Jalan Permas 7, Bandar Baru Permas Jaya
          28. Kawasan Parkir Plaza Larkin (Food Truck)
          29. Kawasn Parkir Taman Rekreasi Laman Tasik Pandan
          30. Jalan Kesum, Taman Istimewa
          31. Jalan BJ 3/2, Taman Bestari Jaya
          32. Jalan Lading, Taman Puteri Wangsa
          33. Stadium Larkin
          34. Larkin Sentral (Bus Stand Larkin)
          35. Parkir Kereta Pasaraya Besar Southern City
          36. Tempat Letak Kereta Bangunan S'mart, Pandan
          37. Tempat Letak Kereta @mart, Kempas
          38. Padang A, Angsana Mall
          39. Jalan Pandan Ria 1, Pandan Uptown
          40. Hadapan Kompleks Pekan Rabu, Taman Kobena
          41. Kawasan Parkir Kereta Jalan Tan Hiok Nee
          42. Tempat Letak Kereta Pasar Borong Pandan
          43. Jalan Riang 21/1, Taman Mulia
          44. Jalan Molek 1/10, Taman Molek (Depan Public Bank)
          45. Persiaran Teratai, Taman Cempaka
          46. Jalan Anggerik 2/4, Taman Anggerik (Hadapan gelanggang Futsal)
          47. Jalan Mewah Ria 2/1, Taman Bukit Mewah
          48. Jalan Bayam 26, Taman Kota Puteri
          49. Jalan Skudai Kiri, Skudai Kiri
          50. Balairaya Ulu Pandan
          51. Jalan Bunga Seroja, Taman Plentong
          52. Jalan Johar 3/2, Taman Desa Cemerlang
          53. Jalan Badik 23, Taman Puteri Wangsa

          MPJBT/ Pasir Gudang/ Senai Kulai

          1. Taman Nusa Perintis 1, Gelang Patah
          2. Jalan Ara 9, Taman Sri Pulai
          3. Jalan Kemuliaan, Taman Universiti
          4. Jalan Emas 1, Taman Sri Skudai
          5. Jalan Layang 16, Taman Perling
          6. Perling Mall, Jalan Pesisiran Perling 1, Taman Perling
          7. Jalan Kebudayaan 16, Taman Universiti
          8. Jalan Perwira 19, Taman Ungku Tun Aminah
          9. Jalan Pi 11/1, Taman Pulai Indah
          10. Jalan Pulai Harmoni 1, Bandar Baru Kangkar Pulai
          11. Jalan Tasek 64, Bandar Seri Alam
          12. Bazar Bandar Senai      
          13. Bazar Taman Handal      
          14. Bazar Taman Senai Utama      
          15. Bazar Bandar Putra      
          16. Bazar Taman Mas      
          17. Bazar Taman Putri      
          18. Bazar Taman Manis
          19. Jalan Mohd Amin, Kolam Air 
          Jika anda mempunyai senarai lokasi Bazar Ramadhan di Johor Bahru yang tidak tersenarai di atas, sila sertakan di ruangan komen di bawah ini.