Showing posts with label SPM. Show all posts
Showing posts with label SPM. Show all posts

Tuesday, 6 June 2017

Contoh Soalan Dan Skema Jawapan Kertas 3 Sejarah SPM

Contoh Soalan / Skema Jawapan / Cara Menjawab Kertas 3 Sejarah SPM (Tingkatan 4 dan 5). Untuk pelajar SPM semua, berikut dikongsikan koleksi contoh soalan dan skema jawapan Sejarah Kertas 3 SPM buat panduan pelajar dalam membuat persediaan peperiksaan. Untuk makluman pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) telah mengeluarkan tema umum atau tajuk soalan bagi Sejarah Kertas 3 SPM 2016 iaitu Malaysia Dan Kerjasama Masyarakat Antarabangsa. Untuk makluman, Tema Sejarah SPMU 2016 bulan Jun pula bertajuk Perkembangan Di Eropah Dan Kesannya Terhadap Ekonomi Negara. 

skema Jawapan Kertas 3 Sejarah SPM

Manakala tema umum SPM 2015 pula adalah Kemunculan dan Perkembangan Nasionalisme Sehingga Perang Dunia Kedua. Tema Umum  yang diberi sebagai persediaan menjawab soalan bagi Tugasan Spesifik  dalam Sejarah 1249/3. 

Contoh/ Skema Jawapan Kertas 3 Sejarah SPM

Berikut dikongsikan Contoh Soalan dan skema Jawapan Kertas 3 SPM termasuk Tema 12 Malaysia Dan Kerjasama Masyarakat Antarabangsa

Skema Jawapan Kertas 3 Tahun-Tahun Lepas

Dikongsikan juga beberapa skema jawapan Kertas 3 Sejarah tahun-tahun yang lepas. Sila rujuk dan muat turun panduan dengan mengklik link di bawah ini:-
  1. TEMA 3 : Kesedaran Pembinaan Negara Dan Bangsa 
  2. TEMA 2 : Nasionalisme di Malaysia sehingga Perang Dunia Kedua
  3. TEMA 9 : Perkembangan Di Eropah Dan Kesannya Terhadap Ekonomi Negara 
  4. TEMA 11.1 : Pengukuhan Negara Dan Bangsa Malaysia (Bab 6 Tingkatan 5)
  5. TEMA 11.1 : Pembinaan Negara dan Bangsa Malaysia  (Bab 4 Tingkatan 5)
  6. TEMA 10.1 : Kemunculan Dan Perkembangan Nasionalisme Di Asia Tenggara : Nasionalisme di Malaysia Sehingga Perang Dunia Kedua (Bab 1 Tingkatan 5)
  7. TEMA 11 : Pembinaan Negara dan Bangsa Ke Arah Kemunculan Negara Malaysia Berdaulat 
  8. Bab 8 : Pembangunan dan Perpaduan Untuk Kesejahteraan
  9. Bab 5 : Pembinaan Negara Dan Bangsa Yang Merdeka
  10. Bab 7 : Sistem Pemerintahan Dan Pentadbiran Negara Malaysia
  11. Bab 9 : Malaysia Dan Kerjasama Masyarakat Antarabangsa

TEMA 11 : Pembentukan Malaysia

Soalan Tugasan Spesifik Pada Hari Peperiksaan

Penubuhan negara bangsa Malaysia yang berdaulat telah melalui pelbagai rintangan dan cabaran. Walau bagaimanapun, segala rintangan dan cabaran itu telah dapat diatasi sehingga Malaysia berjaya menjadi sebuah negara yang berkembang pesat dari aspek politik, ekonomi dan sosial. Berdasarkan fakta yang diperoleh, bincangkan sejarah pembentukan Malaysia sebagai sebuah negara bangsa yang berdaulat.
Jawapan hendaklah berdasarkan aspek berikut:
skema Jawapan Kertas 3 Sejarah SPM

Sumber

Semoga Contoh Soalan Dan Jawapan Kertas 3 Sejarah SPM ini boleh dijadikan panduan buat pelajar SPM semua.

Monday, 5 June 2017

Koleksi Soalan Peperiksaan Sebenar SPM

Koleksi Soalan Peperiksaan Sebenar SPM (November). Anda seorang pelajar yang bakal menduduki peperiksaan SPM 2017 hujung tahun ini? Sebagai panduan bagi pelajar yang ingin mencari soalan peperiksaan SPM sebenar tahun 2016 dan tahun-tahun sebelumnya (Past Years Papers From Lembaga Peperiksaan Malaysia), anda boleh merujuk koleksi soalan SPM sebenar di bawah ini. Peperiksan bertulis Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) 2017 akan diadakan pada 6 November hingga 4 Disember 2017 seperti dimaklumkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM). 

Jadual peperiksaan lain termasuk SPM, SPMU, UPSR, PT3 dan STAM tahun 2017 boleh di rujuk di Jadual Peperiksaan Awam Malaysia 2017
 
Soalan Peperiksaan Sebenar SPM

Koleksi Soalan Peperiksaan Sebenar SPM 2016 Dan Tahun Sebelumnya 

Berikut disertakan koleksi kertas soalan peperiksaan sebenar SPM tahun 2015 dan tahun sebelumnya yang dikongsikan dari pelbagai sumber seperti dinyatakan untuk rujukan pelajar dalam mengulangkaji pelajaran.
* Kertas soalan peperiksaan akan dikemaskini dari masa kesemasa 

Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2016

SPM 2015

SPM 2014 


    Sejarah SPM

    Biology SPM Biologi

    SPM Perdagangan

    Prinsip Perakaunan SPM

    Pendidikan Islam SPM

    Matematik SPM Mathematics

    Matematik Tambahan SPM Add Maths

    Bahasa Melayu (BM) SPM

    Bahasa Inggeris (BI) SPM

    Chemistry SPM Kimia

    Biology SPM Biologi

    Physics SPM Fizik

    Bahasa Cina (BC) SPM

    Wednesday, 31 May 2017

    Tema Umum Sejarah Kertas 3 SPMU 2017

    Tema Umum Sejarah Kertas 3 SPM Ulangan (SPMU) Tahun 2017. Apakah tajuk atau tema umum Sejarah Kertas 3 untuk calon persendirian SPMU 2017? Menerusi makluman rasmi KPM, pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) telah mengeluarkan tema umum atau tajuk soalan bagi Sejarah Kertas 3 SPMU 2017 (SPM Ulangan) iaitu Tamadun Awal Manusia.

    Tema Umum Sejarah Kertas 3 SPM ulangan

    Tema Umum Sejarah Kertas 3 SPMU 2017 - Tamadun Awal Manusia

    Berikut adalah tema umum Sejarah Kertas 3 untuk calon persendirian SPM Ulangan 2017 :-
    • Tahun 2017 : Tema Umum : Tamaduan Awal Manusia. Tamadun moden hari ini terhutang budi kepada tamadun awal manusia. Ciptaan, teknik dan konsep yang mereka hasilkan menyebabkan kemajuan hidup manusia dan meletakkan asas untuk kehidupan di dunia moden.
    • Tahun 2016 : Perkembangan di Eropah dan Kesannya Terhadap Ekonomi Negara. Sebelum kedatangan penjajah British, masyarakat peribumi di Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah menjalankan kegiatan ekonomi yang tersendiri. Pada abad ke-19, British menguasai ekonomi dan memberi  kesan terhadap taraf sosioekonomi masyarakat peribumi. Calon boleh memuat turun tema dan arahan dalam PDF bermula 3 Mei hingga 6 Jun 2016 di LP MOE.

    Senarai Tema Umum Sejarah Kertas 3 Tahun 2015

    1. SPM 2015 (November)

    Untuk makluman, Tema Umum Sejarah Kertas 3 SPM 2015 (November) adalah bertajuk :-
    • Kemunculan dan Perkembangan Nasionalisme Sehingga Perang Dunia Kedua.
    Tema Umum  yang diberi adalah sebagai persediaan menjawab soalan bagi Tugasan Spesifik dalam Sejarah 1249/3.

    2. Tema Umum Sejarah Kertas 3 SPM Ulangan (U) 2015

    Tema umum Sejarah Kertas 3 SPMU tahun 2015 adalah  
    • Pembinaan Negara dan Bangsa ke Arah Kemunculan Negara Malaysia Berdaulat.  
    Adalah diingatkan, calon dikehendaki membaca dan meneliti Tema Umum Sejarah ini dan membuat persediaan awal sebelum hari peperiksaan yang sebenar. Calon juga boleh berbincang dengan guru dan rakan-rakan untuk mendapat dan mengumpulkan maklumat berkaitan. Calon boleh membuat rujukan daripada pelbagai sumber yang berkaitan serta mendapatkan sumber maklumat daripada buku teks, bahan bacaan ilmiah, akhbar, internet dan bahan-bahan yang berkaitan.
    Pembinaan Negara dan Bangsa ke Arah Kemunculan Negara Malaysia Berdaulat

    Tema Umum : Pembinaan Negara dan Bangsa ke Arah Kemunculan Negara Malaysia Berdaulat

    Walaupun menghadapi pelbagai rintangan, Persekutuan Malaysia berjaya dibentuk dan telah diisytiharkan pada 16 September 1963. Malaysia terus maju walaupun masih banyak rintangan yang terpaksa dilalui.

    Sebagai panduan, berikut disertakan Contoh skema jawapan Sejarah Kertas 3 SPM Tahun 2014. Klik Skema jawapan.

    Selamat membuat persediaan yang terbaik dalam menjawab soalan kertas 3 Sejarah SPMU tahun 2017 nanti. Semoga berjaya. 

    Thursday, 11 May 2017

    Semakan Keputusan Matrikulasi Sesi 2017/ 2018 Online

    Semakan Keputusan Matrikulasi Sesi 2017/ 2018 Online. Perhatian buat pelajar SPM 2016 yang telah membuat permohonan Program Matrikulasi KPM Kementerian Pendidikan Malaysia sesi kemasukan 2017/ 2018. Anda pasti berdebar-debar menunggu keputusan tawaran kemasukan ke Kolej Matrikulasi. Semakan tawaran keputusan Matrikulasi KPM mereka yang berjaya akan dikeluarkan dalam masa 30 hari bekerja selepas keputusan SPM 2016 diumumkan secara rasmi. Pada tahun lepas, keputusan Matrikulasi telah diumumkan pada 14 April 2016. 

    • Semakan keputusan Matrikulasi 2017/ 2018 akan diumumkan pada hari Khamis, 27 April sehingga 11 Mei 2017. Tahun lepas pada hari Khamis, 14 April 2016 bermula 1200 tengahari)
    • Kemaskini Permohonan Matrikulasi 2017 klik KPM 
    • Semakan Keputusan UPU ke UA SESI 2017/ 2018 Online Klik SEMAKAN UPU 2017

    Semakan Matrikulasi 2017

    Semakan Keputusan Matrikulasi 2017 Online

    Berikut dikongsikan cara membuat semakan Matrikulasi 2017 secara online dan SMS meliputi tarikh semakan, applikasi online dan rayuan matrikulasi 2017. Pelajar adalah disarankan utuk merujuk kepada Portal Rasmi KPM untuk mendapatkan tarikh semakan terkini. 

    Berikut adalah cara-cara membuat semakan tawaran keputusan Matrikulasi 2017 secara online dan SMS :- 

    1. Semakan Online

    • Tarikh semakan tawaran Matrikulasi 2017 : Khamis, 27 April hingga 11 Mei 2017
    • Tahun lepas pada 14 April 2016 (Khamis) bermula 1200 tengahari sehingga 11.59 malam, 28 April 2016).
    • Link applikasi semakan : KLIK TAWARAN MATRIKULASI
    • Tarikh pendaftaran bagi pelajar baru sesi 2017/ 2018 adalah pada 5 Jun 2017 (10 Ramadan 1438H). Tarikh pendaftaran tertera dengan jelas pada surat tawaran
    • Pemohon perlu melayari laman sesawang semakan kerana calon yang berjaya perlu mencetak surat tawaran dan dokumen untuk dibawa semasa mendaftar di kolej matrikulasi.

    2. Semakan Melalui SMS

    Tawaran Matrikulasi boleh juga disemak melalui Semakan SMS dengan menaip:-

    • MOE<jarak>MAT<jarak>NO.K.P dan hantar kepada 15888 
    • *Caj perkhidmatan 15 sen akan dikenakan untuk setiap penghantaran dan 20 sen untuk penerimaan

    3. Panggilan Telefon

    Pemohon boleh menghubungi Talian telefon pejabat atau bantuan di 03 8884 4083 pada waktu pejabat bermula 8.30 pagi hingga 4.30 petang. 

    Rayuan Matrikulasi 2017 Online

    Permohonan Rayuan boleh dilakukan secara online bermula dari 27 April 2017. Tahun 2016 pada 14 hingga 27 April 2016. Rayuan boleh dibuat sebaik sahaja anda mengetahui anda tidak mendapat tawaran kemasukan ke Program Matrikulasi KPM. Rayuan Matrikulasi boleh dibuat melalui kaedah berikut :-

    1. Rayuan Secara Online

    Sila rujuk Rayuan Matrikulasi sebagai panduan. Applikasi rayuan : Klik applikasi sama semakan keputusan Matrikulasi 

    2. Datang Ke Bahagian Matrikulasi

    Pemohon boleh datang sendiri bersama salinan keputusan SPM yang disahkan ke Bahagian Matrikulasi KPM untuk membuat rayuan. 

    3. Tulis Surat Rayuan Kemasukan Matrikulasi

    Pemohon boleh menulis surat permohonan rayuan secara rasmi seperti contoh surat rayuan Matrikulasi di SURAT RAYUAN. Pemohon perlu melampirkan satu salinan keputusan SPM dan kad pengenalan yang disahkan. 

    Semakan Keputusan Rayuan Matrikulasi 2017

    Pemohon yang merayu boleh membuat semakan keputusan rayuan Matrikulasi 2017 pada :-
    • 8 Jun 2017 bermula 1200 tengahari (tahun lepas pada 18 Jun 2016)
    • Pendaftaran pelajar rayuan adalah pada 13 Jun 2017 (Tahun lepas pada 24 Jun 2016)

    Soalan Lazim (FAQ) Kemasukan Matrikulasi Dan Cara Hubungi

    Soalan lazim atau FAQ mengenai tawaran Matrikulasi boleh dirujuk di MOE. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi Talian telefon pejabat atau talian bantuan – 03 8884 4083/4040/4036 pada waktu pejabat bermula 8.30 pagi – 4.30 petang.  

    Selamat membuat semakan Matrikulasi 2017. Diucapkan selamat berjaya buat semua pemohon kemasukan ke Matrikulasi sesi 2017/ 2018. Moga and berjaya mendapat tawaran kemasukan yang diinginkan.

    Tuesday, 2 May 2017

    Semakan Keputusan IKM KKTM MJII Julai 2017 Online

    Semakan Keputusan IKM, KKTM Dan MJII Sesi Julai 2017 Online. Bilakah tarikh keputusan kemasukan ke KKTM, IKM dan MJII sesi Julai 2017? Dikongsikan dari Facebook KKTM, IKM dan MJII. Semakan keputusan permohonan kemasukan ke Institut Kemahiran MARA (IKM), Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM) dan Mara Japan Industrial Institute (MJII) sesi Julai 2017 boleh disemak secara online di link applikasi semakan SPUPIM di bawah ini. Semakan keputusan boleh di buat secara online bermula dari 25 Mei 2017 sehingga 7 Jun 2017. 

    Semakan IKM KKTM MJII Julai 2017 Online

    Semakan Keputusan IKM, KKTM Dan MJII Sesi Julai 2017 Online

    Berikut disertakan cara-cara membuat semakan online di mana terdapat 2 applikasi semakan seperti kategori berikut :- 

    1. Permohonan Melalui Sistem Pengambilan UPIM

    * Isikan No Kad Pengenalan dan tekan semak/ masuk

    Tahniah kepada pemohon yang berjaya ditawarkan ke IKM, KKTM dan MJII sesi Julai 2017. Kepada pelajar yang berminat untuk membuat permohonan kemasukan, berikut dikongsikan maklumat ringkas berkaitan permohonan ke IKM, KKTM dan MJII yang dikongsikan dari e-Kemahiran sebagai panduan.

    Cara Membuat Permohonan ke IKM, KKTM dan MJII Online

    1. Permohonan kemasukan di buka dua (2) kali setahun iaitu pada JANUARI dan JULAI
    2. Permohonan kemasukan perlu dibuat secara ONLINE
    3. Kemasukan sesi JANUARI melalui www.ekemahiran.edu.my – percuma
    4. Kemasukan sesi JULAI melaui UPU Online dimana pemohon perlu membeli no. pin atau melalui www.ekemahiran.edu.my – percuma

    Sebarang pertanyaan boleh hubungi:

    Unit Pengambilan Pelajar,
    Bahagian Kemahiran & Teknikal MARA,
    Ibu Pejabat MARA, Jalan Raja Laut 50609 Kuala Lumpur
    Telefon: 03-26134611/4612/4618/4605
    Fax: 03-26914510 


    Selamat membuat Semakan Keputusan IKM KKTM MJII Julai 2017 Online. Tahniah kepada mereka yang berjaya mendapat tawaran kemasukan.

    Monday, 1 May 2017

    Permohonan Rayuan UPU Sesi 2017/ 2018 IPTA Dan Politeknik

    Cara Buat Permohonan Rayuan UPU Ke IPTA Dan Politeknik Sesi 2017/ 2018 Online. Tahniah diucapkan kepada pemohon yang berjaya mendapat tawaran kemasukan ke IPTA/ UA dan Politeknik sesi 2017/ 2018. Kepada pemohon UPU yang gagal, anda masih berpeluang mendapat tawaran dengan membuat permohonan rayuan UPU 2017 secara online. Berikut dikongsikan cara membuat permohonan Rayuan UPU sesi 2017/ 2018 untuk lepasan SPM dan STPM/ setaraf.

    Permohonan Rayuan UPU online

    Cara Membuat Rayuan UPU Sesi 2017/ 2018 Online

    Hanya calon yang gagal mendapat sebarang tawaran sahaja yang layak mengemukakan permohonan rayuan. Berikut dikongsikan tarikh penting permohonan rayuan UPU sesi 2017/ 2018 :-

    Tarikh Permohonan Dan Semakan eRAYUAN UPU 2017

    15 hingga 21 Mei 

    • Permohonan UPUOnline Rayuan DIBUKA bagi Lepasan SPM/ Setaraf ke UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA

    21 Mei 2017 (1159 malam)

    • Permohonan UPU Online Rayuan DITUTUP bagi Lepasan SPM/ Setaraf ke UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA

    11 hingga 17 Jun

    Hebahan Keputusan Rayuan Permohonan bagi Lepasan SPM/ Setaraf ke UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA

    1 hingga 5 Ogos

    • Permohonan UPU Online Rayuan DIBUKA bagi Lepasan STPM/Setaraf

    6 hingga 12 Ogos

    • Permohonan UPU Online Rayuan DITUTUP bagi Lepasan STPM/Setaraf

    20 hingga 26 Ogos


    • Hebahan Keputusan Permohonan Rayuan Fasa 1 bagi Lepasan STPM/Setaraf

    10 hingga 16 September


    • Hebahan Keputusan Permohonan Rayuan Fasa 2 bagi Lepasan STPM/Setaraf 

    Nota

    Tarikh adalah tertakluk kepada sebarang perubahan

    Applikasi Rayuan UPU Online

    Pemohon dikehendakli melayari applikasi rayuan UPU untuk membuat rayuan.
    Pada Laman Log Masuk, pemohon perlu memasukkan ‘No Kad Pengenalan’ dan ‘Kata Laluan’ untuk Log Masuk ke dalam Sistem.

    Selamat membuat Permohonan Rayuan UPU Sesi 2017/ 2018 IPTA Dan Politeknik. Semoga anda berjaya mendapat tawaran kemasukan ke UA (IPTA) dan IPT yang dihajatkan. Semoga berjaya.

    Friday, 31 March 2017

    Permohonan ILJTM 2017 Online - ILP, ADTEC Dan JMTI

    Permohonan Kemasukan Ke ILJTM Online. Belajar di ILJTM adalah antara pilihan pelajar lepasan SPM/ SKM/ ST di Malaysia. Berita baik seperti dikongsikan dari FB ILJTM, permohonan kemasukan ke ILP, ADTEC dan JMTI sesi Julai 2017 boleh dimohon secara online bermula dari 17 Mac hingga 18 April 2017. Permohonan adalah untuk kemasukan ke Institut Latihan Perindustrian (ILP), Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) dan Institut Teknikal Jepun-Malaysia (JMTI).

    • Kemasukan ILJTM Mac 2017 : Permohonan kemasukan pelajar baru ke ILJTM Sesi Januari 2018 dijangka akan dibuka pada hujung September 2017. Sila layari laman web JTM untuk info terkini dari masa ke semasa.

    Panduan Permohonan Ke ILJTM Online

    Permohonan Kemasukan Ke ILJTM Online - ILP, ADTEC Dan JMTI

    Pengambilan ke Institut Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) dibuat dua (2) kali setahun iaitu pada bulan Januari dan bulan Julai. Tujuan ILJTM ditubuhkan adalah untuk menyediakan program latihan kemahiran pra-perkerjaan untuk memenuhi keperluan sektor perindustrian di Malaysia disamping meningkatkan taraf kemahiran pekerja untuk sektor perindustrian.

    Permohonan kemasukan ILJTM boleh di buat menggunakan Aplikasi Atas Talian (online) seperti berikut :- 

    Tarikh Penting Permohonan ILJTM Sesi Julai 2017


    Berikut dikongsikan tarikh penting permohonan ILJTM sesi Julai 2017 :-
    • 17 Mac 2017 : Sistem Permohonan Online dibuka
    • 28 April 2017 : Sistem Permohonan Online ditutup
    • 5 Mei 2017 : Semakan Senarai Temuduga (kursus bertanda #)
    • 15/ 16 Mei 2017 : Sesi Temuduga (kursus bertanda #)
    • 5 Jun 2017 : Hebahan Keputusan Permohonan
    • 5-15 Jun 2017 : Maklum Balas Setuju Terima Tawaran
    • 9-10 Julai 2017 : Pendaftaran Pelajar Baharu 
    PERINGATAN: Semua makluman mengenai temuduga dan keputusan perlu disemak di laman web ini sahaja. Tiada surat menyurat secara manual dikeluarkan.

    Senarai ILJTM Dan Kursus Yang Ditawarkan

    Pada masa kini terdapat 32 buah Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia iaitu 8 ADTEC, 1 JMTI dan 23 ILP. Kesemuanya di bawah seliaan Jabatan Tenaga Manusia (JTM), Kementerian Sumber Manusia (KSM).

    Semua kursus yang dijalankan di ILJTM diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK - nama dulu MLVK) dan satu bonus tambahan kepada mereka yang mengikuti latihan di ILJTM dimana terdapat penambahan terhadap subjek - subjek yang diajar supaya pelajar berkenaan lebih bersedia untuk menghadapi dunia pekerjaan kelak.

    Jangkamasa kursus yang ditetapkan adalah antara 6 bulan hingga 3 tahun 6 bulan. Namun ia bergantung kepada program yang ingin diikuti samada sijil, diploma dan diploma lanjutan.

    JTM, pada dasarnya tidak menetapkan sebarang had umur untuk memboleh semua masyarakat untuk mengikuti latihan di ILJTM, sesuai dengan slogan pembelajaran sepanjang hayat. Namun demikian oleh kerana beberapa sebab tertentu seperti pemberian pinjaman dan sebagainya maka penetapan umur perlu di tetapkan iaitu antara 17 tahun hingga 35 tahun (bergantung kepada program yang ingin diikuti). Namun demikian, mereka yang tidak layak dengan had umur berkenaan masih boleh lagi mengikuti latihan dalam beberapa program seperti latihan jangka pendek yang ada ditawarkan di ILJTM.

    Halatuju Pelajar ILJTM

    Lepasan pelajar dari ILJTM berpeluang untuk meneruskan latihan mereka samada di ILJTM sendiri ataupun di institusi latihan lain yang menawarkan kursus berteraskan kemahiran.

    Kesemua kursus - kursus yang dijalankan adalah berdasarkan kepada standard latihan yang ditetapkan oleh JPK. Kursus - kursus yang dijalankan juga sesuai untuk pekerjaan di sektor swasta (industri). Mengikut statistik kami, menunjukkan sejumlah 80 % dari lepasan ILJTM berjaya mendapatkan pekerjaan selepas 6 bulan tamat latihan dalam pelbagai sektor industri yang ada.

    ILJTM menawarkan pelbagai kursus kemahiran dalam pelbagai bidang antaranya Mekanikal & Pengeluaran, Elektrik & Elektronik, Teknologi Maklumat, Sivil & Bangunan, Percetakan dan Bukan Logam. Sehingga kini, ILJTM menawarkan 45 kursus di peringkat Sijil, 43 kursus di peringkat Diploma dan 10 kursus di peringkat Diploma Lanjutan.

    Selamat membuat permohonan ke ILJTM secara online. Semoga anda berjaya dalam permohonan anda. 

    Tuesday, 21 March 2017

    Permohonan Program Pelajar Cemerlang MARA 2017 Online

    Permohonan MyTP MARA 2017 Online. Berita baik buat lepasan SPM 2016 yang memerlukan penajaan pendidikan. Untuk makluman, permohonan Program Pelajar Cemerlang MARA Lepasan SPM 2016 (MyTP) kini telah dibuka. Dipetik dari makluman rasmi laman web MARA, permohonan MyTP (MARA Youth Talent Programme) boleh dibuat secara online.

    cara mohon biasiswa mytp mara 2017

    Permohonan Program Pelajar Cemerlang MARA 2017 Online

    MARA Young Talent Programme (MyTP) adalah khusus kepada pelajar cemerlang lepasan SPM 2016. Calon mestilah memiliki sahsiah diri terpuji dan jati diri yang tinggi sebagai peneraju modal insan ke arah menjayakan agenda transformasi negara di masa hadapan.

    Keutamaan diberikan kepada pemohon dalam kalangan keluarga berpendapatan rendah di Luar Bandar dan Bandar (B40 & M40). Inaya tertakluk kepada Dasar dan Syarat semasa MARA.

    Tarikh Permohonan MyTP MARA 2017 Online

    Permohonan adalah dibuka bermula pada hari Selasa, 21 Mac 2017 jam 5.00 petang hingga 26 Mac 2017, jam 10.00 malam. 

    Untuk memohon, sila layari laman web rasmi MARA http://www.mara.gov.my/ atau eSILA bagi membuat permohonan dan mendapatkan info berkaitan.

    Maklumat Permohonan Pelajar Cemerlang MARA 2017

    • Mempunyai sikap diri yang positif.
    • Memenuhi syarat kelayakan akademik yang ditetapkan.
    • Pemohon yang memenuhi syarat yang ditetapkan sahaja akan dipanggil untuk menghadiri MARA Student Assessment Centre (MSAC).
    • Lulus semua peringkat saringan yang ditetapkan semasa menjalani penilaian di MSAC.
    • Semakan panggilan untuk menghadiri MSAC boleh disemak dari semasa ke semasa dalam laman web MARA.
    • Keputusan adalah muktamad. Pelajar hendaklah menerima tawaran kursus dan tempat pengajian yang ditentukan oleh MARA.
    • Pemohon mesti memenuhi syarat-syarat umum dan khusus permohonan yang ditetapkan.
    • Garis panduan permohonan
    • Senarai program yang ditawarkan
    • Soalan lazim permohonan, Klik FAQ 

    Syarat Umum Permohonan

    Berikut adalah syarat permohonan Program Pelajar Cemerlang MARA 2017 :-
    1. Pemohon dan salah seorang ibu atau bapa berketurunan Melayu / Bumiputera dan Warganegara Malaysia.
    2. Ibu, bapa dan penjaga serta pelajar tidak disenarai hitam oleh MARA atau sedang dalam tindakan undang-undang MARA.
    3. Pemohon tidak menerima bantuan kewangan dan tajaan dari mana-mana badan penaja atau agensi untuk pengajian pada peringkat yang sama.
    4. Mempunyai kesihatan yang baik dan tidak mengidap penyakit kritikal seperti Hepatitis, AIDS, HIV dan sebagainya.
    5. MARA berhak untuk membuat sebarang pindaan dasar tajaan dari semasa ke semasa

    Syarat Khusus

    1. Menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2016 pada kali pertama.
    2. Memenuhi syarat kelayakan khusus program seperti yang diiklankan

    Cara Hubungi

    Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh menghubungi talian seperti berikut:-
    • Telefon : : 03-2613 2043 / 32108 / 32065 / 32098
    • Email : postspm@mara.gov.my
    • Facebook : PostspmMARA

    Waktu Urusan 

    • Isnin hingga Khamis : (9.00 pagi – 1.00 tengah hari, 2.00 petang – 4.30 petang)
    • Jumaat : (9.00 pagi – 12.15 tengah hari, 2.45 petang – 4.30 petang)
    • Sabtu, Ahad & Hari Kelepasan Am (Cuti)

    Selamat membuat permohonan Program Pelajar Cemerlang MARA 2017 atau MyTP. Semoga anda berjaya mendapatkan penajaan pendidikan tinggi anda.