Showing posts with label POLITIK. Show all posts
Showing posts with label POLITIK. Show all posts

Wednesday, 10 May 2017

Tarikh Pembayaran Bonus Hari Raya 2017 Kakitangan Awam

Bantuan Khas Hari Raya 2017 Kakitangan Awam. Menjelang ketibaan musim perayaan iaitu Hari Raya Aidilfitri, penjawat awam atau kakitangan kerajaan pastinya tertunggu-tunggu samada mereka bakal mendapat bonus raya/ bantuan khas kewangan atau tidak. Pada tahun lepas, penjawat awam telah menerima Bantuan Khas Kewangan Hari Raya sebanyak RM500 dan RM250 untuk pesara kerajaan (penerima pencen). Bantuan ini adalah bukan bonus walaupun sesetengah mereka memanggil bantuan khas Raya ini sebagai bonus. 

Menerusi makluman Facebook Kementerian Kewangan Malaysia, penjawat awam dan pesara kerajaan akan menerima bantuan khas kewangan bersempena dengan Hari Raya Aidilfitri 2017.

Tarikh bayaran bantuan khas raya aidilfitri 2017 kerajaan

Tarikh Pembayaran Bonus Hari Raya 2017 Kakitangan Awam

Terkini : 2 Jun 2017 - Kerajaan bersetuju untuk memberikan bantuan khas Hari Raya 2017 seperti berikut :-
  • Bantuan Khas Kewangan sempena Hari Raya Aidilfitri 2017 untuk Kakitangan Awam sebanyak RM500 dan RM250 untuk pesara kerajaan (penerima pencen)
  • Tarikh Bayaran : sebelum 9 Jun 2017
  • Anggaran peruntukkan : RM1 bilion 

bantuan khas hari raya aidilfitri 2017

Siaran Media KKM Bantuan Khas Kewangan Hari Raya Aidilfitri 2017

Berikut adalah siaran media Kementerian Kewangan Malaysia yang memaklumkan jumlah pemberian bantuan dan tarikh pembayaran. 

tarikh bayaran bantuan khas hari raya aidilfitri 2017

SIARAN MEDIA: BANTUAN KHAS KEWANGAN BERSEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI 2017

Kerajaan bersetuju untuk memberi Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada hampir 1.6 juta penjawat awam sebagai persiapan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri 2017. Bantuan Khas ini juga akan turut dinikmati oleh hampir 775,000 pesara Kerajaan sebagai menghargai jasa perkhidmatan dengan jumlah bayaran sebanyak RM250.

Pembayaran bagi bantuan khas ini akan dibuat sebelum 9 Jun 2017.
Bantuan Khas Kewangan kepada penjawat awam dan pesara Kerajaan ini membabitkan anggaran peruntukan kewangan sebanyak RM1 bilion.

Kerajaan berharap dengan pemberian Bantuan Khas ini dapat meringankan beban kewangan kepada penjawat awam dan pesara bagi persiapan Hari Raya Aidilfitri 2017.

Kementerian Kewangan
Putrajaya

2 Jun 2017

Pembayaran Bantuan Khas Kewangan Tahun 2016

Cupecas ada menyatakan harapan agar penjawat awam diberikan bonus satu bulan gaji bagi mempersiapkan diri/keluarga pada Hari Raya Aidilifitri Julai 2016 nanti. Cuepacs berhasrat untuk bertemu Perdana Menteri untuk membincangkan isu ini.

Tarikh Dan Jumlah Pembayaran Bonus Hari Raya 2015 Kakitangan Awam

Berikut dikongsikan maklumat pemberian bonus raya tahun 2015 yang lepas. Majlis Perdana Perkhidmatan Awam ke 14 (MAPPA XIV) 2015 sedang berlangsung pagi ini dan terdapat beberapa pengumuman penting yang akan di buat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib yang pasti ditunggu-tunggu oleh kakitangan awan terutamanya bonus Hari Raya 2015. Untuk makluman, Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Keempat Belas (MAPPA XIV) dengan tema "Mendepani Realiti Baharu Negara 2015 diadakan seperti ketetapan berikut:
  • Tarikh : 17hb Jun 2015 (Rabu)
  • Masa : 8.30 hingga 11.30 pagi
  • Tempat : Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) 
Amanat oleh : YAB Dato' Sri Mohd. Najib Bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia.
Bonus Hari Raya 2015 Kakitangan Awam

Berikut di antara amanat dan butiran pengumuman penting yang telah di buat oleh PM pagi ini :-
  • Bantuan Khas Kewangan (Bonus) Hari Raya 2015 untuk Kakitangan Awam (Gred 54 dan ke bawah) sebanyak RM500 dan RM250 untuk pesara kerajaan (penerima pencen)
  • Tarikh Bayaran 25 Jun 2015 
  • Kadar baharu terendah imbuhan tetap perumahan naik daripada RM180 ke RM300 sebulan untuk penjawat awam gred 41 ke bawah mulai 1 Nov 2015
  • Penjawat awam yang mendiami kuarters akan terima 25 peratus imbuhan tetap perumahan mengikut kelayakan

Dinasihatkan agar kakitangan awam yang mendapat bonus raya ini dapat menggunakan wang dengan cara yang betul dan berbelanja dengan berhemah.

Thursday, 4 May 2017

Bonus Kakitangan Awam 2017 Tarikh Pembayaran

Tarikh Pembayaran Bonus Kakitangan Awam 2017. Bilakah tarikh pembayaran dan berapa jumlah bayaran bonus kakitangan awam 2017? Pembentangan Bajet setiap tahun pasti ditunggu-tunggu oleh setiap kakitangan kerajaan kerana ingin mengetahui samada bonus ada atau tidak. Tidak terkecuali pada Bajet 2017. Kakitangan awam yang mengharapkan bonus pada Bajet 2017 pastinya berpuas hati apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah mengumumkan bayaran khas sebanyak RM500 yang akan dibayar kepada seramai 1.6 juta penjawat awam.


  • Terkini 2 Jun  2017: Tarikh Bayaran Bantuan Khas Sempena Hari Raya Aidilfitri 2017 klik Bantuan Khas Raya 

Tarikh Pembayaran Bonus Kakitangan Awam 2017

Bonus Kakitangan Awam 2017 (Bayaran Khas)

Berikut diantara pengumuman PM mengenai pembayaran bayaran khas kakitangan awam/ kerajaan 2017.
"Kepada kakitangan awam, saya tahu kamu tak tidur lena jika saya tidak mengumumkan perkara ini. Saya ada berita baik,"
Sebagai tanda penghargaan atas perkhidmatan yang terpuji oleh penjawat awam, saya dengan sukacitanya mengumumkan bantuan khas sebanyak RM500 kepada semua penjawat awam dan bayaran khas sebanyak RM250 untuk pesara kerajaan.
Berikut adalah jumlah dan tarikh bayaran bonus kakitangan awam atau pemberian khas kakitangan kerajaan seperti diumumkan dalam Bajet 2017 yang diumumkan pada Jumaat, 21 Oktober 2016. Pemberian khas kepada Kakitangan Awam melibatkan pembayaran RM500 kepada seramai 1.6 juta kakitangan awam dan bayaran RM250 kepada 1 juta pesara.
  • Tarikh Pembayaran : 3 Januari 2017 (Tahun lepas pada 4 Januari 2016 - Isnin)

Jumlah Bayaran Khas

  • Kakitangan awam : RM500
  • Pesara : RM250
Tarikh Pembayaran Bantuan Khas kakitangan awam adalah mengikut surat pekelililing ANM Peraturan Pembayaran Khas tahun 2016.

Semoga dengan pembayaran Bayaran Khas Kakitangan Awam 2017 ini mampu meningkatkan tahap kualiti dan produktiviti sektor perkhidmatan awam.

Tuesday, 2 May 2017

Tarikh Pembayaran Bonus Kakitangan Awam Bajet 2017

Tarikh Pembayaran Bonus Kakitangan Awam Bajet 2017. Bila tarikh bayar bonus 2017? Berita baik buat seramai 1.6 juta penjawat awam di negara ini. Kakitangan kerajaan akan menerima RM500 sebagai bayaran khas yang akan dibayar pada awal Januari 2017. Sebelum ini Pihak Cuepacs telah memohon pemberian bonus 2 bulan gaji. Namun, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa pembentangan Bajet 2017 di Dewan Rakyat pada hari Jumaat, 21 Oktober 2016 telah mengumumkan pemberian bayaran khas sebanyak RM500. Pesara Kerajaan juga akan menerima bantuan kewangan khas sebanyak RM250.


  • Terkini 2 Jun  2017: Tarikh Bayaran Bantuan Khas Sempena Hari Raya Aidilfitri 2017 klik Bantuan Khas Raya 

 
Bonus Kakitangan Awam 2017

TARIKH BAYARAN BONUS KAKITANGAN AWAM 2017

Berikut dikongsikan maklumat penting berkaitan Pemberian Bayaran Khas RM500 Kakitangan Awam 2017. Pembayaran akan dibuat pada tarikh berikut mengikut surat pekelililing ANM Peraturan Pembayaran Khas tahun 2016.

  • Jumlah Bayaran Khas : RM500
  • Jumlah Bayaran Untuk Pesara Kerajaan : RM250
  • Tarikh Pembayaran : 3 Januari 2017 untuk kakitangan awam dan pesara

Untuk makluman, pada bulan Jun 2016 yang lalu, Kerajaan telah memberi Bantuan Khas Kewangan Hari Raya sebanyak RM500 dan RM250 kepada penjawat awam dan pesara kerajaan masing-masing untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri. 

Ucapan PM Umumkan Pemberian Bayaran Khas

Berikut diantara ucapan Perdana Menteri ketikan mengumumkan pemberian bayaran khas 2017 di Pembentangan Bajet 2017.
Menghargai Sumbangan Penjawat Awam
"Kepada kakitangan awam, saya tahu kamu tak tidur lena jika saya tidak mengumumkan perkara ini. Saya ada berita baik". Sebagai tanda penghargaan atas perkhidmatan yang terpuji oleh penjawat awam, saya dengan sukacitanya mengumumkan bantuan khas sebanyak RM500 kepada semua penjawat awam dan bayaran khas sebanyak RM250 untuk pesara kerajaan.
Semoga Pembayaran Bonus Kakitangan Awam Bajet 2017 ini boleh dijadikan belanja buat menyiapkan anak-anak ke sesi persekolahan 2017.