Showing posts with label HIBURAN. Show all posts
Showing posts with label HIBURAN. Show all posts

Monday, 21 August 2017

Rumah Dan Kereta Mewah Dato Seri Vida : Hasil Titik Peluh Dato Seri Vida Sungguh Menakjubkan


Sepertimana yang kita semua tahu Dato Seri Vida merupakan pengasas kepada syarikat kosmetik dan beliau seorang yang sangat komited dan seorang yang bersungguh-sungguh bagi mendapatkan dan mencapai impiannya menjadi seorang peniaga yang berjaya.

Hasil daripada perniagaan beliau, beliau telah berjaya membeli pelbagai jenis kereta mewah dan juga membina rumah mewah yang bernilai jutaan ringgit. Sungguh bertuah DSV.
Tuah tidak datang bergolek malah perlukan usaha bagi memastikan impian tercapai. Begitulah semangat dan usaha yang Dato Seri Vida kerjakan dan hasilnya sangat lumayan untuk dirinya.


Rahsia disebalik kejayaan Dato Seri Vida adalah pelan marketing beliau yang selalu muncul di kaca tv melihatkan dominasi produk beliau dan produknya melekat di kepala semua penonton. Walaupun ada kalanya beliau dimalukan dan dihina dalam media sosial. Tetapi hal tersebut tidak menjejaskan sedikit pun pelan marketing beliau dan hasilnya telah terbukti yang sekarang beliau mempunyai banyak rumah mewah dan juga kereta idaman setiap orang.


Sumber Image  : Astro & ohdunia




Bertuah sungguh DSV dan menjadi contoh kepada semua untuk berjaya mendapatkan kereta dan rumah mewah perlukan usaha yang luar biasa. Semoga menjadi tauladan kepada semua untuk berjaya seperti DSV.

Sunday, 20 August 2017

Penerbangan Mewah Neelofa Buat Netizen Cemburu

Nampaknya tindakan Neelofa berkongsi sebuah video perjalanannya ke Los Angeles di Instagram menjadi perbualan hanggat oleh netizen.

Bukan sahaja dipuji kerana berpenampilan stylo sepanjang perjalanan, tempat duduk Neelofa di dalam penerbangan Emirates juga menjadi topik hangat di kalangan mereka.

Jika dilihat di dalam video tersebut, Neelofa telah memilih untuk duduk di First Class Level dan dikelilingi dengan pelbagai kemudahan serta kelengkapan yang mewah.

Seperti yang semua tahu, Emirates merupakan salah satu syarikat penerbangan mewah terkenal di seluruh dunia. Bukan sahaja memiliki kemudahan yang selesa malah mereka juga akan melayan sesiapa sahaja yang mengguna khidmat penerbangan ini sebagai ‘tuan puteri’.

Keadaan ini telah menyebabkan ramai netizen mula mengagumi usahawan muda ini serta cemburu dengan tuah yang dimilikinya.












Menurut laman web terbabit rata-rata penerbangan ke L.A menelan kos daripada RM37,212 sehingga mencecah RM39,000 ke atas. Namun ia bukanlah sesuatu yang pelik dan mustahil buat individu berjaya seperti Neelofa. Jom lihat beberapa kemudahan yang telah di sediakan oleh syarikat penerbangan Emirates untuk pemegang tiket First Class.





Sumber: Media Hiburan

Isu Rumahtangga Bergolak : Kakak Joy Revfa Bidas Hafiz Hamidun?


Kisah rumahtangga penyanyi Hafiz Hamidun dengan personaliti media sosial Joy Revfa atau nama sebenarnya Siti Arifah Amin yang dikatakan bergolak kini hangat diperkatakan.

Punca sebenar pergolakan tersebut masih belum didedahkan, manakala Hafiz memberitahu akan membuat satu kenyataan rasmi mengenai perkara itu dalam sedikit masa lagi.


Terbaru, kakak Joy atau kakak ipar Hafiz Hamidun telah mengeluarkan dua status di Facebook, dipercayai merujuk kepada Hafiz. Status ini dikirimkan pada penulis oleh seseorang yang enggan dikenali :


Pergolakan dalam rumahtangga Hafiz dan Joy mula diperhatikan kebelakangan ini apabila Joy dilihat sering memuat naik kapsyen dan gambar di akaun Instagramnya seolah-olah tidak berpuas hati dengan Hafiz, manakala Hafiz dilihat tidak lagi memuat naik gambar Joy, malah memadam semua gambar Joy dari Instagramnya.


Pasangan ini diijabkabulkan pada Mei lepas selepas perkenalan singkat dan menyandarkan untuk mengenali hati budi masing-masing selepas bernikah.

Sumber: Beautifulnara

Wednesday, 7 June 2017

Ucapan SMS Whatsapp Dan Pantun Hari Raya Aidilfitri 2017 Yang Menarik

Ucapan SMS Whatsapp Selamat Hari Raya Aidilfitri 2017 Yang Menarik. Hari Raya Aidilfitri 2017 bersamaan dengan 1438H bakal tiba tidak lama lagi. Kemeriahan menyambut Hari Raya Aidilfitri tidak meriah tanpa ucapan Hari Raya kepada rakan taulan serta ahli keluarga. Dengan kecanggihan teknologi, penghantaran ucapan menggunakan smartphone kini telah menggantikan ucapan Hari Raya menggunakan Kad Raya.

Ucapan SMS Whatsapp Dan Pantun raya

Ucapan SMS Whatsapp Dan Pantun Raya 

Berikut disertakan koleksi ucapan SMS dan pantun Hari Raya Aidilfitri 2017 untuk perkongsian bersama :-

---------------------------------------------------------------------------

Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi,
Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa,
Dalam kelembutan lidah ada juga keterlanjuran kata, 

Dalam gurau dan senda tentu ada khilaf & dosa. 
MOHON AMPUN & MAAF DI ATAS SEGALANYA…
Selamat Hari Raya Aidilfitri..Moga silaturahim diberkati
Allah (nama penghantar dan family)

---------------------------------------------------------------------------
 
Pulau Pandan jauh ke tengah
Gunung Daik bercabang tiga
Makan sudah bersalam pun sudah
Duit raya jangan dilupa

--------------------------------------------------------------------------------

Kambing tua naik LRT
Katak pisang tercekik tulang
Walau SMS sahaja yang diberi
Itu tandanya ingatan tidak hilang


whatsapp 1

whatsapp 2

whatsapp 3

---------------------------------------------------------------------------------

Bakar lemang sambil berdiri
Untuk juadah Aidilfitri
Nak hantar kad raya posmen dan cuti
SMS sahaja pengganti diri
Maaf Zahir dan Batin
---------------------------------------------------------------------------------


Bila kata terselit dusta, bila sikap membekas lara,
bila langkah menoreh luka, semoga maaf dapat dipinta.
Selamat hari raya AidilFitri 1 Syawal 1437H Minal aidin
wal faizin. Mohon maaf zahir dan batin.

-----------------------------------------------------------------------------------


Ku pegang kau punya… kau pegang ku punya
Kuramas kau punya… kau ramas ku punya
Kugoncang kau punya… kau goncang ku punya (saspen)
Kemudian kita goyang bersama.
Itulah tanda kita bersalam mesra
-------------------------------------------------------------------------------------


Bila takbir raya bergema
Hari kemenangan umat berpuasa
Genangan airmata mengusik jiwa
Sepuluh jari saya hulurkan
Ampun maaf dipinta
Selamat hari raya.
Daripada:....

whatsapp 4

whatsapp 5

whatsapp 6

whatsapp 7
 
---------------------------------------------------------------------------------------


Sungai disusur sehari-hari,
Dalam gelap menangkap ikan,
Kami meyusun sepuluh jari,
Salah dan silap harap maafkan....
-----------------------------------------------------------------------------------------


Ketupat pulut di atas para,
Hendak direbus di tepi perigi,
SMS dihantar pengganti kad raya,
Tanda ingatan tak luput di hati.
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Mohon maaf Zahir & Batin.
(nama penghantar dan family)

------------------------------------------------------------------------------------ 

“Lisan kadang-kadang tak terjaga, 
Janji kadang-kadang terabaikan, hati kadangkala berprasangka, Sikap kadangkala menyakitkan. harapan ini menjadi indah jika selalu ada maaf diantara kita. Syawal akan menjelang. Mohon Maaf zahir dan Batin” 
----------------------------------------------------------------------------------
 
“Ya Allah, Muliakanlah Saudaraku ini, bahagiakanlah Keluarganya, berkatilah rezekinya, kuatkanlah imannya, berilah kenikmatan ibadahnya, jauhkanlah dia dari segala fitnah. Selamat Hari raya Maaf zahir Batin..” 

----------------------------------------------------------------------------------
 
“Sebelum sampai ke penghujung Ramadhan, sebelum orang berpusu-pusu nak hantar ucapan, dan sebelum network/line trafik jam..! diucapkan.. Selamat hari raya Aidilfitri. moga disambut merih disisi keluarga hendaknya..” 

whatsapp 8

whatsapp 9

-----------------------------------------------------------------------------------

 
Anak kucing curi ketupat, kena kejar terlompat-lompat, nak hantar kad raya dah tak sempat, hanya SMS laa yang paling cepat.. Selamat Hari Raya Aidilfitri.. maaf zahir batin”
------------------------------------------------------------------------------------

  “Jambangan Indah lagi berseri, menjadi hiasan di Aidilfitri, Sms dikirim penganti diri, tanda ingatan tak layu dihati. Selamat hari raya Maaf zahir Batin..”
---------------------------------------------------------------------------------------  


“Ramadhan berlalu sepantas larian Penagih dikejar Polis, Syawal tiba girang di hati bak menang kes 39B Akta Dadah berbahaya, hati bak seputih Syabu, kasih dihati sewangi ganja. Kami susun jari mohon maaf zahir batin biarpun dosa sekecil ecstacy.. Selamat hari Raya..”
----------------------------------------------------------------------------------------  


“Setitik embun dipohon rimbun, Di atap nipah air tergenang, Dosa tertimbun Mohon diampun, Silap dan salah jangan dikenang. Selamat hari Raya, Maaf Zahir Batin..”
--------------------------------------------------------------------------------------

 
” Anak babun isap rokok salem, Rokok dibeli di kedai Pakya, Sebelum line telefon ni problem, Aku ucapkan Selamat menyambut Hari Raya..”  

--------------------------------------------------------------------------------------

Ramadhan telah kita tinggalkan, hampir menjelma syawal mulia. Aidilfitri berbahang gembira, di sambut dgn rasa suka. Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin dari (nama penghantar dan family)
--------------------------------------------------------------------------------------

Tiba kita di musim perayaan,
Ramai juga yang shopping sakan.
Salam lebaran daku ucapkan,
Di hari raya saling bermaafan.
Salam aidilfitri, maaf zahir dan batin.
Daripada (nama penghantar dan family)

Selamat Hari Raya semua...Maaf Zahir Dan Batin

--------------------------------------------------------------------------------------

Ketupat pulut di atas para,
Hendak direbus di tepi perigi,
SMS dihantar pengganti kad raya,
Tanda ingatan tak luput di hati.
Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Mohon maaf Zahir & Batin.

-----------------------------------------------------------------------------------------

B4 ÄidilfitRI datang,
B4 Ramadhan pergi,
B4 operator bz,
B4 msg asik pending,
B4 kdt abes..
Nk wish awl2, slamat Hari Raya Aidilfitri,
mäÅf zäHir & BÄtin..
---------------------------------------------------------------------------------------


Di Aidil Fitri Mulia,
Maaf Dipinta andainya TERkasar Bahasa
TERsilap bicara
TERmarah yg x kena
TERtanya yg x tentu hala
TERsasul yg x sengaja
TERpukul kat mana2
TERpinjam harta benda
TERmoody x semena2
TERumpat bila2 & macam2 lg yg TERsalah & TERsilap
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

--------------------------------------------------------------------------------------

Pelita indah lagi berseri,
menjadi hiasan di aidil fitri,
SMS dikirim pengganti diri,
tanda ingatan tak layu di hati,
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI,
MAAF ZAHIR BATIN

--------------------------------------------------------------------------------------

Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin. Semoga koleksi Ucapan SMS Whatsapp Dan Pantun Hari Raya Aidilfitri 2017 Yang Menarik ini bermanfaat buat semua.

Wednesday, 17 May 2017

Keputusan Juara Mentor Milenia 2017 Konsert Akhir

Keputusan Pemenang Mentor Milenia 2017 TV3. Siapakah juara pemenang Mentor Milenia 2017? Mampukah Usop menjadi Juara Mentor Milenia 2017 Konsert Akhir pada hari AHad, 7 Mei 2017? Konsert akhir akan disiarkan secara Siaran langsung di saluran TV3 bermula jam 900 malam. Pemenang akan mengondol hadiah RM100,000. 

Juara Mentor Milenia 2017 tv3

Keputusan Juara Mentor Milenia 2017 Final

Program realiti, Mentor Milenia 2017 adalah sebuah rancangan hiburan terbitan TV3. Empat mentor iaitu Akim, Hazama, Black dan Tomok akan mempunyai protege masing-masing di Final Mentor Milenia 2017. Datuk Hattan adalah juri tetap Mentor Milenia 2017. 

Berikut dikongsikan Keputusan Juara Mentor Milenia 2017 Final. Pentas akhir bakal menyaksikan persaingan empat protoge (finalis) merebut title juara iaitu:-
  1. Usop
  2. Along
  3. Syeera
  4. Elica 

Senarai Pemenang Konsert Akhir Mentor Milenia 2017

Berikut dikongsikan maklumat senarai pemenang Keputusan Juara Mentor Milenia 2017 Final. 
  • Tarikh : 7 Mei 2017 (Ahad)
  • Siaran Langsung : TV3 bermula jam 900 malam
  • Finalis - Protege (Mentor) : Usop (Hazama), Along (Tomok), Syeera (Black) dan Elica (Akim) 
  • Hos : Issey Fazlisham dan Marsha Milan Londoh

Format Pemarkahan Mentor Milenia 2017

Keputusan persembahan protoge adalah diukur melalui :-
  • Juri profesional (50 peratus)
  • Laman web (30 peratus)
  • Juri awam (20 peratus)

Senarai Hadiah Pemenang

Berikut adalah keputusan juara Mentor Milenia 2017 Konsert Akhir beserta hadiah kemenangan dan trofi. 
  1. Juara : RM100,000 dan pakej percutian ke London : Elica
  2. Naib Juara : RM50,000 : Usop
  3. Ketiga : RM20,000 : Along
  4. Keempat : RM10,000 : Syeera
  5. Protege Pilihan Neefos : Wang tunai RM10,000 : Elica

Keputusan akan dikemaskini semasa konsert akhir berlangsung

Diaharap para finalis dapat mempamerkan persembahan terbaik pada konsert akhir Mentor Milenia. Tahniah buat semua pemenang dan finalis Mentor Milenia 2017 Final.

Monday, 1 May 2017

Keputusan ABPBH 2017 Anugerah Bintang Popular BH

Keputusan Rasmi Pemenang ABPBH 30 Tahun 2017. Siapa bakal dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular kali ini di ABPBH 3.0? Malam kemuncak Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 2017 Edisi ke 30 pada 14 Mei 2017 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pasti hebat. Keputusan Bintang Popular untuk setiap senarai pencalonan kategori yang dipertandingkan dan Bintang Paling Popular akan diketahui pada Ahad ini. 

Faizal Ismail, Zulin Azis dan Fauziah Ahmad Daud akan menjadi hos/ pengacara majlis untuk tahun ini. Tahun lepas hos adalah Mira Filzah, HaizaAG dan Zizan Razak

  • Tema : #FUTURISTIK. Jumlah kategori : 18 Kategori iaitu 13 melalui undian di Berita Harian dan 5 melalui online
Keputusan pemenang ABPBH 3.0

Keputusan ABPBH 2017 Anugerah Bintang Popular

Berikut adalah senarai Finalis (calon Top 5) untuk 13 kategori yang telah diumumkan pada majlis pengumuman Top 5 ABPBH 30. Juga disenaraikan 5 kategori online ABPBJ 30. Keputusan pemenang ABP 2017 setiap kategori akan dikemaskini semasa majlis berlangsung :-
* Pemenang Bintang Paling Popular ABPBH 2017 adalah Fattah Amin 

Senarai Pemenang ABPBH Tahun 2017

Artis Baharu Lelaki Popular 

  • 1. Aiman Tino 
  • 2. Haqiem Rusli 
  • 3. Khai Bahar : PEMENANG
  • 4. Tajul 
  • 5. Alvin Chong

Artis Baharu Wanita Popular 

  • 1. Azira Shafinaz 
  • 2. Elvina Mohamad 
  • 3. Wany Hasrita
  • 4. Sweet Qismina : PEMENANG
  • 5. Mawar Rashid

Pelakon Filem Lelaki Popular 

  • 1. Alif Satar 
  • 2. Izzue Islam 
  • 3. Remy Ishak 
  • 4. Syamsul Yusof 
  • 5. Zul Ariffin : PEMENANG

Pelakon Filem Wanita Popular 

  • 1. Erra Fazira 
  • 2. Fazura : PEMENANG
  • 3. Nelydia Senrose 
  • 4. Reen Rahim 
  • 5. Siti Saleha

Pelakon TV Lelaki Popular 

  • 1. Aiman Hakim Ridza 
  • 2. Ashraf Muslim 
  • 3. Shukri Yahaya 
  • 4. Fattah Amin : PEMENANG
  • 5. Syafiq Kyle

Pelakon TV Wanita Popular 

  • 1. Ayda Jebat 
  • 2. Janna Nick : PEMENANG
  • 3. Mia Ahmad 
  • 4. Mira Filzah 
  • 5. Neelofa

Penyanyi Lelaki Popular 

  • 1. Aiman Tino 
  • 2. Alif Satar 
  • 3. Faizal Tahir 
  • 4. Khai Bahar : PEMENANG
  • 5. Tomok

Penyanyi Wanita Popular 

  • 1. Amira Othman 
  • 2. Ayda Jebat 
  • 3. Siti Nordiana : PEMENANG
  • 4. Stacy
  • 5. Wany Hasrita

Artis Kolaborasi / Duo / Berkumpulan Popular 

  • 1. Akim & The Majistret : PEMENANG
  • 2. Bunkface 
  • 3. Forteen 
  • 4. Khalifah 
  • 5. Projector Band

Artis Komedi Popular 

  • 1. Abam 
  • 2. Issey 
  • 3. Jep Sepahtu
  • 4. Johan 
  • 5. Zizan Razak : PEMENANG

Artis Versatil Popular 

  • 1. Alif Satar 
  • 2. Didie Alias 
  • 3. Ifa Raziah : PEMENANG
  • 4. Zizan Razak 
  • 5. Zulin Azis

Pengacara TV Popular 

  • 1. Alif Satar 
  • 2. Mira Filzah 
  • 3. Nabil Ahmad 
  • 4. Neelofa : PEMENANG
  • 5. Zizan Razak

Penyampai Radio Popular 

  • 1. DJ Lin (Suria)
  • 2. Haiza (Kool FM) 
  • 3. Ikhwan (Kool FM)
  • 4. Johan (Era) 
  • 5. Radin (Era) : PEMENANG

Senarai Pemenang Kategori Online

Gandingan Serasi Drama 

  • 1. Alif Satar & Siti Nordiana (Dia Semanis Honey) 
  • 2. Fattah Amin & Neelofa (Suri Hati Mr Pilot) : PEMENANG
  • 3. Raja Afiq & Niena Baharun (Sayangku Kapten Mukhriz) 
  • 4. Sharnaaz Ahmad & Ayda Jebat (Awak Sangat Nakal)
  • 5. Shukri Yahaya & Siti Saleha (7 Hari Mencintaiku)

Gandingan Serasi Filem 

  • 1. Awie & Erra Fazira (Warna Cinta Impian) 
  • 2. Izzue Islam & Juliana Evans (Alif Dalam 7 Dimensi) 
  • 3. Keith Foo & Fazura (Langit Cinta)
  • 4. Syamsul Yusof & Nabila Huda (Munafik) : PEMENANG
  • 5. Zahiril Adzim & Shera Aiyob (Juvana 3)

Personaliti Media Sosial 

  • 1. Luqmanpodolski 
  • 2. Makhlokmacho : PEMENANG
  • 3. Mat Luthfi 
  • 4. Nizam Rahman 
  • 5. Vivy Yusof

Artis Berpengaruh Di Laman Sosial 

  • 1. Ayda Jebat 
  • 2. Datuk Siti Nurhaliza 
  • 3. Neelofa : PEMENANG
  • 4. Nora Danish
  • 5. Zizan Razak

Artis Sensasi

  • 1. Adira 
  • 2. Elly Mazlein 
  • 3. Fattah Amin : PEMENANG
  • 4. Neelofa
  • 5. Uqasha Senrose

Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat

  • Ella

Tahun 2016 

1. Artis Baru Lelaki Popular 

  • 1. Ippo Hafiz 
  • 2. Ir Radzi 
  • 3. Nadzmi Adhwa 
  • 4. Redza Rosli 
  • 5. Sufi : PEMENANG

2. Artis Baru Wanita Popular 

  • 1. Falisha Crossley 
  • 2. Janna Nick 
  • 3. Mira Filzah : PEMENANG
  • 4. Nana Sheme
  • 5. Ruhainies

3. Penyanyi Lelaki Popular 

  • 1. Aizat : PEMENANG
  • 2. Asfan 
  • 3. Hazama 
  • 4. Ir Radzi 
  • 5. Syed Shamim 

4. Penyanyi Wanita Popular 

  • 1. Adira : PEMENANG
  • 2. Aishah Aziz 
  • 3. Ayda Jebat 
  • 4. Dayang Nurfaizah 
  • 5. Eleena Harris

5. Penyampai Radio Popular 

  • 1. Abby Fana (Sinar) 
  • 2. Deen (Hot) 
  • 3. DJ Lin (Suria) : PEMENANG
  • 4. Feeya Iskandar (Sinar) 
  • 5. Fizie (Hot)

6. Artis Versatil Popular 

  • 1. Abam Bocey
  • 2. Ajak Shiro 
  • 3. Awie 
  • 4. Didie Alias 
  • 5. Ifa Raziah : PEMENANG

7. Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular

  • 1. Akim & The Majistret 
  • 2. Hafiz Suip & Adira 
  • 3. Joe Flizzow & SonaOne 
  • 4. Tasha Manshahar & Syed Shamim 
  • 5. Wings : PEMENANG

8. Artis Komedi Popular 

  • 1. Abam : PEMENANG
  • 2. Amir 
  • 3. Ebby Yus 
  • 4. Shuib 
  • 5. Zulin Aziz

9. Pengacara TV Popular 

  • 1. Hazlin Hussein 
  • 2. Izreen Azminda 
  • 3. Neelofa : PEMENANG
  • 4. Sherry Alhadad 
  • 5. Wak Doyok

10. Pelakon TV Lelaki Popular 

  • 1. Faizal Hussein 
  • 2. Fattah Amin 
  • 3. Kamal Adli 
  • 4. Remy Ishak 
  • 5. Sharnaaz Ahmad : PEMENANG

11. Pelakon TV Wanita Popular 

  • 1. Emma Maembong : PEMENANG
  • 2. Erma Fatima 
  • 3. Fathia Latiff 
  • 4. Siti Elizad 
  • 5. Siti Saleha

12. Pelakon Filem Lelaki Popular 

  • 1. Abam 
  • 2. Remy Ishak 
  • 3. Shaheizy Sam 
  • 4. Sharnaaz Ahmad : PEMENANG
  • 5. Syafie Naswip 

13. Pelakon Filem Wanita Popular 

  • 1. Emma Maembong 
  • 2. Fathia Latiff : PEMENANG
  • 3. Neelofa 
  • 4. Nur Risteena 
  • 5. Siti Saleha 

ABPBH Kategori Online 

Artis Aksi Selfie Popular 

  • 1. Datuk Siti Nurhaliza 
  • 2. Elfira Loy 
  • 3. Emma Maembong 
  • 4. Fazura 
  • 5. Nazim Othman 
  • 6. Nora Danish 
  • 7. Saharul Ridzwan : PEMENANG
  • 8. Scha Alyahya 
  • 9. Shukri Yahaya 
  • 10. Zizan Razak 

Personaliti Media Sosial Popular 

  • 1. Amran Fans 
  • 2. Atita Haris 
  • 3. Faizdickie 
  • 4. Kevin Zahri 
  • 5. Lara Alana : PEMENANG
  • 6. Mat Lutfi 
  • 7. Queen of Luna 
  • 8. Ucop 
  • 9. Vivy Yusoff 
  • 10. Wak Doyok

Artis Youtube Popular

  • Siti Nordiana

Artis Trending Popular

  • Ayda Jebat

Calon Ikon Respek

  • Dato Aznil Nawawi  

Anugerah Khas Sepanjang Zaman

  • Fauziah Ahmad Daud
 
Tahniah kepada senarai pemenang ABPBH 2017 Anugerah Bintang Popular 30.

Thursday, 6 April 2017

Keputusan Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) 2017

Senarai Pemenang Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) 2017. Siapa bakal memenangi anugerah Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) 2017 (pemenang DFKL)? Semuanya akan terjawab apabila malam kemuncak Anugerah DFKL 2017 akan berlangsung pada hari Ahad, 9 April 2017 di Dewan Perdana, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Acara akan berlangsung jam 900 malam dan bakal disiarkan secara langsung ke kaca TV anda di saluran TV3. Hos adalah Sherry Al-Hadad, Rita Rudaini dan AG. 

Keputusan DFKL 2017


Keputusan Penuh Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) 2017

Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) 2017 bakal menyaksikan banyak kategori dipertandingkan iaitu 9 kategori utama, drama pendek dan drama radio. Berikut adalah keputusan penuh Anugerah Drama Festivak Kuala Lumpur (DFKL) 2017 :-
  • Keputusan akan dikemaskini semasa acara dilangsungkan

Senarai Pemenang DFKL 2017

  1. Lagu OST Pilihan : Lelaki Teragung (Dayang Nurfaizah) - OST 7 Hari Mencintaiku
  2. Drama Radio Pilihan : Terima Kasih Ex
  3. Skrip Pilhan : 7 Hari Mencintaiku
  4. Pasangan Pilihan : Shukri Yahya & Siti Saleha (7 Hari Mencintaiku)
  5. Drama Pendek Pilihan : Kongsi Kalau Malu
  6. Drama Pilihan Tonton VIP : Meh, sandar pada aku
  7. Antagonis Pilihan : Izzue Islam (Patahnya sebelah sayap)
  8. Pengarah Pilihan : Jamal Khan (7 hari mencintaiku)
  9. Aktor Pilihan : Shukri Yahya (7 hari mencintaiku)
  10. Aktres Pilihan : Mira Filzah (Cinta Si Wedding Planner)
  11. Drama Pilihan : 7 hari mencintaiku
Tahniah kepada semua pemenang di Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) 2017. Nampaknya drama 7 hari mencintaiku memenangi banyak anugerah kali ini.