Showing posts with label KELUARGA. Show all posts
Showing posts with label KELUARGA. Show all posts

Saturday, 13 May 2017

Tarikh Sambutan Hari Bapa 2017 Di Malaysia

Bila Tarikh Sambutan Hari Bapa 2017 Di Malaysia? Seorang ayah atau ada yang menyebut sebagai bapa, abah, bak, abi, daddy dan sebagainya adalah seorang lelaki dan merupakan pasangan kepada ibu yang melahirkan seseorang. Berbakti kepada ibubapa adalah wajib dan patut dilaksanakan sepanjang tahun dan bukan pada hari-hari tertentu sahaja. Walau bagaimanapun, masyarakat moden hari ini menyambut hari-hari tertentu untuk memberikan penghormatan atas jasa-jasa individu atau kelompok tertentu. Dalam kontek ayah, biasanya kita akan menyambut Hari Bapa 2017

Tarikh Hari Bapa 2017

Maka lahirlah sambutan hari tertentu seperti sambutan Hari Ibu, Hari Bapa, Hari Guru, Hari Pekerja, Hari Jururawat dan lain-lain. Tarikh Sambutan Hari Bapa 2017 di Malaysia kali ini jatuh pada minggu ketiga bulan Jun. 

Walau bagaimanpun tarikh hari bapa di setiap negara adalah berbeza sama sekali. Bagi negara kita Malaysia, hari bapa  akan jatuh pada 18 Jun 2017 (Ahad).

Hari bapa 2017


  • Lihat Koleksi Ucapan Hari Bapa di SINI

Hukum Sambutan Hari Bapa

Sambutan Hari Bapa sentiasa mengundang perbahasan umat Islam tentang hukum menyambutnya. Soal jawab agama di bawah ini moga dapat membantu kita memahami batas agama dalam menyambut Hari Bapa. 

Apakah Hukum Menyambut Hari Bapa?

Soalan salam saya ada terbaca satu artikel yang menyatakan bahawa sambutan hari ibu itu adalah berasal dari kaum yahudi dan adakah ianya benar ? Apakah hukumnya menyambut hari ibu? bagaimana pula sambutan hari bapa ? saya agak keliru dengan penyataan tersebut. 

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh, Mengenai kenyataan yang terdapat di dalam artikel tersebut, Panel masih tidak dapat untuk mengesahkannya. Walau bagaimanapun, di dalam persoalan sambutan hari ibu dan hari bapa ini, masyarakat Islam adalah diharuskan untuk menyambutnya dengan syarat perayaan atau sambutan tersebut tidak dikaitkan dengan mana-mana ajaran daripada mana-mana agama yang lain. 

Matlamat atau objektif sambutan hari tersebut juga perlu ditentukan adalah untuk melahirkan rasa sayang, cinta dan kasih serta penghormatan seorang anak kepada ibu dan ayahnya dan tidak lebih daripada itu. Sebagai kesimpulannya, sambutan hari ibu dan hari bapa boleh disambut oleh orang Islam sekiranya ia disambut semata-mata untuk mengenang segala jasa, budi dan pengorbanan yang telah mereka curahkan dan seterusnya dapat menambahkan lagi rasa sayang, cinta dan kasih kepada mereka. 

Selain itu, di dalam menyambut hari ibu dan hari bapa ini masyarakat Islam perlu membuat perubahan agar ia lebih jelas tidak mengikuti mana-mana ajaran atau budaya agama ataupun kaum bukan Islam yang lain dengan menyambut hari tersebut pada setiap bulan bersama-sama semua ahli keluarga dan bukannya hanya sekali dalam satu tahun. 

Selain itu juga adalah dicadangkan agar kedua-dua hari tersebut (Hari Ibu dan Hari Bapa) disambut serentak pada satu hari. Hal ini akan membezakan lagi sambutan tersebut dengan sambutan yang disambut oleh agama ataupun kaum yang lain. Dalam hal ini, permuafakatan dan persetujuan bersama sesama ahli keluarga amat diperlukan untuk menentukan dan memilih hari yang bersesuaian bagi keluarga tersebut. Dengan cara ini, masyarakat Islam akan kelihatan mampu untuk berdiri dengan identitynya yang tersendiri (tidak mengikut cara orang lain) dan dapat membebaskan diri daripada pengaruh unsur-unsur dan budaya barat. 

Akhirnya, umat Islam dapat mencorakkan kehidupan mereka berasaskan warna dan gubahan yang telah dilakarkan oleh Allah Subhanahu Wa Ta'ala di dalam Al-Quran dan hadith Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam. Mengenai pengisian aktiviti pada majlis sambutan hari tersebut pula, Panel mencadangkan agar sambutan tersebut diisi dengan beberapa program seperti solat berjema’ah, bacaan Al-Quran, terjemahan ayat yang dibaca, bacaan doa, tazkirah dan jamuan makan bersama-sama ahli keluarga. 

Apabila agenda seperti ini dapat dilakukan berulang kali, nescaya hubungan sesama ahli keluarga akan dapat ditambah eratkan lagi. Apatah lagi jika bersama-sama memasak juadah dan minuman untuk sajian pada majlis tersebut. Semoga dengan usaha tersebut akan terlahirlah sebuah keluarga yang bahagia, mesra dan seterusnya sambutan hari tersebut dapat menambahkan lagi rasa syang dan cinta kepada ibu, ayah dan keluarga. Wallahu 'alam. Selamat hari bapa diucapkan kepada semua kaum lelaki yang bergelar sebagai seorang ayah. Rujukan - Islam Grid

Thursday, 30 March 2017

Tarikh Hari Ibu 2017 Di Malaysia

Tarikh Hari Ibu 2017 Di Malaysia. Happy Mother’s Day atau Hari Ibu ialah hari pengiktirafan untuk kaum ibu, yang disambut pada hari-hari berbeza di kebanyakan tempat merata dunia. Hari Ibu sama peranannya dengan Hari Bapa yang di sambut setiap tahun di seluruh dunia. Tarikh sambutan Hari Ibu 2017 di Malaysia bakal diraikan pada minggu kedua bulan Mei 2017 iaitu tahun ini pada hari Ahad, 14 Mei 2017. Dikongsikan koleksi kad ucapan hari Ibu yang menarik sebagai panduan,

Panduan Lulus Cemerlang MUET! Klik Disini!
 

HARI IBU - SAMBUTAN YANG DIANJUR MENURUT PERSPEKTIF ISLAM 

1. Sambutan yang dilakukan sebaik-baiknya secara sederhana, tidak melalaikan tanggungjawab seorang Muslim terhadap Allah s.w.t. dan tidak bersifat membazir.

2. Sambutan yang baik  adalah dengan cara mengasihi sesama sanak saudara melalui amalan ziarah-menziarahi selain berkongsi suka-duka, menzahirkan rasa syukur jika senang dan bertakziah  atau bersimpati apabila ditimpa sebarang musibah. 

Hari Ibu 2017 Malaysia
3. Sebaik-baik sambutan adalah dengan mengadakan sembahyang berjamaah bersama ahli keluarga, majlis tahlil dan doa selamat, pesanan dan nasihat yang baik serta dalam suasana yang mahabbah.

4. Setiap ibu bapa perlu merenung kembali dan muhasabah diri ke atas amanah serta tanggungjawab yang terpikul di bahu mereka. Adakah kita telah memainkan peranan sebagai pemimpin keluarga dengan penuh kasih sayang, melalui jalan kebenaran untuk menikmati kedamaian hidup di dunia dan kebahagiaan akhirat.

5. Setiap ibu bapa perlu menyayangi dan melindungi ahli keluarga mereka daripada segala bentuk ancaman akidah dan kelalaian dunia. Ibu bapa perlu menjadi contoh terbaik di dalam keluarga dan disegani, dihormati serta disayangi oleh ahli keluarga.

6. Setiap ibu bapa perlu mewujudkan persekitaran yang baik dan selesa agar ahli keluarga merasa selamat,  dihargai dan dihormati dalam usaha melahirkan insan syumul.

7. Setiap ibu bapa perlu prihatin dan memainkan peranan bersama untuk membabitkan diri dalam membanteras gejala sosial dan maksiat yang berleluasa dalam masyarakat, melalui program amar makruf nahi mungkar bagi melindungi ahli keluarga daripada terjebak.

8. Setiap ibu bapa perlu memperingatkan dirinya perihal pentingnya peranan mereka dalam menyemaikan nilai-nilai etika dan spiritual yang tinggi dalam kalangan ahli keluarga mereka.

9. Setiap ibu bapa mestilah mengambil langkah-langkah proaktif bagi mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran keibubapaan (parenting skills) bagi menyediakan anak-anak mereka untuk lebih berupaya menghadapi cabaran masa kini.

10. Didikan agama yang sempurna  adalah satu faktor perlindungan (protective factor) yang mampu menyelamatkan manusia dari terjebak ke dalam perbuatan keji yang hanya akan merosakkan dirinya sendiri. Apabila pegangan serta keutamaan tidak lagi berkisarkan kepada tunjang agama yang kukuh, dengan mudah sahaja seseorang itu melakukan sesuatu perbuatan yang merugikan diri, keluarga, masyarakat dan negaranya - Jabatan Mufti Selangor


Selamat Hari Ibu 2017 buat ibu-ibu di Malaysia. Semoga perkongsian Tarikh Hari Ibu 2017 Di Malaysia boleh dijadikan panduan buat para anak-anak,