Showing posts with label SEJARAH. Show all posts
Showing posts with label SEJARAH. Show all posts

Sunday, 11 June 2017

Kerja Kursus Sejarah PT3 2017 Peristiwa Bersejarah

Tugasan Sejarah PT3 2017 Peristiwa Bersejarah. Tajuk Kerja kursus Sejarah PT3 kini telah diumumkan. Apakah tajuk tugasan Sejarah PT3 tahun 2017? Tahun lepas ianya berkaitan bangunan bersejarah. Untuk tahun ini, pelajar PT3 Tingkatan 3 dikehendaki untuk membuat kajian tentang "satu peristiwa bersejarah di tempat tinggal anda". Berikut dikongsikan maklumat tugasan untuk panduan pelajar yang terlibat dengan tugasan kerja kursus Sejarah PT3 2017 ini. Ianya merangkumi perkongsian contoh jawapan Peristiwa Bersejarah.

contoh jawapan tugasan Sejarah PT3 2017 Peristiwa Bersejarah

Soalan Kerja Kursus Sejarah PT3 2017 Peristiwa Bersejarah

Berikut adalah maklumat penting berkaitan Kerja Kursus Sejarah PT3 2017. Petikan berikut menerangkan konsep perisitiwa bersejarah.
Perisitiwa bersejarah mempunyai fakta yang tepat dan bermakna kepada masyarakat setempat dan negara kita. 
Sumber : Buku Teks Sejarah Tingkatan 1, Tahun 2003

Arahan Tugasan Sejarah PT3 2017

Anda dikehendaki membuat kajian tentang satu peristiwa bersejarah di tempat tinggal anda. Hasilkan satu laporan yang panjangnya tidak kurang daripada 300 patah perkataan.

Tugasan anda hendaklah mengandungi aspek berikut :-

a) Tajuk Kajian 
b) Nama penulis 
c) Isi kandungan 

  • i) Pengenalan - menjelaskan latar belakang persitiwa bersejarah di tempat anda ii) Menerangkan faktor berlakunya perisitiwa bersejarah 
  • iii) Menerangkan perisitiwa bersejarah secara kronologi
  • iv) Menilai kesan/ impak perisitiwa bersejarah terhadap diri sendiri, masyarakat setempat dan negara 
  • v) Menjelaskan iktibar yang diperolehi dari[ada perisitiwa bersejarah 

d) Rumusan 
e) Sumber Rujukan 
f) Membentangkan kaporan hasil kajian

Panduan Dan Contoh Jawapan Kerja Kursus Sejarah PT3 2017 Peristiwa Bersejarah

Berikut dikongsikan panduan membuat tugasan dan contoh jawapan yang mengandungi perkara seperti objektif kajian, kaedah kajian, proses awal termasuk pengenalan, latar belakang dan kronolgi. 



Selamat membuat tugasan Sejarah PT3 2017. Semoga berjaya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.

Tuesday, 6 June 2017

Contoh Soalan Dan Skema Jawapan Kertas 3 Sejarah SPM

Contoh Soalan / Skema Jawapan / Cara Menjawab Kertas 3 Sejarah SPM (Tingkatan 4 dan 5). Untuk pelajar SPM semua, berikut dikongsikan koleksi contoh soalan dan skema jawapan Sejarah Kertas 3 SPM buat panduan pelajar dalam membuat persediaan peperiksaan. Untuk makluman pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) telah mengeluarkan tema umum atau tajuk soalan bagi Sejarah Kertas 3 SPM 2016 iaitu Malaysia Dan Kerjasama Masyarakat Antarabangsa. Untuk makluman, Tema Sejarah SPMU 2016 bulan Jun pula bertajuk Perkembangan Di Eropah Dan Kesannya Terhadap Ekonomi Negara. 

skema Jawapan Kertas 3 Sejarah SPM

Manakala tema umum SPM 2015 pula adalah Kemunculan dan Perkembangan Nasionalisme Sehingga Perang Dunia Kedua. Tema Umum  yang diberi sebagai persediaan menjawab soalan bagi Tugasan Spesifik  dalam Sejarah 1249/3. 

Contoh/ Skema Jawapan Kertas 3 Sejarah SPM

Berikut dikongsikan Contoh Soalan dan skema Jawapan Kertas 3 SPM termasuk Tema 12 Malaysia Dan Kerjasama Masyarakat Antarabangsa

Skema Jawapan Kertas 3 Tahun-Tahun Lepas

Dikongsikan juga beberapa skema jawapan Kertas 3 Sejarah tahun-tahun yang lepas. Sila rujuk dan muat turun panduan dengan mengklik link di bawah ini:-
  1. TEMA 3 : Kesedaran Pembinaan Negara Dan Bangsa 
  2. TEMA 2 : Nasionalisme di Malaysia sehingga Perang Dunia Kedua
  3. TEMA 9 : Perkembangan Di Eropah Dan Kesannya Terhadap Ekonomi Negara 
  4. TEMA 11.1 : Pengukuhan Negara Dan Bangsa Malaysia (Bab 6 Tingkatan 5)
  5. TEMA 11.1 : Pembinaan Negara dan Bangsa Malaysia  (Bab 4 Tingkatan 5)
  6. TEMA 10.1 : Kemunculan Dan Perkembangan Nasionalisme Di Asia Tenggara : Nasionalisme di Malaysia Sehingga Perang Dunia Kedua (Bab 1 Tingkatan 5)
  7. TEMA 11 : Pembinaan Negara dan Bangsa Ke Arah Kemunculan Negara Malaysia Berdaulat 
  8. Bab 8 : Pembangunan dan Perpaduan Untuk Kesejahteraan
  9. Bab 5 : Pembinaan Negara Dan Bangsa Yang Merdeka
  10. Bab 7 : Sistem Pemerintahan Dan Pentadbiran Negara Malaysia
  11. Bab 9 : Malaysia Dan Kerjasama Masyarakat Antarabangsa

TEMA 11 : Pembentukan Malaysia

Soalan Tugasan Spesifik Pada Hari Peperiksaan

Penubuhan negara bangsa Malaysia yang berdaulat telah melalui pelbagai rintangan dan cabaran. Walau bagaimanapun, segala rintangan dan cabaran itu telah dapat diatasi sehingga Malaysia berjaya menjadi sebuah negara yang berkembang pesat dari aspek politik, ekonomi dan sosial. Berdasarkan fakta yang diperoleh, bincangkan sejarah pembentukan Malaysia sebagai sebuah negara bangsa yang berdaulat.
Jawapan hendaklah berdasarkan aspek berikut:
skema Jawapan Kertas 3 Sejarah SPM

Sumber

Semoga Contoh Soalan Dan Jawapan Kertas 3 Sejarah SPM ini boleh dijadikan panduan buat pelajar SPM semua.

Wednesday, 31 May 2017

Tema Umum Sejarah Kertas 3 SPMU 2017

Tema Umum Sejarah Kertas 3 SPM Ulangan (SPMU) Tahun 2017. Apakah tajuk atau tema umum Sejarah Kertas 3 untuk calon persendirian SPMU 2017? Menerusi makluman rasmi KPM, pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) telah mengeluarkan tema umum atau tajuk soalan bagi Sejarah Kertas 3 SPMU 2017 (SPM Ulangan) iaitu Tamadun Awal Manusia.

Tema Umum Sejarah Kertas 3 SPM ulangan

Tema Umum Sejarah Kertas 3 SPMU 2017 - Tamadun Awal Manusia

Berikut adalah tema umum Sejarah Kertas 3 untuk calon persendirian SPM Ulangan 2017 :-
  • Tahun 2017 : Tema Umum : Tamaduan Awal Manusia. Tamadun moden hari ini terhutang budi kepada tamadun awal manusia. Ciptaan, teknik dan konsep yang mereka hasilkan menyebabkan kemajuan hidup manusia dan meletakkan asas untuk kehidupan di dunia moden.
  • Tahun 2016 : Perkembangan di Eropah dan Kesannya Terhadap Ekonomi Negara. Sebelum kedatangan penjajah British, masyarakat peribumi di Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah menjalankan kegiatan ekonomi yang tersendiri. Pada abad ke-19, British menguasai ekonomi dan memberi  kesan terhadap taraf sosioekonomi masyarakat peribumi. Calon boleh memuat turun tema dan arahan dalam PDF bermula 3 Mei hingga 6 Jun 2016 di LP MOE.

Senarai Tema Umum Sejarah Kertas 3 Tahun 2015

1. SPM 2015 (November)

Untuk makluman, Tema Umum Sejarah Kertas 3 SPM 2015 (November) adalah bertajuk :-
  • Kemunculan dan Perkembangan Nasionalisme Sehingga Perang Dunia Kedua.
Tema Umum  yang diberi adalah sebagai persediaan menjawab soalan bagi Tugasan Spesifik dalam Sejarah 1249/3.

2. Tema Umum Sejarah Kertas 3 SPM Ulangan (U) 2015

Tema umum Sejarah Kertas 3 SPMU tahun 2015 adalah  
  • Pembinaan Negara dan Bangsa ke Arah Kemunculan Negara Malaysia Berdaulat.  
Adalah diingatkan, calon dikehendaki membaca dan meneliti Tema Umum Sejarah ini dan membuat persediaan awal sebelum hari peperiksaan yang sebenar. Calon juga boleh berbincang dengan guru dan rakan-rakan untuk mendapat dan mengumpulkan maklumat berkaitan. Calon boleh membuat rujukan daripada pelbagai sumber yang berkaitan serta mendapatkan sumber maklumat daripada buku teks, bahan bacaan ilmiah, akhbar, internet dan bahan-bahan yang berkaitan.
Pembinaan Negara dan Bangsa ke Arah Kemunculan Negara Malaysia Berdaulat

Tema Umum : Pembinaan Negara dan Bangsa ke Arah Kemunculan Negara Malaysia Berdaulat

Walaupun menghadapi pelbagai rintangan, Persekutuan Malaysia berjaya dibentuk dan telah diisytiharkan pada 16 September 1963. Malaysia terus maju walaupun masih banyak rintangan yang terpaksa dilalui.

Sebagai panduan, berikut disertakan Contoh skema jawapan Sejarah Kertas 3 SPM Tahun 2014. Klik Skema jawapan.

Selamat membuat persediaan yang terbaik dalam menjawab soalan kertas 3 Sejarah SPMU tahun 2017 nanti. Semoga berjaya.