Showing posts with label VIDEO. Show all posts
Showing posts with label VIDEO. Show all posts

Tuesday, 15 August 2017

Doa Selepas Solat Fardhu Yang Ringkas Dan Mudah Dihafal

Doa Ringkas Selepas Solat Yang Ringkas Beserta MaksudBerikut dikongsikan bacaan doa selepas solat fardu beserta maksud untuk panduan dan rujukan semua. Doa adalah merupakan satu ibadat. Ianya merupakan satu tanda kerendahan hamba terhadap Allah S.W.T. Ianya boleh dilakukan secara individu atau berkumpulan. Sesuatu doa itu hendaklah dilakukan dengan ikhlas, khusyuk, tertib penuh tawadu’ dan mesti dilakukan dengan cara yang sesuai dengan kehendak syarak. 

Ini bermakna doa tidak boleh dilakukan sebagai satu budaya atau adat. Doa merupakan satu cara hidup yang diajar oleh Rasulullah S.A.W. Sebagai satu ibadah, doa hendaklah dilakukan di tempat yang betul, masa yang sesuai dan suasana yang baik. 

bacaan doa ringkas selepas solat

Doa Selepas Solat : Ringkas Dan Mudah 

Sebagai panduan serta rujukan bersama, berikut dikongsikan dua doa selepas solat beserta bacaan dalam arab dan maksudnya. Marilah sama-sama kita berdoa untuk memohon apa yang dihajati untuk kehidupan terbaik di dunia dan di akhirat. Doa ringkas selepas solat fardhu 5 waktu ini amat mudah untuk dihafal dan marilah sama-sama kita mengamalkannya selalu. Semoga dengan memperbanyakkan bacaan doa selepas waktu solat, semua hajat kita akan dimakbulkan oleh Yang Maha Esa. Amin ya rabbal'alamin.

Doa Ringkas Selepas Solat 1

Solat yang baru selesai kita dirikan ini tidak dapat kita yakini kesempurnaannya, terlalu banyak kita rasa kekurangannya. Oleh yang demikian, kita mengharapkan daripada bacaan wirid-wirid selepsa solat inilah dapat menampung kekurangan itu. Mudah-mudahan Allah perkenankan untuk kesempurnaan solat kita, insya Allah. Wallahu a’lam. Wirid-wirid dan doa, penerbit Al-Hidayah Publication 2010


bacaan doa ringkas selepas solat 1

Maksudnya 

Dengan nama Allah yang Pemurah lagi Maha Penyayang 

Segala Puji bagi Allah Tuhan Pentadbir Seluruh alam. Ya Allah, kurniakanlah rahmat dan sejahtera atas penghulu kami Muhammad serta keluarga dan sahabatnya. Ya Allah, kami pohon kepadamMu kemaafan dan afiat, kesejahteraan selamanya dalam agama, dunia dan akhirat. 

Ya Allah, baikanlah kesudahan kami pada segala perkara dan jauhkanlah kami dari kehinaan dunia serta siksa akhirat. Ya Allah, kami mohon padaMu segala kebaikan samada lambat atau cepat, yang kami ketahui dan tidak kami ketahui. Dan kami berlindung kepadaMu dari segala bahaya samada lambat atau cepat yang kami ketahui atau tidak kami ketahui. 

Ya Tuhan Kami, kurniakanlah kepada kami kebajikan di dunia dan akhirat serta jauhilah kami dari siksa neraka. Dan Allah, limpahkanlah rahmat serta sejahtarakanlah junjungan kami Muhammad, keluarga serta sahabat-sahabat Baginda. 

Doa Ringkas Selepas Solat 2

bacaan doa ringkas selepas solat 2

Maksudnya

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. 

Segala puji bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam. Selawat dan sejahtera semoga dilimpahkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya. 

Ya Allah, wahai Tuhan kami, hidupkan kami dengan iman, matikan kami dalam iman, serta masukkan kami ke dalam syurga bersama-sama iman. Ya Allah, ya Tuhan kami, ampunilah segala dosa kesalahan kami dan dosa-dosa kesalahan kedua ibu bapa kami, serta kesihanilah kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka berdua mengasihani kami semasa masih kecil. 

Ya Allah, akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah kiranya Engkau akhirkan umur kami dengan kesudahan yang tidak baik. Ya Allah, ya Tuhan kami, janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia. 

Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia ini dan juga di akhirat, dan peliharalah kami daripada azab neraka. Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga dan sahabat-sahabat baginda. Dan segala puji itu tertentu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.

Video Bacaan Doa Ringkas Selepas Solat

 


Marilah sama-sama kita amalkan doa selepas solat ini. Semoga perkongsian Doa Selepas Solat Fardhu Yang Ringkas Dan Mudah Dihafal ini bermanfaat buat semua.

Wednesday, 19 July 2017

Lirik Lagu Guru Pembina Bangsa Negara

Lagu Tema Hari Guru Tahun 2017. Apakah lagu tema hHari Gur 2017? Berikut dikongsikan Lirik Lagu Tema Hari Guru Tahun 2017 iaitu Guru Pembina Bangsa NegaraTema yang sama juga telah diguna pakai untuk sambutan Hari Guru pada tahun 2009, 2010 dan 2016. Untuk makluman, Pelancaran Perayaan Hari Guru 2017 Peringkat Kebangsaan Ke-46 akan diadakan pada 16 Mei 2017 di Educity Sports Complex, Iskandar Puteri, Johor. 

Selain itu, Festival  Hari Guru 2017 juga akan diadakan dari 12 hingga 16 Mei 2017 di Plaza Angsana, Johor Bahru. Masa festival adalah dari jam 1000 pagi hingga 1000 malam. Jom kesana.

Lagu tema hari guru tahun 2017

Lirik Lagu Tema Hari Guru 2017 : Guru Pembina Bangsa Negara

Berikut adalah Lirik Lagu "Guru Pembina Bangsa Negara" untuk panduan pelajar dan guru semua. Lagu ini memang sedap apatah lagi kalau didengar berulang kali.

Bersedia melangkah megah
Walaupun sukar baktiku curah
Demimu ibu pertiwi
Sumpah ku lafaz janji kukota

Berikrar eratkan bangsa
Kukuhkan cinta kepada Negara
Berjasa terus berjasa
Menyebarkan ilmu tiada batasnya

Guru Pembina Negara Bangsa
Gagah perjuangkan visi Negara
Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa
Demi agama dan nusa tercinta

Guru Pembina Negara Bangsa
Tetap unggul senadakan suara
Sehaluan menggapai matlamatnya
Cemerlang dan gemilangkan Malaysia


Ciptaan oleh : Khairulrizam bin Khalid
Pencipta Lirik : Ili Nurbahirah bt Baharudin
Pengubah Muzik ialah Marzuki bin Tambi

Video Lagu Guru Pembina Bangsa Negara

Berikut adalah video nyanyian Lagu Guru Pembina Bangsa Negara



Selamat Hari Guru tahun 2017. Jangan lupa jasa guru yang telah mendidik anak bangsa menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.

Monday, 10 July 2017

Lirik Lagu Aku Negaraku

Muat Turun Lirik Lagu Aku Negaraku Dan Video NyanyianLagu "Aku Negaraku" telah dipilih sebagai lagu wajib perhimpunan mingguan sekolah yang baru bermula dari tarikh 22 Mei 2017. Berikut dikongsikan lirik lagu Aku Negaraku termasuk video nyanyian serta link download untuk panduan guru dan juga pelajar.

Aku Negaraku lagu wajib perhimpunan sekolah

Lagu Aku Negaraku : Lirik Dan Video

Lagu Aku Negaraku perlu dinyanyikan bersama lagu kebangsaan, negeri dan sekolah masing-masing sebagai lagu wajib perhimpunan mingguan sekolah. Aku Negaraku adalah sebuah lagu yang berentak kontemporari. Lagu adalah ciptaan komposer Audi Mok dan lirik oleh Shazree Ishak. Lagu adalah nyanyian penyanyi Aizat Amdan Dan Suki.

Penambahan lagu Aku Negaraku sebagai lagu wajib adalah bagi menyemarakkan lagi semangat cintakan Malaysia dikalangan rakyat Malaysia. Ianya merupakan sebahagian dari satu inisiatif program Negaraku yang diilhamkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Aku Negaraku 

Ku sedar tanah air aku bertuah
Di sini tempatku berjasa
Ku sedar sempurna hidupku di sini 
Malaysia ku terhutang budi 

[Chorus] 

Aku Negaraku
Aku Negaraku
Sememangnya Negaraku maju 
Negaraku tanah tumpah darahku

Aku Negaraku 

Di hatiku negaraku 
Selamanya aku negaraku 
Satu 
Negaraku tanah tumpah darahku 

Kita bersama membina masa depan 

Semangat setinggi angkasa 
Kita bersama bersyukur pada Tuhan 
KepadaNYA kita berserah 

Ulang [Chorus] 

Ku laungkan namamu ke seluruh dunia 
Malaysia aku bahagia 

Ulang [Chorus]

Aku Negaraku 

Download Lagu Aku Negaraku

Sila klik link untuk memuat turun lagu dalam pelbagai versi :-
  1. Versi Penuh
  2. Instrumental
  3. MMO
  4. STEM BV
  5. STEM LV

Video Lagu Aku Negaraku

Berikut dikongsikan juga video lagu Aku Negaraku beserta lirik :-


Semangat patriotik amat penting dalam mewujudkan sebuah negara yang maju dan aman. Semoga perkongsian Lirik Lagu Aku Negaraku boleh dijadikan panduan dan rujukan untuk pelajar semua.

Wednesday, 5 April 2017

Bacaan Surah Adh-Dhuha Dan Maksud

Bacaan Surah Adh-Dhuha Dan Maksud. Surah Adh-Dhuha yang bererti waktu dhuha adalah merupakan surah yang ke 93 di dalam Al-Quran. Ianya mengandungi 11 ayat. Dinamakan adh dhuha kerana di awal surah ini Allah SWT telah bersumpah dengan waktu dhuha dan juga dengan waktu malam bahawa Ia tidak meninggalkan atau membenci Nabi Muhammad SAW sebagaimana yang diperkatakan oleh kaum kafir musyrik. Allah SWT telah memberi semangat kepada baginda agar jangan menghiraukan tuduhan dan fitnah musuh-musuh Islam.

Surah Adh-Dhuha Dan terjemahan

Bacaan Surah Adh-Dhuha Dan Maksud

Berikut dikongsikan Bacaan Surah Adh-Dhuha Dan Maksud dalam Bahasa Melayu.
Bacaan Surah Adh-Dhuha bahasa arab

Maksud Surah Adh-Dhuha

  1. Demi waktu dhuha,
  2. Dan malam apabila ia sunyi-sepi
  3. (Bahawa) Tuhanmu (wahai Muhammad) tidak meninggalkanmu, dan Ia tidak benci kepadamu, sebagaimana yang dituduh  oleh kaum musyrik).
  4. Dan sesungguhnya kesudahan keaadaanmu adalah lebih baik bagimu daripada permulaannya.
  5. Dan sesungguhnya Tuhanmu akan memberikanmu (kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat) sehingga engkau reda-berpuas hati
  6. Bukankah dia mendapati engkau yatim piatu, lalu la memberikan perlindungan?
  7. Dan didapatiNya engkau mencari-cari (jalan yang benar), lalu Ia memberikan hidayah petunjuk (dengan wahyu - Al-Quran)?
  8. Dan didapatiNya engkau miskin, lalu Ia memberikan kekayaan?
  9. Oleh itu, adapun anak yatim maka janganlah engkau berlaku kasar terhadapnya,
  10. Adapun orang yang meminta (bantuan pimpinan) maka janganlah engkau tengking
  11. Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya.

Video Bacaan Surah Adh-Dhuha




Semoga perkongsian Bacaan Surah Adh-Dhuha Dan Maksud bermanfaat buat semua. Marilah sama-sama kita amalkan.