Monday, 14 August 2017

Senarai Pemain Bolasepak Malaysia Sukan SEA 2017

Skuad Malaysia Bolasepak Sukan SEA 2017 Kuala Lumpur. Senarai akhir skuad bolasepak Malaysia (Bawah 22 tahun) di Sukan SEA 2017 di Kuala Lumpur telah diumumkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). 20 pemain di bawah kendalian jurulatih Datuk Ong Kim Swee telah dipilih dengan 8 pemain terpaksa digugurkan. Malaysia akan beraksi di Kumpulan A, Bolasepak Sukan SEA yang bermula pada 14 Ogos 2017 untuk perlawanan pertama sehingga 29 Ogos.

Pasukan Kedah mempunyai paling ramai pemain iaitu 5 orang diikuti oleh Pulau Pinang, 3 orang. Antara nama besar dalam skuad Bawah 22 tahun Malaysia adalah Syafiq Ahmad, Matthew Davies dan Safawi Rasid.

skuad b22 tahun malaysia sukan sea 2017

Senarai Pemain Bolasepak Malaysia Sukan SEA 2017 (Skuad B22 Tahun)

Berikut dikongsikan senarai akhir 20 pemain skuad Sukan SEA Malaysia yang memaparkan nama pemain, posisi, umur dan pasukan.

PENJAGA GOL

  • Ifwat Akmal Che Kassim : 21 Tahun (Kedah)
  • Haziq Nadzli : 19 Tahun (JDT)

PERTAHANAN

  • Ariff Farhan Md Isa : 21 Tahun (Kedah)
  • Adib Zainuddin : 22 Tahun (Felcra FC)
  • Adam Nor Azlin : 21 Tahun (Selangor)
  • Irfan Zakaria : 22 Tahun (KL)
  • Syazwan Zaipol Bahari : 22 Tahun (PKNP FC)

TENGAH

  • Amirul Hisyam Awang Kechik : 22 Tahun (Kedah)
  • Syamer Kutty Abba : 20 Tahun (Penang)
  • Nor Azam Abdul Azih : 22 Tahun (Pahang)
  • Daniel Amier Norhisham : 20 Tahun (Felda United)

SAYAP

  • Syahmi Safari : 19 Tahun (Selangor)
  • Matthew Davies : 22 Tahun (Pahang)
  • Syazwan Andik Ishak : 21 Tahun (JDT II)

PENYERANG

  • Jafri Firdaus Chew : 20 Tahun (Pulau Pinang)
  • Syafiq Ahmad : 22 Tahun (Kedah)
  • Akhyar Rashid : 18 Tahun (Kedah)
  • N Thanabalan : 22 Tahun (Felcra FC)
  • Safawi Rasid : 20 Tahun (JDT)
  • S Kumaahran : 21 Tahun (Penang)

Pemain Yang Digugurkan

Lapan pemain bola sepak lelaki bawah 22 tahun (B-22) yang digugurkan daripada senarai 28 pemain adalah seperti berikut :-
  1. Amierul Hakimi Awang
  2. Raphi Azizan Mariappen
  3. Danial Ashraf Abdullah
  4. Sean Eugene Selvaraj
  5. Dominic Tan
  6. Tommy Mawat Bada
  7. Ahmad Azriddin Rosli
  8. Ahmad Khairil Anuar Zamri. 

Semoga Senarai Pemain Bolasepak Malaysia Sukan SEA 2017 mampu memenangi pingat emas bolasepak lelaki Sukan SEA 2017. Ayuh skuad B22 tahun Malaysia.

Friday, 11 August 2017

Keputusan EPL 2017/ 2018 Liga Perdana Inggeris

EPL 2017/ 2018 - Jadual Waktu Malaysia, Live Score Dan Kedudukan Terkini English Premier League. Berita baik buat peminat bolasepak. Musim baru EPL atau Liga Perdana Inggeris (English Premier League) musim 2017/ 2018 akan bermula pada hari Sabtu, 12 Ogos 2017. Sebagai panduan dan rujukan, berikut dikongsikan Keputusan EPL 2017/ 2018 Liga Perdana Inggeris beserta jadual perlawanan waktu Malaysia dan carta kedudukan pasukan. Penjaring terbanyak EPL boleh dirujuk di Top Scorer.

Pasukan Chelsea di bawah Pengurus, Antonio Conte merupakan juara bertahan Liga EPL musim lalu. Sebanyak 20 pasukan akan bersaing untuk merebut kejuaraan bolasepak terunggul di England iaitu Liga Perdana Inggeris. 4 pasukan teratas akan layak ke Champions League musim 2018/ 2019. Untuk musim ini, England akan diwakili oleh 5 pasukan setelah Man United berjaya menjuarai Liga Europa musim lepas. Pasukan lain adalah Man City, Chelsea, Spurs dan Liverpool. 

jadual, keputusan kedudukan epl 2017/ 2018

Keputusan EPL 2017/ 2018 Liga Perdana Inggeris (Jadual Perlawanan Dan Carta Kedudukan Pasukan)

Musim EPL 2017/ 2018 telah dimulakan dengan perlawanan Community Shield diantara Arsenal, Juara Piala FA dan Chelsea, Juara EPL pada 6 Ogos 2017. Perlawanan pertama EPL adalah pada hari Sabtu, 12 Ogos 2017 diantara Arsenal vs Leicester City. 

Berikut adalah senarai pasukan yang bersaing untuk Liga Perdana Inggeris Musim 2017-2018 musim ini. Antara pencabar kejuaraan EPL kali ini adalah Arsenal, Chelsea, Man United, Man City, Liverpool, Spurs dan Everton.

Senarai Pasukan EPL 2017/ 2018

Berikut adalah 20 pasukan yang akan beraksi pada aksi Liga Perdana Inggeris 2017/ 2018 :-
  1. AFC Bournemouth
  2. Arsenal
  3. Brighton & Hove Albion
  4. Burnley
  5. Chelsea
  6. Crystal Palace
  7. Everton
  8. Huddersfield Town
  9. Leicester City
  10. Liverpool
  11. Manchester City
  12. Manchester United
  13. Newcastle United
  14. Southampton 
  15. Stoke City
  16. Swansea City
  17. Tottenham Hotspur
  18. Watford 
  19. West Bromwich Albion
  20. West Ham United

Jadual, Keputusan Dan Carta Kedudukan EPL 2017/ 2018

Berikut dikongsikan widget keputusan EPL Liga Perdana Inggeris musim 2017/ 2018 yang memaparkan jadual perlawanan, keputusan terkini dan carta kedudukan pasukan. 
* Tunggu sebentar sehingga widget keputusan EPL berfungsi.
Klik nombor untuk mengetahui keputusan perlawanan minggu-minggu yang lepas.

Jadual Perlawanan Dan Keputusan Live Score EPL




Football results provided by whatsthescore.com
Carta Kedudukan Terkini EPL 2017/18


Standings provided by whatsthescore.com

Selamat menyaksikan perlawanan EPL di kaca TV anda melalui saluran Astro ataupun HyppTV. Semoga perkongsian Jadual, Keputusan Dan Kedudukan Terkini EPL Liga Perdana Inggeris 2017/ 2018 boleh dijadikan panduan dan rujukan buat peminat bolasepak di Malaysia.

Permohonan Kemasukan Khas Skim Perkhidmatan PTD Online

Permohonan Kemasukan Khas Ke Skim Perkhidmatan Pegawai Tadbir Dan Diplomatik (PTD) Online. Berita baik seperti yang dikongsikan dari Facebook Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Permohonan.my. Berikut dikongsikan makluman penting berkaitan Iklan Permohonan Kemasukan Khas Skim Perkhidmatan PTD. Penjawat Awam adalah dijemput untuk menyertai Skim Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PTD) tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan. 

Permohonan adalah di kalangan Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan (PAP) / Perkhidmatan Awam Negeri (PAN) / Badan Berkanun (yang menggunapakai sistem saraan Kerajaan) Gred 41 dan ke atas yang sedang berkhidmat secara tetap atau kontrak.

Permohonan Skim Perkhidmatan Pegawai tadbir dan diplomatik Online

Permohonan Kemasukan Khas Skim Perkhidmatan PTD Secara Online

Kepada penjawat awam yang berminat dan berkelayakan, berikut dikongsikan maklumat berkaitan Permohonan Kemasukan Khas Ke Skim Perkhidmatan Pegawai Tadbir Dan Diplomatik (PTD). Antara maklumat yang dikongsikan termasuk applikasi serta cara buat permohonan, deskrispi tugas, syarat kelayakan dan permohonan. 

Pegawai Tadbir Dan Diplomatik (PTD) 

  1. Skim Perkhidmatan : Pegawai Tadbir dan Diplomatik 
  2. Kumpulan : Pengurusan dan Profesional & Pengurusan Tertinggi 
  3. Gred Jawatan : M41 sehingga JUSA C 
  4. Status Jawatan : Tetap 

Syarat Lantikan Dan Kemasukan Permohonan Khas PTD

Berikut adalah syarat lantikan dan kemasukan PTD :-
  1. Warganegara Malaysia; 
  2. Telah berkhidmat sekurang-kurangnya lima (5) tahun di skim perkhidmatan semasa; 
  3. Memperolehi Markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) bagi tiga (3) tahun terkini 90% dan ke atas ATAU penilaian kompetensi yang setara; 
  4. Sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institusi Pengajian Tinggi Tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya dan memperoleh CGPA sekurang-kurangnya 3.00 atau setara; 
  5. Bebas dari sebarang tindakan tatatertib;
  6. Memiliki tahap kecergasan fizikal, mental dan tingkahlaku (karakter) yang bersesuaian dengan keperluan perkhidmatan;
  7. Mendapat perakuan dan pelepasan daripada Ketua Jabatan/Ketua Perkhidmatan; dan h) hadir dan lulus dengan jayanya Kursus Persediaan PTD selama sepuluh (10) bulan anjuran Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN). 

Deskripsi Tugas PTD

Tugas PTD adalah merancang, menggubal dan melaksanakan dasar-dasar awam mengenai pengurusan sumber tenaga manusia dan organisasi, sumber kewangan, ekonomi, pentadbiran dan pembangunan wilayah/ daerah/ tempatan/ tanah, perancangan dan pentadbiran sosial, hubungan antarabangsa dan hal ehwal luar negeri (termasuk perkhidmatan luar negeri) keselamatan/ ketahanan negara serta pengurusan teknologi maklumat. 

Cara Memohon

Pemohon perlu membuat Permohonan Kemasukan Khas Skim Perkhidmatan PTD melalui laman web JPA (www.jpa.gov.my) atau SPA (www.spa.gov.my). 

Tarikh tutup permohonan adalah pada 18 Ogos 2017 (Jumaat) 

Sumber JPA

Selamat membuat Permohonan Kemasukan Khas Skim Perkhidmatan PTD buat penjawat awam yang berkelayakan. Semoga permohonan kemasukan anda berjaya nanti.

Wednesday, 9 August 2017

Jadual Dan Keputusan Bolasepak Sukan SEA 2017 Kuala Lumpur

Bolasepak Sukan SEA 2017 - Jadual Dan Keputusan Perlawanan. Mampukah skuad Malaysia merangkul Pingat Emas acara bolasepak Sukan SEA 2017? Berikut dikongsikan Jadual dan Keputusan Bolasepak Sukan SEA 2017 di Kuala Lumpur dari aksi peringat kumpulan hingga perlawanan akhir. Perkongsian melibatkan tarikh, hari, stadium dan keputusan perlawanan melibatkan Kumpulan A dan B. 

Sebanyak 11 pasukan akan merebut ibu segala Pingat Emas di Temasya Sukan SEA, sukan serantau di Negara Asean. Pasukan Thailand adalah juara bertahan manakala Myanmar adalah naib juara. Kesemua perlawanan akan dilangsungkan di 5 lokasi stadium. Siaran langsung perlawanan Bolasepak Sukan SEA 2017 akan disiarkan secara langsung di Astro Arena.

keputusan Bolasepak Sukan SEA 2017 Kuala Lumpur

Jadual Dan Keputusan Bolasepak Sukan SEA 2017 (Kumpulan A Dan B)

Berikut dikongsikan jadual dan keputusan penuh perlawanan acara Bolasepak Sukan SEA 2017 di Kuala Lumpur. 11 pasukan dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu A dan B. Skuad Malaysia adalah dibawah kendalian jurulatih Datuk Ong Kim Swee.

senarai pasukan kumpulan bolasepak sukan sea 2017

14 OGOS 2017 - Isnin (Kumpulan A)

  • MYANMAR vs SINGAPURA (Stadium Majlis Perbandaran Selayang, 4.00 petang) : 2 - 0
  • MALAYSIA vs BRUNEI (Stadium Shah Alam, 8.45 malam) : 2 - 1 (Safawi Rasid min 4)

15 OGOS 2017 - Selasa (Kumpulan B)

  • INDONESIA vs THAILAND (Stadium Shah Alam, 4.00 petang) : 1 - 1
  • VIETNAM vs TIMOR-LESTE (Stadium Majlis Perbandaran Selayang, 4.00 petang) : 4 - 0
  • KEMBOJA vs FILIPINA (Stadium Majlis Perbandaran Selayang, 8.45 malam) : 0 - 2

16 OGOS 2017, Rabu (Kumpulan A)

  • SINGAPURA vs MALAYSIA (Stadium Shah Alam, 8.45 malam) : 1 - 2
  • MYANMAR vs LAOS (Stadium UiTM, Shah Alam, 8.45 malam) : 3 - 1

17 OGOS 2017, Khamis (Kumpulan B)

  • VIETNAM vs KEMBOJA (Stadium Shah Alam, 4.00 petang) : 4 - 1
  • INDONESIA vs FILIPINA (Stadium Shah Alam, 8.45 malam) : 3 - 0
  • THAILAND vs TIMOR-LESTE (Stadium Majlis Perbandaran Selayang, 8.45 malam) : 1 - 0

18 OGOS 2017, Jumaat (Kumpulan A)

  • LAOS vs SINGAPURA (Stadium Majlis Perbandaran Selayang, 4.00 petang)
  • BRUNEI vs MYANMAR (Stadium UiTM, Shah Alam, 4.00 petang)

20 OGOS 2017, Ahad (Kumpulan B)

  • TIMOR-LESTE vs INDONESIA (Stadium Majlis Perbandaran Selayang, 4.00 petang)
  • THAILAND vs KEMBOJA (Stadium Majlis Perbandaran Selayang, 8.45 malam)
  • FILIPINA vs VIETNAM (Stadium Shah Alam, 8.45 malam)

21 OGOS 2017, Isnin (Kumpulan A)

  • BRUNEI vs LAOS (Stadium UM Arena, Kuala Lumpur, 4.00 petang)
  • MALAYSIA vs MYANMAR (Stadium Shah Alam, 8.45 malam)

22 OGOS 2017, Selasa (Kumpulan B)

  • FILIPINA vs THAILAND (Stadium Majlis Perbandaran Selayang, 4.00 petang)
  • VIETNAM vs INDONESIA (Stadium Majlis Perbandaran Selayang, 8.45 malam)
  • KEMBOJA vs TIMOR-LESTE (Stadium UM Arena, Kuala Lumpur, 8.45 malam)

23 OGOS 2017, Rabu (Kumpulan A)

  • LAOS vs MALAYSIA (Stadium Shah Alam, 8.45 malam)
  • SINGAPURA vs BRUNEI (Stadium Majlis Perbandaran Selayang, 8.45 malam)

24 OGOS 2017, Khamis (Kumpulan B)

  • INDONESIA vs KEMBOJA (Stadium Shah Alam, 4.00 petang)
  • THAILAND vs VIETNAM (Stadium Majlis Perbandaran Selayang, 4.00 petang)
  • TIMOR-LESTE vs FILIPINA (Stadium UM Arena, Kuala Lumpur, 4.00 petang)

26 OGOS 2017, Sabtu (Separuh Akhir)

  • JUARA KUMPULAN A VS NAIB JUARA KUMPULAN B
  • JUARA KUMPULAN B VS NAIB JUARA KUMPULAN A

29 OGOS 2017, Selasa (Penentuan Pingat Gangsa)

  • Pasukan Tewas Separuh Akhir 1 vs Tewas Separuh Akhir 2 (430 petang)

Final (Penentuan Pingat Emas Dan Perak)

  • Pemenang Separuh Akhir 1 vs Pemenang Separuh Akhir 2 (845 malam)

Semoga perkongsian Jadual Dan Keputusan Bolasepak Sukan SEA 2017 Kuala Lumpur dapat membantu peminat bolasepak mengikuti perkembangan skuad Harimau Malaysia. Moga skuad negara mampu menang pingat emas hadiah buat rakyat Malaysia bersempena dengan Hari Kebangsaan Malaysia 2017.

Sunday, 6 August 2017

Tarikh Hari Raya Aidiladha 2017 Di Malaysia

Tarikh Hari Raya Haji Atau Aidiladha 2017 Di Malaysia. Bila tarikh sambutan Hari Raya Aidiladha di Malaysia pada tahun 2017? Merujuk kepada Kalendar Islam 1438H/ 1439H yang telah dikeluarkan oleh JAKIM, Hari Raya Aidiladha atau Raya Haji akan disambut di Malaysia pada tarikh 1 September 2017 bersamaan dengan 10 Zulhijjah 1438 Hijrah. Pengumuman rasmi akan dibuat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja pada (Akan dikemaskini). Tahun lepas pada 1 September 2016. 

Pengumuman rasmi tarikh Hari Raya Aidiladha/ Hari Raya Haji akan diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja di radio dan TV di Malaysia. Untuk makluman, tarikh Hari Raya Aidiladha adalah merupakan cuti umum di Malaysia.

Hari Raya haji 2017

Tarikh Sambutan Hari Raya Aidiladha 2017 Di Malaysia

Berikut dikongsikan Tarikh Penting Hari Raya Aidiladha 2017 Di Malaysia yang akan dikemaskini dari masa kesemasa.
  • Tarikh Hari Raya Aidil Adha : 1 September 2017 (Hari Jumaat) - Tarikh rasmi akan dikemaskini selepas pengumuman rasmi


Tarikh Hari Raya haji 2017

Hari Raya Aidiladha

Bahasa Arab ianya bermaksud 'Eid Ul-Adha) atau Hari Raya Haji. Ianya merupakan salah satu perayaan terbesar di dalam Islam selain Hari Raya Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal diseluruh dunia. 

Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalendar Hijrah Islam. Perayaan Hari Raya Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.

Aidiladha merupakan satu perayaan yang istimewa kerana ianya merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t. Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah. 

Semoga perkongsian Tarikh Hari Raya Aidiladha 2017 Di Malaysia ini bermanfaat buat semua. Ianya boleh dijadikan panduan dalam merancang cuti atau perjalanan balik kampung. Selamat Hari Raya Haji 2017.

Friday, 4 August 2017

Tema Hari Kebangsaan 2017 Dan Logo Sambutan

Tema Dan Logo Sambutan Hari Kebangsaan 2017. Setiap tahun pada 31 hb Ogos, rakyat Malaysia akan merayakan sambutan Hari Kebangsaan. Untuk tahun 2017, tema sambutan Hari Kebangsaan adalah Negaraku Sehati Sejiwa. Untuk rujukan, tema tahun lepas 2016 adalah Sehati Sejiwa

Tema Hari Kebangsaan 2017 Dan Logo Sambutan

Berikut dikongsikan tema dan logo sambutan Hari Kebangsaan tahun 2017 pada 31 Ogos 2017 yang merupakan tarikh cuti umum. Sebagai rujukan, dikongsikan juga maksud tema "Negaraku Sehati Sejiwa".

Tema Sambutan Hari Kebangsaan 2017

Tema Hari Kemerdekaan 2017 yang dipilih adalah "Negaraku Sehati Sejiwa". Tema 'Sehati Sejiwa' membawa maksud kesepaduan, kesefahaman, kekitaan dan kemanusiaan seluruh rakyat di Negara Malaysia. Selain itu ianya melambangkan semangat kesepaduan yang dimiliki oleh semua rakyat tidak kira di mana mereka berada.

Pemilihan tema menurut Menteri Komunikasi Dan Multimedia Malaysia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak adalah bertujuan untuk menunjukkan betapa pentingnya rakyat Malaysia mempunyai semangat berbilang kaum dan bersatu padu.

Antara lain pemilihan tema adalah untuk mendidik rakyat Malaysia betaa sukarnya dalam mencapai kemerdekaan. Rakyat perlu terus memastikan agar semangat bersatu padu dan muafakat terus dicapai dalam memastikan negara lebih gemilang.

Tarikh Dan Lokasi Sambutan Hari Kebangsaan 2017

Sambutan Hari Kebangsaan 2017 akan diadakan di Dataran Merdeka pada 31 Ogos 2017. Hari Malaysia pula akan diadakan di Kota Kinabalu, Sabah pada 16 September 2017.
  • Tema : Negaraku Sehati Sejiwa

Logo : 



logo Hari Kebangsaan 2017 negaraku sehati sejiwa

Lagu Rasmi Hari Kebangsaan 2017

Malaysia Sehati Sejiwa telah dipilih sekali lagi sebagai lagu rasmi untuk sambutan Hari Kemerdekaan 2017. Lagu Sehati Sejiwa juga merupakan lagu tema sambutan pada tahun 2015 dan 2016. 

Untuk lirik lagu dan video Sehati Sejiwa klik LAGU TEMA

Selamat menyambut Hari Kebangsaan 2017 kepada semua rakyat Malaysia. Semoga rakyat Malaysia akan terus bersatu untuk kemajuan negara pada masa hadapan yang cemerlang dan gemilang.

Sunday, 30 July 2017

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus (UAI) Ogos 2017

Jadual Ceramah Kuliah UAI Bulan Ogos 2017. Siapa tidak kenal Ustaz Azhar Idrus? Pasti ramai yang ternanti-nanti bilakah tarikh dan lokasi Kuliah Ustaz Azhar Idrus untuk bulan Ogos 2017, bulan lapan. Awal Ramadhan telah berlalu pada hujung bulan Mei yang lalu. Sebagai panduan buat semua, berikut adalah jadual ceramah atau kuliah Ustaz Azhar Idrus (UAI) untuk bulan 8 tahun 2017 yang dikongsikan dari FB Ustaz Azhar Idrus Original. Kepada mereka yang tinggal berhampiran dengan lokasi ceramah, jom datang beramai-ramai ke majlis ilmu yang penuh dengan informasi semasa dan humor ini.
Ceramah Ustaz Azhar Idrus 2017

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus Ogos 2017 (Bulan 9)

Berikut adalah Jadual Kuliah/ Ceramah UAI untuk bulan Ogos 2017. Sebarang perubahan tarikh dan lokasi serta maklumat lain boleh dirujuk di page FB UAI. Diantara lokasi ceramah beliau untuk bulan Ogos ini selain di sekitar Terengganu adalah di Kelantan, Pahang, Melaka, Selangor dan Kuala Lumpur

Ogos 2017

Jadual Kuliah ceramah UAI bulan Ogos 2017

Jun/ Julai 2017

tarikh Kuliah uai bulan julai 2017

Mei 2017

Jadual Kuliah uai bulan mei 2017


Kuliah UAI April 2017

tarikh dan lokasi ceramah uai april 2017

Bulan Mac 2017

jadual uai mac 2017

Februari 2017

Jadual Kuliah UAI 2017

Januari 2017 

Jadual Kuliah UAI 2017

Bulan Disember 2016


Jadual Kuliah UAI Disember 2016
 
Semoga perkongsian jadual ceramah UAI bulan Julai tahun 2017 ini bermanfaat buat semua. Jom beramai-ramai ke ceramah ini.