Tuesday, 11 July 2017

Kerja Kursus Geografi PT3 2017 Peta Lakar

Kerja Kursus Geografi PT3 2017 Peta Lakar

Panduan Contoh Jawapan Tugasan Kerja Kursus Geografi PT3 2017 Peta Lakar. Peta Lakar di kawasan kajian merupakan tajuk tugasan Kerja Kursus Geografi PT3 2017. Berdasarkan kepada Jadual Peperiksaan PT3 2017, pelajar Tingkatan 3 perlu menyiapkan Kerja Kursus Geografi Peta Lakar yang merupakan salah satu ujian Instrumen selain Kerja Kursus Sejarah

Pelajar perlu membuat tugasan bermula dari 3 Julai sehingga tarikh hantar tugasan pada 31 Julai 2017. Tajuk tugasan tahun lepas adalah pengangkutan di kawasan kajian.

contoh jawapan tugasan Kerja Kursus Geografi PT3 2017 Peta Lakar

Tugasan Kerja Kursus Geografi PT3 2017 Peta Lakar

Berikut dikongsikan panduan dan tajuk tugasan Kerja Kursus Geografi untuk panduan pelajar PT3 2017.

Tajuk Tugasan 

Calon dikehendaki menjalankan kajian dan menghasilkan peta lakar di kawasan tempat tinggal/ sekolah anda. Peta lakar merupakan peta yang dilukis berasaskan peta topografi. Peta lakar yang dilukis mestilah menunjukkan ciri-ciri geografi, iaitu pandang darat fizikal dan pandang darat budaya. 
  1. Kajian peta tersebut haruslah merangkumi perkara berikut :- 
  2. Latar belakang ciri fizikal dan budaya kawasan kajian 
  3. Melukis dan mentakfsir peta lakar di kawasan kajian 
  4. Lorekkan kawasan yang berpotensi dimajukan dan menghuraikan potensi tersebut 
  5. Menghuraikan halangan untuk memajukan kawasan berlorek
  6. Cadangan usaha-usaha untuk mengatasi halangan yang terdapat di kawasan berlorek 
  7. Membentangkan laporan hasil kajian tersebut 

Perkara Penting Tugasan Geografi

Diantara perkara penting yang perlu dimasukkan dalam tugasan adalah seperti berikut:- 
  1. Objektif Kajian 
  2. Kaedah kajian 
  3. Pengumpulan Maklumat 
  4. Deraf peta lakar 
  5. Temubual atau pemerhatian 
  6. Potensi 
  7. Halangan 
  8. Cadangan
  9. Rumusan
  10. Sumber Rujukan

Contoh Jawapan Kerja Kursus Geografi PT3 Tahun 2013 Hingga 2016

Berikut dikongsikan beberapa maklumat dan panduan berkaitan dengan Tugasan Kerja Kursus Geografi PT3 dari tahun 2013 hingga 2016:- 

Pengangkutan Awam : Kerja Kursus Geografi Tahun 2013 

  • Contoh Lengkap Folio Kerja Kursus Geografi PMR 2013 mengandungi Tajuk, Kandungan, Penghargaan, Pendahuluan dan Objektif, Konsep, Jenis, Kepentingan dan Masalah Pengangkutan Awam : klik
href="http://www.panduanmalaysia.com/2013/06/contoh-lengkap-folio-kerja-kursus.html" target="_blank">Pengangkutan Awam 
  • Contoh Rumusan dan Bahan Grafik 
  • Pencemaran Udara : Kerja Kursus Geografi PT3 2014 

    Kegiatan Ekonomi : Tugasan Kerja Kursus Geografi PT3 2015

    Kerja Kursus Geografi PT3 2016 

    Rujukan Dan Panduan Jawapan Kerja Kursus Geografi PT3 2017 Peta Lakar

    Contoh 1, Contoh 2, Contoh 3
    Panduan tugasan akan dikemaskini dari masa kesemasa. Selamat membuat Kerja Kursus Geografi PT3 2017 Peta Lakar buat pelajar Tingkatan 3. Semoga anda berjaya menyiapkannya dengan jayanya. 

    Related Posts

    Kerja Kursus Geografi PT3 2017 Peta Lakar
    4/ 5
    Oleh