Tuesday, 18 July 2017

Semakan Kad Debit Pelajar 2017 Status KADS1M

Semakan Kad Debit Pelajar 2017 Status KADS1M

Baca Juga

Semakan Status Permohonan KADS1M 2017 Online. Ramai pelajar yang telah membuat permohonan Kad Debit Pelajar 2017 (KADS1M) tertunggu-tunggu status permohonan mereka. Sebagai panduan, berikut dikongsikan cara membuat Semakan Kad Debit Pelajar 2017 buat panduan pelajar IPT yang telah membuat permohonan sebelum ini. Sila rujuk kenyataan media Kementerian Pendidikan Tinggi di bawah ini mengenai maklumat terkini semakan status KADS1M secara online.

Semakan STATUS KADS1M online

Cara Semakan Kad Debit Pelajar 2017

Perhatian buat pelajar yang telah membuat permohonan KADS1M. Anda tidak perlu risau jika anda masih tidak mendapat e-mail daripada Bank Rakyat mengenai status permohonan Kad Debit Pelajar anda.

Mulai 1 Jun 2017, Bank Rakyat akan menyediakan satu sistem semakan status permohonan KADS1M yang boleh diakses secara atas talian. KADS1M berkenaan boleh diambil oleh pelajar dari Cawangan Bank Rakyat di seluruh negara berdasarkan maklumat yang didapati semasa membuat semakan.

Cara Pengambilan Kad Debit Pelajar

Berikut adalah dokumen yang diperlukan semasa pengambilan kads1m :-

UMUR DI BAWAH 18 TAHUN

  1. MyKad (Asal & 1 Salinan)
  2. Kad Pelajar (Asal & 1 Salinan)
  3. Surat Kebenaran dari Ibu/ Bapa/ Penjaga  
  4. 1 Salinan MyKad Ibu/ Bapa/ Penjaga  
  5. Sijil Kelahiran/ Sijil Anak Angkat Pelajar/ Pelanggan (Asal & 1 Salinan)

UMUR 18 TAHUN DAN KE ATAS


  • MyKad (Asal & 1 Salinan)
  • Kad Pelajar (Asal & 1 Salinan)

Kenyataan Media KPT Semakan Status KADS1M Atas Talian

Berikut adalah kenyataan media KPT mengenai semakan status permohonan Kad Debit Pelajar secara online.
Mulai 1 Jun 2017, Bank Rakyat akan menyediakan satu sistem semakan status permohonan KADS1M yang boleh diakses secara atas talian. KADS1M berkenaan boleh diambil oleh pelajar dari Cawangan Bank Rakyat di seluruh negara berdasarkan maklumat yang didapati semasa membuat semakan.
Kementerian Pendidikan Tinggi meminta pelajar yang masih belum membuka akaun dengan Bank Rakyat untuk segera berbuat demikian. Bagi pelajar yang telah mempunyai akaun dengan Bank Rakyat sebelum ini, mereka juga masih perlu membuka akaun baru kerana bantuan tersebut akan hanya disalurkan menerusi akaun KADS1M Bank Rakyat.
Bagi pelajar yang telah menerima e-mel dari Bank Rakyat, mereka diminta untuk mengambil KADS1M masing-masing. Ini adalah kerana masih ramai pelajar yang belum berbuat demikian walaupun telah dimaklumkan oleh Bank Rakyat.
Semua urusan agihan Bantuan Pelajar Pendidikan Tinggi melalui KADS1M ini dijangka selesai selewatnya pada 15 Julai 2017.
kenyaatan media kpt semakan kads1m atas talian

Apa Itu KADS1M?

Untuk makluman, Bantuan Pelajar Pendidikan Tinggi (dahulunya dikenali sebagai Baucar Buku 1Malaysia) disalurkan kepada Pelajar Pendidikan Tinggi yang layak menerusi KADS1M Debit-i Bank Rakyat. 

Kad Debit-i Diskaun Siswa 1 Malaysia (KADS1M Debit-i) adalah merupakan kad yang memberi kemudahan kepada pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) untuk menerima diskaun bagi pembelian barangan dan perkhidmatan daripada Rakan Dagang terpilih. Selain itu, KADS1M Debit-i ini juga bertujuan untuk mengurangkan kos sara hidup dan beban pelajar.

Kelebihan Dan Keistimewaan KADS1M

MUDAH : 1 Kad untuk urusan pembelian, pembayaran dan pengeluaran tunai melalui Akaun Simpanan-i
SELAMAT : Alternatif terbaik kepada tunai untuk transaksi pembelian secara konvensional ataupun atas talian
JIMAT : Pelbagai diskaun dan promosi dari rakan dagang yang berdaftar di bawah KPDNKK, Bank Rakyat dan MasterCard

Disamping itu KADS1M  :- 
  1. Memudahkan ibu bapa untuk urusan deposit / kiriman wang kepada pelajar/anak.
  2. 6% GST tidak dikenakan untuk Yuran Tahunan & transaksi di semua mesin ATM Bank Rakyat.
  3. Transaksi tanpa tunai (cashless transactions) untuk sebarang urusan harian.
  4. Nikmati diskaun dan rebat tambahan daripada promosi rakan dagang yang berdaftar di bawah KPDNKK, Bank Rakyat dan juga MasterCard.

Ciri-ciri Kad Debit Pelajar

Diantara ciri-ciri yang terdapat dalam KADS1M adalah seperti berikut :-
  1. 3-dalam-1: Kad Debit, Kad Atm dan Kad Diskaun.
  2. Berkonsepkan Syariah.
  3. Tiada Riba' dan Gharar.
  4. Tiada kadar tambahan untuk transaksi luar Negara.
  5. Transaksi Tanpa Sentuh (Contactless).
  6. Notifikasi melalui SMS untuk setiap transaksi debit yang mencurigakan
  7. Transaksi atas talian yang lebih selamat dengan One Time Password (OTP).

Tahniah diucapkan kepada pelajar yang telah menerima Kad Debit-i Diskaun Siswa 1 Malaysia (KADS1M Debit-i). Sila gunakan dengan bijak dan berhemah.

Related Posts

Semakan Kad Debit Pelajar 2017 Status KADS1M
4/ 5
Oleh