Baca Juga
Cara Semak Wang Tidak Dituntut (WTD) Dengan Mudah. Ramai yang mungkin tidak tahu terdapat wang milik mereka di dalam bank, firma atau syarikat yang tidak dituntut sejak bertahun-tahun lamanya. Jadi bagaimanakah cara membuat semakan wang tidak dituntut atau ringkasnya WTD? Untuk makluman, semakan Wang Tak Dituntut (WTD) boleh dibuat di Bahagian WTD, Jabatan Akauntan Negara.
Dilaporkan oleh Utusan, terdapat sebanyak RM5.6 bilion jumlah terkumpul WTD dilaporkan masih gagal diserahkan kepada empunya kerana tiada tuntutan dibuat. Oleh itu kepada mereka yang ingin membuat semakan WTD, sila rujuk kepada panduan cara di bawah ini untuk membuat tuntutan dan pembayaran.
Syarikat-syarikat yang dinyatakan ini mungkin gagal untuk menyerahkan sendiri wang hak anda atas faktor pertukaran alamat dan maklumat peribadi yang tidak lengkap. Pihak terbabit akan menyerahkan wang itu kepada Pendaftar WTD yang bertanggungjawab untuk membayar balik WTD kepada tuan punya wang yang berhak.
Dilaporkan oleh Utusan, terdapat sebanyak RM5.6 bilion jumlah terkumpul WTD dilaporkan masih gagal diserahkan kepada empunya kerana tiada tuntutan dibuat. Oleh itu kepada mereka yang ingin membuat semakan WTD, sila rujuk kepada panduan cara di bawah ini untuk membuat tuntutan dan pembayaran.
Cara Semak Wang Tidak Dituntut (WTD)
Berikut dikongsikan Cara membuat semakan Wang Tidak Dituntut (WTD) Di Jabatan Akauntan Negara. Untuk makluman pengguna, wang tak dituntut termasuklah wang dari akaun-akaun bank yang tidak aktif, bayaran rebat insurans, bayaran elaun atau bonus daripada syarikat tempat lama kita bekerja atau mana-mana firma yang mempunyai kaitan dengan kita.Syarikat-syarikat yang dinyatakan ini mungkin gagal untuk menyerahkan sendiri wang hak anda atas faktor pertukaran alamat dan maklumat peribadi yang tidak lengkap. Pihak terbabit akan menyerahkan wang itu kepada Pendaftar WTD yang bertanggungjawab untuk membayar balik WTD kepada tuan punya wang yang berhak.
Semakan Wang Tidak Di Tuntut (WTD) Di Jabatan Akauntan Negara (ANM)
Untuk makluman, cara membuat semakan cukup mudah seperti berikut :-- Datang atau hadir sendiri ke Jabatan Akauntan Negara (JANM) di seluruh negeri. Senarai Lokasi JANM di seluruh negeri ada dipaparkan di Lokasi JANM
- Bawa Kad pengenalan/ MyKad dan serahkan MyKad di kaunter
- Pegawai bertugas JANM akan membuat semakan melalui sistem dan tidak sampai lima minit pemohon akan dapat tahu jika mempunyai WTD
- Tiada bayaran atau caj perkhidmatan dikenakan
- Semakan waris yang telah meninggal dunia boleh juga dibuat. Sila bawa sijil kematian, sijil perkahwinan, sijil kelahiran dan surat sokongan yang menyatakan hubungan dengan pewaris
- Pemohon perlu mengisi borang tuntutan jika terdapat wang tidak di tuntut
- Sertakan beberapa dokumen berkaitan yang antara lain meliputi salinan MyKad, surat pengesahan bank berkenaan, penyata buku bank yang aktif untuk tujuan pembayaran balik secara bank-in.
Untuk panduan selanjutnya, sila rujuk Garis Panduan Permohonan Bayaran Balik Wang Tidak DiTuntut dalam PDF.
Sementara menunggu portal semakan beroperasi, pengguna boleh membuat semakan WTD di semua pejabat JANM negeri di seluruh negara. Apa yang perlu ditekankan adalah WTD tidak mempunyai tarikh luput.
Nota Penting Semakan Wang Tidak DiTuntut
Difahamkan yang Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) kini dalam proses bagi membangunkan portal semakan dan permohonan Wang Tidak Dituntut (WTD) secara online (atas talian). Menurut JANM, sistem semakan online adalah dijangka untuk beroperasi tahun depan.Sementara menunggu portal semakan beroperasi, pengguna boleh membuat semakan WTD di semua pejabat JANM negeri di seluruh negara. Apa yang perlu ditekankan adalah WTD tidak mempunyai tarikh luput.
Selamat membuat semakan WTD. Semoga perkongsian Cara Semak Wang Tidak Dituntut (WTD) Di Jabatan Akauntan Negara bermanfaat buat semua.
Semakan Wang Tidak Dituntut (WTD) Di Jabatan Akauntan Negara
4/
5
Oleh
Admin