Wednesday 16 August 2017

Kedudukan Pingat Sukan SEA 2017 Kuala Lumpur

Kedudukan Pingat Sukan SEA 2017 Kuala Lumpur

Baca Juga

Carta Kedudukan Pungutan Pingat Terkini Sukan SEA 2017 Kuala Lumpur. Sukan SEA 2017 atau SEA Games yang merupakan acara sukan terbesar di rantau Asia Tenggara kini kembali. Ianya akan berlangsung selama 12 hari bermula dari 19 Ogos hingga 30 Ogos 2017. Kontijen Malaysia mensasarkan pungutan Pingat Emas sebanyak 111. Bagi mencapai matlamat dan menilai pencapaian skuad negara, berikut dikongsikan Kedudukan Pingat Sukan SEA 2017 Kuala Lumpur.

Edisi kali ini adalah edisi ke 29 dengan Kuala Lumpur dipilih sebagai tuan rumah temasya. Chef de Mission Sukan SEA KL adalah Marina Chin. Kali terakhir Malaysia bergelar juara adalah pada temasya di Kuala Lumpur pada 2001, sudah 16 tahun berlalu. Ketika menjadi juara pada Sukan Sea 2001, Malaysia berjaya mengutip 111 emas, 75 perak dan 85 gangsa menjadikan kutipan keseluruhan pingat sejumlah 271 pingat.

carta pungutan Pingat terkini Sukan SEA 2017

Maskot pasukan negara adalah Rimau diambil sempena nama Harimau Malaya yang sifatnya berdasarkan warna logo Sukan Sea yang dipilih. Iaitu warna hijau bagi sifat hormat pada lawan dan semangat kesukanan Sukan SEA. Warna biru pula melambangkan sikap yang positif, kesukanan dan menang dengan bermaruah. Warna merah melambangkan sifat penuh integriti. Warna hitam adalah semangat perpaduan dan kebersamaan manakala warna kuning melambangkan pergerakan yang pantas dan kuat. 

Kedudukan Pingat Sukan SEA 2017 Kuala Lumpur (Emas, Perak Dan Gangsa)

Mampukah Malaysia meraih sasaran 111 pingat emas pada Sukan SEA 2017 kali ini? Berikut adalah Kedudukan Pingat Sukan SEA 2017 Kuala Lumpur yang akan dikemaskini dari masa kesemasa. Untuk makluman, Malaysia telah meraih kilauan pingat emas sulung (emas pertama Malaysia) menerusi acara chinlone linking. Jadual dan keputusan acara bolasepak boleh dilayari di FOOTBALL.

Pungutan Pingat Terkini

NegaraEmasPerakGangsaJumlah
Malaysia43310
Indonesia2013
Myanmar2002
Singapura1225
Thailand1102
Vietnam0202
Filipina0123
Laos0112
Brunei0022
Kemboja0022
Timor Leste0000

Nota : Kedudukan setakat 17 Ogos 2017 (1000 malam). Sumber

Semoga perkongsian Kedudukan Pingat Sukan SEA 2017 Kuala Lumpur boleh dijadikan panduan buat peminat sukan di Malaysia. Ayuh altet Malaysia, gegarkan Kuala Lumpur dengan kilauan pingat emas yang disasarkan.

Related Posts

Kedudukan Pingat Sukan SEA 2017 Kuala Lumpur
4/ 5
Oleh