Showing posts with label SUKAN. Show all posts
Showing posts with label SUKAN. Show all posts

Wednesday, 16 August 2017

Kedudukan Pingat Sukan SEA 2017 Kuala Lumpur

Carta Kedudukan Pungutan Pingat Terkini Sukan SEA 2017 Kuala Lumpur. Sukan SEA 2017 atau SEA Games yang merupakan acara sukan terbesar di rantau Asia Tenggara kini kembali. Ianya akan berlangsung selama 12 hari bermula dari 19 Ogos hingga 30 Ogos 2017. Kontijen Malaysia mensasarkan pungutan Pingat Emas sebanyak 111. Bagi mencapai matlamat dan menilai pencapaian skuad negara, berikut dikongsikan Kedudukan Pingat Sukan SEA 2017 Kuala Lumpur.

Edisi kali ini adalah edisi ke 29 dengan Kuala Lumpur dipilih sebagai tuan rumah temasya. Chef de Mission Sukan SEA KL adalah Marina Chin. Kali terakhir Malaysia bergelar juara adalah pada temasya di Kuala Lumpur pada 2001, sudah 16 tahun berlalu. Ketika menjadi juara pada Sukan Sea 2001, Malaysia berjaya mengutip 111 emas, 75 perak dan 85 gangsa menjadikan kutipan keseluruhan pingat sejumlah 271 pingat.

carta pungutan Pingat terkini Sukan SEA 2017

Maskot pasukan negara adalah Rimau diambil sempena nama Harimau Malaya yang sifatnya berdasarkan warna logo Sukan Sea yang dipilih. Iaitu warna hijau bagi sifat hormat pada lawan dan semangat kesukanan Sukan SEA. Warna biru pula melambangkan sikap yang positif, kesukanan dan menang dengan bermaruah. Warna merah melambangkan sifat penuh integriti. Warna hitam adalah semangat perpaduan dan kebersamaan manakala warna kuning melambangkan pergerakan yang pantas dan kuat. 

Kedudukan Pingat Sukan SEA 2017 Kuala Lumpur (Emas, Perak Dan Gangsa)

Mampukah Malaysia meraih sasaran 111 pingat emas pada Sukan SEA 2017 kali ini? Berikut adalah Kedudukan Pingat Sukan SEA 2017 Kuala Lumpur yang akan dikemaskini dari masa kesemasa. Untuk makluman, Malaysia telah meraih kilauan pingat emas sulung (emas pertama Malaysia) menerusi acara chinlone linking. Jadual dan keputusan acara bolasepak boleh dilayari di FOOTBALL.

Pungutan Pingat Terkini

NegaraEmasPerakGangsaJumlah
Malaysia43310
Indonesia2013
Myanmar2002
Singapura1225
Thailand1102
Vietnam0202
Filipina0123
Laos0112
Brunei0022
Kemboja0022
Timor Leste0000

Nota : Kedudukan setakat 17 Ogos 2017 (1000 malam). Sumber

Semoga perkongsian Kedudukan Pingat Sukan SEA 2017 Kuala Lumpur boleh dijadikan panduan buat peminat sukan di Malaysia. Ayuh altet Malaysia, gegarkan Kuala Lumpur dengan kilauan pingat emas yang disasarkan.

Monday, 14 August 2017

Senarai Pemain Bolasepak Malaysia Sukan SEA 2017

Skuad Malaysia Bolasepak Sukan SEA 2017 Kuala Lumpur. Senarai akhir skuad bolasepak Malaysia (Bawah 22 tahun) di Sukan SEA 2017 di Kuala Lumpur telah diumumkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). 20 pemain di bawah kendalian jurulatih Datuk Ong Kim Swee telah dipilih dengan 8 pemain terpaksa digugurkan. Malaysia akan beraksi di Kumpulan A, Bolasepak Sukan SEA yang bermula pada 14 Ogos 2017 untuk perlawanan pertama sehingga 29 Ogos.

Pasukan Kedah mempunyai paling ramai pemain iaitu 5 orang diikuti oleh Pulau Pinang, 3 orang. Antara nama besar dalam skuad Bawah 22 tahun Malaysia adalah Syafiq Ahmad, Matthew Davies dan Safawi Rasid.

skuad b22 tahun malaysia sukan sea 2017

Senarai Pemain Bolasepak Malaysia Sukan SEA 2017 (Skuad B22 Tahun)

Berikut dikongsikan senarai akhir 20 pemain skuad Sukan SEA Malaysia yang memaparkan nama pemain, posisi, umur dan pasukan.

PENJAGA GOL

  • Ifwat Akmal Che Kassim : 21 Tahun (Kedah)
  • Haziq Nadzli : 19 Tahun (JDT)

PERTAHANAN

  • Ariff Farhan Md Isa : 21 Tahun (Kedah)
  • Adib Zainuddin : 22 Tahun (Felcra FC)
  • Adam Nor Azlin : 21 Tahun (Selangor)
  • Irfan Zakaria : 22 Tahun (KL)
  • Syazwan Zaipol Bahari : 22 Tahun (PKNP FC)

TENGAH

  • Amirul Hisyam Awang Kechik : 22 Tahun (Kedah)
  • Syamer Kutty Abba : 20 Tahun (Penang)
  • Nor Azam Abdul Azih : 22 Tahun (Pahang)
  • Daniel Amier Norhisham : 20 Tahun (Felda United)

SAYAP

  • Syahmi Safari : 19 Tahun (Selangor)
  • Matthew Davies : 22 Tahun (Pahang)
  • Syazwan Andik Ishak : 21 Tahun (JDT II)

PENYERANG

  • Jafri Firdaus Chew : 20 Tahun (Pulau Pinang)
  • Syafiq Ahmad : 22 Tahun (Kedah)
  • Akhyar Rashid : 18 Tahun (Kedah)
  • N Thanabalan : 22 Tahun (Felcra FC)
  • Safawi Rasid : 20 Tahun (JDT)
  • S Kumaahran : 21 Tahun (Penang)

Pemain Yang Digugurkan

Lapan pemain bola sepak lelaki bawah 22 tahun (B-22) yang digugurkan daripada senarai 28 pemain adalah seperti berikut :-
  1. Amierul Hakimi Awang
  2. Raphi Azizan Mariappen
  3. Danial Ashraf Abdullah
  4. Sean Eugene Selvaraj
  5. Dominic Tan
  6. Tommy Mawat Bada
  7. Ahmad Azriddin Rosli
  8. Ahmad Khairil Anuar Zamri. 

Semoga Senarai Pemain Bolasepak Malaysia Sukan SEA 2017 mampu memenangi pingat emas bolasepak lelaki Sukan SEA 2017. Ayuh skuad B22 tahun Malaysia.

Friday, 11 August 2017

Keputusan EPL 2017/ 2018 Liga Perdana Inggeris

EPL 2017/ 2018 - Jadual Waktu Malaysia, Live Score Dan Kedudukan Terkini English Premier League. Berita baik buat peminat bolasepak. Musim baru EPL atau Liga Perdana Inggeris (English Premier League) musim 2017/ 2018 akan bermula pada hari Sabtu, 12 Ogos 2017. Sebagai panduan dan rujukan, berikut dikongsikan Keputusan EPL 2017/ 2018 Liga Perdana Inggeris beserta jadual perlawanan waktu Malaysia dan carta kedudukan pasukan. Penjaring terbanyak EPL boleh dirujuk di Top Scorer.

Pasukan Chelsea di bawah Pengurus, Antonio Conte merupakan juara bertahan Liga EPL musim lalu. Sebanyak 20 pasukan akan bersaing untuk merebut kejuaraan bolasepak terunggul di England iaitu Liga Perdana Inggeris. 4 pasukan teratas akan layak ke Champions League musim 2018/ 2019. Untuk musim ini, England akan diwakili oleh 5 pasukan setelah Man United berjaya menjuarai Liga Europa musim lepas. Pasukan lain adalah Man City, Chelsea, Spurs dan Liverpool. 

jadual, keputusan kedudukan epl 2017/ 2018

Keputusan EPL 2017/ 2018 Liga Perdana Inggeris (Jadual Perlawanan Dan Carta Kedudukan Pasukan)

Musim EPL 2017/ 2018 telah dimulakan dengan perlawanan Community Shield diantara Arsenal, Juara Piala FA dan Chelsea, Juara EPL pada 6 Ogos 2017. Perlawanan pertama EPL adalah pada hari Sabtu, 12 Ogos 2017 diantara Arsenal vs Leicester City. 

Berikut adalah senarai pasukan yang bersaing untuk Liga Perdana Inggeris Musim 2017-2018 musim ini. Antara pencabar kejuaraan EPL kali ini adalah Arsenal, Chelsea, Man United, Man City, Liverpool, Spurs dan Everton.

Senarai Pasukan EPL 2017/ 2018

Berikut adalah 20 pasukan yang akan beraksi pada aksi Liga Perdana Inggeris 2017/ 2018 :-
  1. AFC Bournemouth
  2. Arsenal
  3. Brighton & Hove Albion
  4. Burnley
  5. Chelsea
  6. Crystal Palace
  7. Everton
  8. Huddersfield Town
  9. Leicester City
  10. Liverpool
  11. Manchester City
  12. Manchester United
  13. Newcastle United
  14. Southampton 
  15. Stoke City
  16. Swansea City
  17. Tottenham Hotspur
  18. Watford 
  19. West Bromwich Albion
  20. West Ham United

Jadual, Keputusan Dan Carta Kedudukan EPL 2017/ 2018

Berikut dikongsikan widget keputusan EPL Liga Perdana Inggeris musim 2017/ 2018 yang memaparkan jadual perlawanan, keputusan terkini dan carta kedudukan pasukan. 
* Tunggu sebentar sehingga widget keputusan EPL berfungsi.
Klik nombor untuk mengetahui keputusan perlawanan minggu-minggu yang lepas.

Jadual Perlawanan Dan Keputusan Live Score EPL




Football results provided by whatsthescore.com
Carta Kedudukan Terkini EPL 2017/18


Standings provided by whatsthescore.com

Selamat menyaksikan perlawanan EPL di kaca TV anda melalui saluran Astro ataupun HyppTV. Semoga perkongsian Jadual, Keputusan Dan Kedudukan Terkini EPL Liga Perdana Inggeris 2017/ 2018 boleh dijadikan panduan dan rujukan buat peminat bolasepak di Malaysia.

Wednesday, 9 August 2017

Jadual Dan Keputusan Bolasepak Sukan SEA 2017 Kuala Lumpur

Bolasepak Sukan SEA 2017 - Jadual Dan Keputusan Perlawanan. Mampukah skuad Malaysia merangkul Pingat Emas acara bolasepak Sukan SEA 2017? Berikut dikongsikan Jadual dan Keputusan Bolasepak Sukan SEA 2017 di Kuala Lumpur dari aksi peringat kumpulan hingga perlawanan akhir. Perkongsian melibatkan tarikh, hari, stadium dan keputusan perlawanan melibatkan Kumpulan A dan B. 

Sebanyak 11 pasukan akan merebut ibu segala Pingat Emas di Temasya Sukan SEA, sukan serantau di Negara Asean. Pasukan Thailand adalah juara bertahan manakala Myanmar adalah naib juara. Kesemua perlawanan akan dilangsungkan di 5 lokasi stadium. Siaran langsung perlawanan Bolasepak Sukan SEA 2017 akan disiarkan secara langsung di Astro Arena.

keputusan Bolasepak Sukan SEA 2017 Kuala Lumpur

Jadual Dan Keputusan Bolasepak Sukan SEA 2017 (Kumpulan A Dan B)

Berikut dikongsikan jadual dan keputusan penuh perlawanan acara Bolasepak Sukan SEA 2017 di Kuala Lumpur. 11 pasukan dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu A dan B. Skuad Malaysia adalah dibawah kendalian jurulatih Datuk Ong Kim Swee.

senarai pasukan kumpulan bolasepak sukan sea 2017

14 OGOS 2017 - Isnin (Kumpulan A)

  • MYANMAR vs SINGAPURA (Stadium Majlis Perbandaran Selayang, 4.00 petang) : 2 - 0
  • MALAYSIA vs BRUNEI (Stadium Shah Alam, 8.45 malam) : 2 - 1 (Safawi Rasid min 4)

15 OGOS 2017 - Selasa (Kumpulan B)

  • INDONESIA vs THAILAND (Stadium Shah Alam, 4.00 petang) : 1 - 1
  • VIETNAM vs TIMOR-LESTE (Stadium Majlis Perbandaran Selayang, 4.00 petang) : 4 - 0
  • KEMBOJA vs FILIPINA (Stadium Majlis Perbandaran Selayang, 8.45 malam) : 0 - 2

16 OGOS 2017, Rabu (Kumpulan A)

  • SINGAPURA vs MALAYSIA (Stadium Shah Alam, 8.45 malam) : 1 - 2
  • MYANMAR vs LAOS (Stadium UiTM, Shah Alam, 8.45 malam) : 3 - 1

17 OGOS 2017, Khamis (Kumpulan B)

  • VIETNAM vs KEMBOJA (Stadium Shah Alam, 4.00 petang) : 4 - 1
  • INDONESIA vs FILIPINA (Stadium Shah Alam, 8.45 malam) : 3 - 0
  • THAILAND vs TIMOR-LESTE (Stadium Majlis Perbandaran Selayang, 8.45 malam) : 1 - 0

18 OGOS 2017, Jumaat (Kumpulan A)

  • LAOS vs SINGAPURA (Stadium Majlis Perbandaran Selayang, 4.00 petang)
  • BRUNEI vs MYANMAR (Stadium UiTM, Shah Alam, 4.00 petang)

20 OGOS 2017, Ahad (Kumpulan B)

  • TIMOR-LESTE vs INDONESIA (Stadium Majlis Perbandaran Selayang, 4.00 petang)
  • THAILAND vs KEMBOJA (Stadium Majlis Perbandaran Selayang, 8.45 malam)
  • FILIPINA vs VIETNAM (Stadium Shah Alam, 8.45 malam)

21 OGOS 2017, Isnin (Kumpulan A)

  • BRUNEI vs LAOS (Stadium UM Arena, Kuala Lumpur, 4.00 petang)
  • MALAYSIA vs MYANMAR (Stadium Shah Alam, 8.45 malam)

22 OGOS 2017, Selasa (Kumpulan B)

  • FILIPINA vs THAILAND (Stadium Majlis Perbandaran Selayang, 4.00 petang)
  • VIETNAM vs INDONESIA (Stadium Majlis Perbandaran Selayang, 8.45 malam)
  • KEMBOJA vs TIMOR-LESTE (Stadium UM Arena, Kuala Lumpur, 8.45 malam)

23 OGOS 2017, Rabu (Kumpulan A)

  • LAOS vs MALAYSIA (Stadium Shah Alam, 8.45 malam)
  • SINGAPURA vs BRUNEI (Stadium Majlis Perbandaran Selayang, 8.45 malam)

24 OGOS 2017, Khamis (Kumpulan B)

  • INDONESIA vs KEMBOJA (Stadium Shah Alam, 4.00 petang)
  • THAILAND vs VIETNAM (Stadium Majlis Perbandaran Selayang, 4.00 petang)
  • TIMOR-LESTE vs FILIPINA (Stadium UM Arena, Kuala Lumpur, 4.00 petang)

26 OGOS 2017, Sabtu (Separuh Akhir)

  • JUARA KUMPULAN A VS NAIB JUARA KUMPULAN B
  • JUARA KUMPULAN B VS NAIB JUARA KUMPULAN A

29 OGOS 2017, Selasa (Penentuan Pingat Gangsa)

  • Pasukan Tewas Separuh Akhir 1 vs Tewas Separuh Akhir 2 (430 petang)

Final (Penentuan Pingat Emas Dan Perak)

  • Pemenang Separuh Akhir 1 vs Pemenang Separuh Akhir 2 (845 malam)

Semoga perkongsian Jadual Dan Keputusan Bolasepak Sukan SEA 2017 Kuala Lumpur dapat membantu peminat bolasepak mengikuti perkembangan skuad Harimau Malaysia. Moga skuad negara mampu menang pingat emas hadiah buat rakyat Malaysia bersempena dengan Hari Kebangsaan Malaysia 2017.

Sunday, 23 July 2017

Jadual Perlawanan JDT Liga Super Malaysia 2017

Jadual JDT Liga Super 2017 Malaysia. Anda peminat pasukan bolasepak JDT? Berikut adalah jadual penuh perlawanan Liga Super Malaysia 2017 untuk pasukan JDT . Jadual Perlawanan JDT Liga Super Malaysia 2017 ini memaparkan maklumat tarikh, masa dan lokasi perlawanan berlangsung.

Jadual JDT Liga Super 2017

Selain aksi di Liga Super, JDT juga akan beraksi di Pusingan kelayakan Asian Champion League, AFC Cup, Piala FA 2017 dan Piala Malaysia. Pasukan dari selatan ini merupakan juara bertahan Liga Super untuk tiga tahun berturut-turut dari 2014, 2015 dan 2016. JDT merupakan antara pasukan favourite untuk menjulang Liga Super 2017 kali ini bersama Kedah, Perak, Felda United dan Pahang.

Senarai Jadual Penuh Perlawanan JDT Liga Super Malaysia 2017 (Malaysian Super League 2017 Match Schedule)

PUSINGAN PERTAMA

  • 20 Januari : JDT VS KEDAH (Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos, Larkin)
  • 27 Januari : JDT VS FELDA UNITED (Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos, Larkin)
  • 4 Februari : KELANTAN VS JDT (Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu)
  • 11 Februari : JDT VS SELANGOR (Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos, Larkin)
  • 18 Februari : PERAK VS JDT (Stadium Perak, Ipoh)
  • 25 Februari : JDT VS T-TEAM (Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos, Larkin)
  • 28 Februari : SARAWAK VS JDT (Stadium Negeri Kuching)
  • 3 Mac : JDT VS PAHANG (Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos, Larkin)
  • 18 Mac : PULAU PINANG VS JDT (Stadium Bandaraya Penang)
  • 9 April : JDT VS MELAKA UNITED (Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos, Larkin)
  • 15 April : PKNS FC VS JDT (Stadium Shah Alam)

PUSINGAN KEDUA (Termasuk Piala Malaysia 2017)

  • 26 April : JDT VS PKNS FC (Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos, Larkin) - Liga Super
  • 6 Mei : MELAKA UNITED VS JDT (Stadium Hang Jebat) - Liga Super
  • 1 Julai : JDT VS PULAU PINANG (Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos, Larkin) - Liga Super
  • 4 Julai : JDT VS SARAWAK (Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos, Larkin) - Piala Malaysia
  • 7 Julai : Terengganu vs JDT (Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah) - Piala Malaysia
  • 11 Julai : PAHANG VS JDT (Stadium Darul Makmur) - Liga Super
  • 15 Julai : JDT VS SARAWAK (Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos, Larkin) - Liga Super
  • 18 Julai : SELANGOR VS JDT (Stadium MP Selayang) - Piala Malaysia
  • 22 Julai : T-TEAM VS JDT (Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu)
  • 26 Julai : JDT VS PERAK (Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos, Larkin) - Liga Super
  • 29 Julai : SARAWAK VS JDT : Stadium Negeri Kuching) - Piala Malaysia
  • 5 Ogos : SELANGOR VS JDT (Stadium MP Selayang)
  • 20 September : JDT VS KELANTAN (Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos, Larkin)
  • 30 September : FELDA UNITED VS JDT (Stadium Tun Abdul Razak, Jengka)
  • 21 Oktober : KEDAH VS JDT (Stadium Darul Aman)
* Jadual tertakluk kepada perubahan dari masa kesemasa. Untuk jadual penuh, keputusan terkini & live score dan carta kedudukan pasukan, sila rujuk di Liga Super 2017.

LIGA SUPER 2017 : JADUAL PERLAWANAN JDT

jadual jdt liga super 2017

Grafik kredit FB Johor Southern Tigers.

JADUAL PERLAWANAN JDT II

Tahun 2017 : Akan dikemaskini
Jadual Perlawanan JDT II Liga Premier 2016

Semoga Jadual Perlawanan JDT Liga Super Malaysia 2017 dan JDT II di Liga Premier ini boleh dijadikan panduan untuk mereka yang ingin menonton perlawanan di stadium. Luaskan kuasamu Johor.

Wednesday, 28 June 2017

Keputusan Liga Hoki Dunia 2017 Separuh Akhir

Jadual Dan Keputusan Liga Hoki Dunia 2017 Pusingan Separuh Akhir. Mampukah pasukan Hoki Malaysia melayakan diri ke pusingan akhir Liga Hoki Dunia? Semuanya akan terjawab apabila skuad Malaysia kendalian jurulatih Stephen Van Huizen akan beraksi pada Kejohanan Liga Hoki Dunia Pusingan separuh Akhir di London bermula dari 15 Jun sehingga 25 Jun 2017. 

Sebanyak 20 pasukan akan bersaing untuk merebut 7 slot ke Pusingan Akhir Liga Hoki Dunia. Pusingan separuh akhir juga dianggap sebagai pusingan kelayakan ke kejohanan Hoki Piala Dunia 2018 di mana pasukan tangga ke 10/11 akan layak selain tuan rumah dan pasukan dari juara benua. 

Perlawanan melibatkan Malaysia akan disiarkan secara langsung ke kaca TV anda melalui saluran Astro Arena 801/ 802 HD.

jadual dan keputusan Keputusan Liga Hoki Dunia Separuh Akhir

Jadual Dan Keputusan Liga Hoki Dunia 2017 Pusingan Separuh Akhir 

Berikut dikongsikan maklumat kejohanan Liga Hoki Dunia 2017 Pusingan Separuh Akhir melibatkan pasukan negara. Malaysia diletakkan dalam kumpulan A dan beraksi di London. Pasukan lain adalah pasukan tuan rumah, England, Argentina, Korea Selatan dan China. 4 pasukan teratas akan layak ke peringkat suku akhir. Kumpulan B pula mengandungi pasukan Belanda, India, Kanada, Scotland dan Pakistan

Satu lagi siri kejohanan separuh akhir melibatkan 10 lagi pasukan akan diadakan di Johannesburg, Afrika Selatan dari 9 hingga 23 Julai 2017. Pasukan yang bersaing adalah Australia, New Zealand, Sepanyol, Jepun dan Perancis di Kumpulan A. Jerman, Belgium, Afrika Selatan, Ireland dan Mesir melengkapkan pasukan di Kumpulan B.

Berikut adalah jadual dan keputusan perlawanan melibatkan Malaysia di Kejohanan Liga Hoki Dunia 2017 London pusingan separuh akhir. Jadual mengandungi masa dan tarikh perlawanan (waktu Malaysia) beserta keputusan penuh perlawanan.

17 Jun 2017 (300 pagi)

  • Argentina vs Malaysia : 5 - 2 (ARG : Peillat 4, 11, 40, 47 & Callioni 49 dan MAS : Shahril Saabah 7 & Tengku Ahmad Tajuddin 18)

17 Jun 2017 (1100 malam)

  • England vs Malaysia : 7 - 3
  • ENG : Middleton min 5 & 34, Griffiths min 8, Ward min 32 & 51, Gleghorne min 39 & 55. MAS : Faizal Saari min 19 & min 57, Tengku Ahmad Tajuddin min 28

20 Jun 2017 (100 pagi)

  • Korea Selatan vs Malaysia : 0 - 1 (Razie Rahim min 35)

21 Jun 2017 (100 pagi)

  • China vs Malaysia : 1 - 5 
  • MAS : Faizal Saari min 2, Najmi Jazlan min 12, Razie Rahim min 19, min 27 & Fitri Saari min 51
  • CHN : DU Talake min 43

Suku Akhir

22 Jun 2017 8:15 malam
  • Argentina vs Pakistan : 3 - 1
10:30 malam (Live Astro Arena)
  • India vs Malaysia : 2 - 3. Malaysia layak ke separuh akhir bertemu Argentina
  • IND : Ramandeep Singh min 24 & 26 dan MAS : Razie Rahim min 19 & 48, Tengku Ahmad Tajuddin min 20
23 Jun 2017 00:45 pagi
  • England vs Kanada : 4 - 2
03:00 pagi
  • Belanda vs China : 7 - 0

Klasifikasi Tempat Ke 9 dan 10

22 Jun 2017 (6:00 petang) 
Korea Selatan vs Scotland : 6 - 3

Klasifikasi Tempat Ke 5 dan 8

24 Jun 2017 (04:30 petang) : Pakistan vs India : 1 - 6
6:45 petang : Kanada vs China : 7 - 3

Klasifikasi Tempat Ke 7 dan 8

25 Jun 2017
09:30

Pakistan vs China : 3 - 1

Klasifikasi Tempat Ke 5 dan 6

25 Jun 2017
11:45
India vs Kanada : 2 - 3

Klasifikasi Tempat Ke 1 dan 4

Semifinal

24 June 2017 (9:00 malam)
Argentina vs Malaysia : 2 - 1

24 Jun 2017 (11:15 malam)
England vs Belanda : 0 - 2

Klasifikasi Tempat Ke 3 dan 4

25 June 2017
9:00 malam
Malaysia vs England : 1 - 4

Final

25 June 2017
11:15 malam
Argentina vs Belanda : 1 - 6

Untuk maklumat lanjut jadual dan keputusan penuh kejohanan Liga Hoki Dunia 2017, sila klik FIH Hockey World League.
  
Adalah menjadi harapan agar pasukan Malaysia dapat beraksi dengan baik pada kejohanan Liga Hoki Dunia 2017 pusingan Separuh Akhir sekaligus menempah tiket ke Pusingan Akhir nanti.

Wednesday, 21 June 2017

Keputusan Malaysia Vs Lebanon Kelayakan Piala Asia 2019

Keputusan Malaysia vs Lubnan 13 Jun 2017. Apakah keputusan Malaysia vs Lebanon 13 -6-2017? Skuad Harimau Malaya dibawah bimbingan jurulatih baru, Nelo Vingada akan beraksi malam ini pada perlawanan pertama aksi Kelayakan Piala Asia 2019 menentang pasukan Lebanon. Perlawanan Malaysia vs Lebanon akan berlangsung pada jam 945 malam, Hari Selasa, 13 Jun 2017 di Stadium Tan Sri Dato' Haji Hassan Yunos, Larkin. Perlawanan akan disiarkan secara langsung di saluran Astro Arena 801/802HD. 

Keputusan Malaysia Vs Lubnan 13 jun 2017

Keputusan Penuh Malaysia Vs Lebanon Kelayakan Piala Asia 2019

Pasukan Malaysia telah diundi di Kumpulan B, Kelayakan Piala Asia 2019 di UAE bersama pasukan Korea Utara, Hong Kong dan Lebanon (Lubnan). Perlawanan pertama Malaysia sepatutnya bertemu pasukan Korea Utara tetapi dibatalkan akibat konflik yang melibatkan kedua-dua pasukan.

Berikut dikongsikan keputusan penuh perlawanan Malaysia vs Lebanon pada aksi kelayakan Piala Asia 2019 :-

  • Tarikh : 13 Jun 2017
  • Sepak Mula : 9.45 malam
  • Stadium : Tan Sri Dato' Haji Hassan Yunos, Larkin, JB

Kesebelasan Pemain

  • MALAYSIA: Khairul Azhan Khalid, Mahalli Jasuli, Khairul Helmi Johari, Rizal Ghazali, Nazirul Naim Che Hashim, Shahrom Kalam, Amirulhadi Zainal, Safiq Rahim (C), Baddrol Bakhtiar, Syazwan Zainon, Ahmad Bakri
  • Substitute: Izham Tarmizi Roslan, Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy, Afif Amiruddin, Faisal Rosli, Shahrul Saad, Azammuddin Akil, S. Chanturu, Akram Mahinan, Muhammaad Nor Azam, Ahmad Syamim Yahya, Safee Sali, Amri Yahyah
Keputusan Malaysia vs Lubnan 13 Jun 2017

Malaysia 1 (Mahali Jasuli min 43)
Lebanon 2 (Rabih Ataya min 79 & 90 +4)

Next game : 5 September 2017 (Hong Kong)

Ayuh peminat bolasepak di Johor Bahru, jom saksikan perlawanan Malaysia vs Lebanon di Stadium Tan Sri Dato' Haji Hassan Yunos, Larkin. Semoga pasukan Harimau Malaya mampu memberikan saingan sengit seterusnya memenangi perlawanan malam ini.